Doris Sophia Anak Brodi | |
|---|---|
| Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-12 | |
| Dalam jawatan 26 Januari 2012 – 11 Mac 2016 | |
| Raja | Abdul Halim |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| AhliParlimen Malaysia bagiSri Aman,Sarawak | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | Masir Kujat |
| Majoriti | 4,039 (2022) |
| Ahli Dewan Negara (Lantikan Yang Dipertuan Agong) | |
| Dalam jawatan 12 Mac 2010 – 11 Mac 2016 | |
| Raja | Mizan Zainal Abidin &Abdul Halim |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| Ketua WanitaParti Rakyat Sarawak | |
| Menyandang jawatan 18 Oktober 2006 | |
| Presiden | James Jemut Masing (2006-2021) Joseph Salang Gandum (2021-2025) John Sikie Tayai (2025-kini) |
| Timbalan | Rosaline Neging |
| Didahului oleh | Dirinya Sendiri |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Doris Sophia Anak Brodie (1960-11-13)13 November 1960 (umur 65) |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Kediaman | |
| Pendidikan | Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Pentadbiran Perniagaan |
YBDato' SriDoris Sophia anak Brodie (Lahir 13 november 1960) ialah seorang ahli politikMalaysia BerketerunanDayak yang aktif diSarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli ParlimenSri Aman sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagaiTimbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-12 bermula Januari 2012 serta sebagaiSenator dari Mac 2010 hingga Mac 2016. Di peringkat akar umbi, Beliau merupakan Ketua Pergerakan WanitaParti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah parti komponen dalamGabungan Parti Sarawak (GPS) dan dahulunya dalam gabungan Barisan Nasional (BN).
Dato’ Sri Doris Sophia Brodi dilihat membawa satu lonjakan penting untuk kerusi Parlimen P202Sri Aman padapilihan raya umum kali ke-15 apabila beliau berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,039 undi.
Beliau menerapkan pendekatan berfokuskan pembangunan dan tadbir urus yang baik bagi meningkatkan kehidupan rakyatSarawak, sesuatu yang dilihat sebagai resonan dengan pengundi di kawasan luar bandar.
Walaupun mempunyai pengalaman luas sebagai bekasSenator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, cabaran dalam menghadapi pengundi baru dan keperluan untuk mendekati akar umbi tetap menjadi aspek utama dalam kempen beliau.
Secara keseluruhan, kemenangan beliau mencerminkan keyakinan pengundi terhadap kepimpinannya dan keupayaannya untuk mewakili aspirasi negeri Sarawak dalam kerangka gabungan politik yang lebih besar (GPS).
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan SriAbu Zahar Ujang pada 26 Januari 2012.
Doris Sophia, 52, yang juga Ketua WanitaParti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai senator mewakili kerajaan negeri Sarawak pada 12 Mac 2010. Beliau adalah Naib Presiden PRS.
Dua senator lain yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Dr.Firdaus Abdullah dan Rahmani @Rohani Abdullah.Firdaus adalah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Rahmani pula ialah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk SeriAhmad Shabery Cheek. Tempoh khidmat mereka selama tiga tahun dan tidak boleh disambung.Pelantikan Firdaus, 68, adalah untuk penggal kedua, manakala Rahmani, 65, adalah kali pertama.[1]