Domain peringkat tinggi (TLD) ialah bahagian terakhirnama domain internet, iaitu huruf-huruf yang berikutan tanda titik terakhir dalam mana-mana satu nama domain. Umpamanya, dalam nama domain,www.nintendo.com, domain peringkat tinggi ialahcom (atauCOM) kerana nama domain tidak peka terhadap kes huruf.
Pihak Berkuasa Nombor Terumpuk Internet (IANA) kini mengelaskan domain-domain peringkat tinggi dalam tiga kumpulan:
- domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD): Digunakan oleh negara atauwilayah tanggungan, bahagian ini mempunyai dua huruf, misalnyamy untukMalaysia,sg untukSingapura, danid untukIndonesia.
- domain peringkat tinggi generik (gTLD): Digunakan (sekurang-kurangnya dari segi teori) oleh satu kelas pertubuhan yang tertentu (umpamanyacom untuk pertubuhanperdagangan). Bahagian ini mempunyai tiga atau lebih huruf. Kebanyakan gTLD boleh digunakan di seluruh dunia tetapi atas alasan sejarah,mil (tentera) dangov (kerajaan) dikhaskan untuk kegunaan pihak berkuasaAmerika Syarikat masing-masing. gTLD dibahagikan lagi kepadadomain peringkat tinggi tajaan (sTLD), umpamanya .aero, .coop dan .museum, sertadomain peringkat tinggi bukan tajaan (uTLD), umpamanya .biz, .info, .name dan .pro.
- domain peringkat tinggi infrastruktur: Domain peringkat tinggiarpa ialah domain tunggal yang disahkan.Root telah wujud tanpa sebarang alasan.
Daftar lengkap untuk TLD yang wujud pada masa ini boleh didapati disenarai domain peringkat tinggi internet.
Pada Oktober 2009,ICANN mengambil keputusan untuk menerima permohonannama domain diantarabangsakan (IDN) peringkat tinggi dari wakil negara dan wilayah bermula pada November 2009. ccTLD IDN ini ialah nama domain yang dikodkan dalamUnicode sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan diwakili dalam aplikasi sebagai skrip khusus-bahasa atau abjad[1]
.nato ditambahkan pada lewatdekad1980-an oleh NIC untuk penggunaanNATO yang pada masa itu berasa bahawa tiada sebarang TLD yang wujud dapat membayangkan tarafnya sebagai sebuahpertubuhan antarabangsa. Bagaimanapun, tidak lama selepas penambahan itu, NIC mencipta TLD.int untuk penggunaan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan meyakinkan NATO untuk menggunakannato.int sebagai ganti. Walaupun TLDnato tidak lagi digunakan, nama domain ini tidak dihapuskan sehingga Julai 1996.
TLD sejarah yang lain termasuk.cs untukCzechoslovakia dan.zr untukZaire.
RFC 2606 menguntukkan empat nama domain peringkat tinggi yang berikut untuk berbagai-bagai kegunaan, dengan tujuan bahawa ini harus tidak dijadikan TLD yang benar dalam DNS sejagat:
- example — diuntukkan bagi penggunaan dalam contoh
- invalid — diuntukkan bagi penggunaan untuk menggantikan nama domain yang jelasnya tidak sah
- localhost — diuntukkan bagi mengelakkan konflik dengan penggunaanlocalhost yang tradisional
- test — diuntukkan bagi penggunaan dalam ujian
Punca DNS alternatif mempunyai set TLD tersendiri. Sila lihat rencanaPunca DNS alternatif untuk perincian. Kekadangnya,pemalam pelayar telah dibangunkan untuk membenarkan capaian kepada sebilangan set nama domain alternatif walaupun punca DNS yang biasa juga digunakan.
Pada satu ketika,Internet hanya merupakan salah satu daripada banyakrangkaian kawasan luas (WAN). Komputer-komputer yang tidak disambung kepada internet, tetapi disambung kepada rangkaian yang lain (umpamanyaBitnet,CSNET atauUUCP), secara amnya, dapat bertukar-tukaremel dengan Internet melaluiget laluan emel. Ketika digunakan dalam Internet, alamat rangkaian-rangkaian ini sering menggunakandomain pseudo sepertibitnet,csnet anduucp; bagaimanapun, domain-domain pseudo ini bukannya domain peringkat tinggi yang benar dan tidak wujud dalam DNS.
Kebanyakan rangkaian ini telah lama tidak wujud, dan walaupun UUCP masih digunakan di sebilangan negara di mana infrastruktur Internet masih belum bertapak, negara-negara itu kemudian berubah kepada penggunaan nama-nama domain Internet dan oleh itu, domain pseudo kini merupakan satu peninggalan sejarah.
Rangkaian ketanpanamaanTor mempunyai satu domain pseudo,onion, yang hanya dapat dicapai melalui klien Tor kerana domain itu menggunakan protokol Tor (Penghalaan Onion) untuk mencapai perkhidmatan tersirat supaya dapat melindungi ketanpanamaan domain.
- Addressing the World: National Identity and Internet Country Code Domains (Menuju kepada Dunia: Identiti Negara dan Domain Kod Negara Internet), disunting oleh Erica Schlesinger Wass (Rowman & Littlefield, 2003,ISBN 0-7425-2810-3) – memeriksa perhubungan antara budaya dengan ccTLD; juga boleh didapatidalam talian.
- Ruling the Root (Memutuskan Punca) oleh Milton Mueller (Percetakan MIT, 2001,ISBN 0-262-13412-8) – membincangkan TLD dan dasar nama domain dengan lebih meluas; juga boleh didapatidalam talian.Diarkibkan 2006-09-17 diWayback Machine
|
|---|
| Jaringan Sejagat | |
|---|
| Suapan | |
|---|
| Piawaian W3C | |
|---|
| Domain | |
|---|