Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam. Cari sumber: "Doa" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR(November 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini) |
| Sebahagian daripadasiri berkaitan |
| Islam |
|---|
Budaya andmasyarakat |

Doa (Arab:دُعَاء,rumi: du`ā' "seruan; permintaan" terbitan kata kerjaدَعَاda`ā "memohon"[1]) ialahrayuan kepada suatutuhan yang diucapkan oleh seseorang yang percaya kepada-Nya dalamanutan dipegang. Seseorang yangMuslim meminta atau "berdoa" kepadaAllah dengan meletak tangan di hadapan dan menghadap kedua tapak tangan ke atas. Ia sering dilakukan setelah sembahyang, sewaktu mengambil air sembahyang (wuduk), sewaktumakan danminum, berniatpuasa dan sebelumtidur. Ia juga digunakan dengan beberapa niat pada perbuatan yang baik menurut ajaran agama Islam.
Muslim digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah. Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada Allah.
Khasnya doa dilakukan bagi membaiki diri dengan cara meminta ampun kepada Allah dan mengharapkan sesuatu daripada-Nya.
Selaras dengan tanggungjawab orang Islam berharap sesuatu kepada Allah, Allah SWT telah meletakkan beberapa waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-waktu itu, orang Islam digalakkan untuk memohon dan berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik serta meminta belas kasihan dan keampunan daripada-Nya. Umat Islam percaya Allah akan memakbulkannya. Walau bagaimanapun, terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa itu diterima Allah dengan seadanya iaitu orang Islam jangan menyekutukan Allah (menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain Allah) serta wajib bagi mereka membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Berikut ialah senarai waktu-waktu yang diberkati doanya oleh Allah SWT:
Walau bagaimanapun, Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan daripada Allah SWT.
Rencana berkenaanIslam ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |