Donat merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya daridoh mahupun satuadunan cair. Kebanyakan donat boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donat seperti gelang atau cincin, dan donat yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim).
Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan.
Di antara penggunaan bahan asas utama donat adalah ibu roti atauyis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik.
DiHawaii, donat yang popular ialahMalasada. Dikatakan jenis donat ini adalah berasal dari orang Portugal yang berhijrah ke pulau ini.
Gereja-gereja diselatan Pennsylvania, menjual sejenis donat yang dibuat dari kanjikentang yang digelarFasnachts yang ada berkaitan dengan keagamaankristian iaitu hari Fastnacht.
Terdapat cara pemakanan donat di negara ini yang menggunakan sirapmaple semasa musim bunga dibelah kawasan Timur Laut, manakala donat jus epal juga dibuat semasa musim tuaian buah epal.
Oliebollen merujuk kepada buku masakan ialahDonat Belanda, sejenis cucur yang mengandungi epal atau/dan buah-buahan kering seperti kismis; kebanyakkannya dimakan sebahagian dari perayaan Tahun Baru.
Masakan cina juga terdapat jenis donat yang digoreng dengan minyak yang banyak, berbentuk panjang, dan ia dinamakan sebagaiYoutiou dalamMandrin.Youtiou tidak diisikan dengan manisan mahupun disaluti manisan atau gula. Sering ia dimakan denganbubur nasi dikalangan orang-orang cina, cara pemakanannya dengan mencelupkan ia sedikit didalam bubur atau dicarik-carikkan sedikit dan dimasukkan didalam bubur.
Donat atausufganiyah (Ibrani:סופגנייה; banyak, sufganiyot: סופגנייות) berbentuk bulat sepert bola. Ia digoreng dulu, dilubangkan dan dimasukkan jem atau kastard, kemudian diliputi dengan gula tepung. Perkataansufganiyah berasal dari perkataanGreek iaitusufgan yang membawa maksud "dikembungkan dan digoreng". Sufgnaiyah ini dijadikan makanan rasmi ketika upacaraHanukkah atau juga ditulisChanukah.
Di Jerman, doh yang iras dengan donat dipanggilBerliner, manakala pendudukBerlin menggelarkan iaPfannkuchen, dan dikawasan tengah Jerman memanggilnyaKreppel, diselatan Jerman pula memanggilnyaKrapfen
Rupa kuih keria serupa dengan donat yang disaluti gula
Sejarah pemakanan awal donat di Malaysia adalah tidak diketahui. Namun, donat sering dimakan ketika sarapan dan minum petang. Donat yang sering didapati di negara ini tidak begitu padat pada isinya, ruang dohnya selepas digoreng adalah tidak rapat. Di negara ini, donat dimasak secara menggoreng dengan minyak yang banyak dan kemudian disaluti dengan gula kastor, gula halus mahupun gula ising. Donat mudah didapati digerai-gerai jalanan dan warung saja. Donat di negara ini tidak dikomersialkan secara meluas seperti pembukaan syarikatDunkin' Donats.
Kuih ini berbeza dengancucur keria atau kuih gelang dari bahan penyediaan dan penggunaan, walaupun mempunyai persamaan rupa bentuk yang bulat. Cucur keria tidak menggunakan bahan penaik iaitu yis. Bahan utama ialahkeledek. Kuih keria atau kuih gelang, sering disalut dengan gula halus atau gula biasa yang dicairkan.
Bagi di Poland, dan sebahagian kawasan diAmerika Syarikat seperti diChicago danDetroit, di mana kawasan ini banyak orang Poland, donat yang bulat, diisikan dengan jem, dimakan dan juga dihidang ketika keraiaan seperti Karnival, dipanggilpączki (disebut pawnch-kee). Sekiranya donat ini banyak, ia digelarpączek. DiRusia "пончики",ponchiki danUkraine "пампушки",pampushky, bentuk adalah sama dengan yang di Poland, tapi tidak berintikan jem. Tetapi, yang terdapat diRomania iaitugogoşi , adalah sama dengan di Poland.