Dinasti Yuan (bahasa Mongolia:ᠶᠡᠬᠡ ᠶᠤᠸᠠᠨ ᠤᠯᠤᠰ,Yeke Yuwan Ulus,Bahasa Cina:元朝; pinyin:Yuáncháo), secara rasmi bernamaYuan Agung (Bahasa Cina:大元; pinyin:Dà Yuán; secara harafiah berarti "Negara Yuan Agung"),[nota 1] ialah penerus daripadaEmpayar Mongol dan sebagai bentuk pentadbiranMongol ke atasChina. Selain China, Mongolia jugamenguasaiKorea secara keseluruhan danSiberia (Baikal dan Sakhalin)[2]. Dinasti ini bermula secara rasmi olehKublai Khan pada tahun 1271[3] dan mengalami kejatuhan pada tahun 1368.[4]
Yuan Raya
ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ ᠤᠨ ᠶᠡᠬᠡ ᠶᠤᠸᠠᠨ ᠤᠯᠤᠰ Dai Ön Yehe Monggul Ulus
Meskipun dinasti ini ditubuhkan olehKublai Khan, beliau meletakan datuknyaGenghis Khan dalam rekod rasmi sebagai pengasas dinasti atauTaizu (Bahasa Cina:太祖) dalam Mandat Langit. Pentabalan Temujin sebagai Maharaja China tidak diakui oleh dua Dinasti selepasnya yaituMing danQing. Kublai Khan menuntut gelaranKhagan, iaitu kekuasaan mengatasi khan-khan Mongol (Khaniyah Chagatai,Horda Emas,Ilkhanate); bagaimanapun tuntutan ini diakui oleh Il-Khaniyah, Jochiyah dan Chagatai, mereka mempunyai pentadbiran dan kerajaan sendiri yang berbeza. Pengakuan tiga penerus Empayar Mongol itu sempat berlaku semasa peristiwaPerdamaian Agung pada 1304.
Yuan kadang kala dirujuk sebagaiEmpayar Besar Khan. Maharaja Mongol dari Dinasti Yuan mentabalkan diri sebagaiKhan bagi kesemuaKhan Mongol.[6][7][8]
SelepasTemujin mengalahkanJamukha dalamPertempuran Chakirmaut pada 1204, suku-suku mengakui kekuasaan Temujin. Dia menjadi Khan Agung Mongol pada tahun 1206. Dia dan penerusnya memperluas Empayar ke seluruh Asia. Di bawah pemerintahan putra ketiga Genghis,Ogedei Khan, pasukan Mongol menghancurkandinasti Jin pada tahun 1234, menaklukkan sebagian besar China Utara. Ogedei menawarkan keponakannya,Kublai Khan diXingzhou,Hebei. Kubilai tidak dapat membaca bahasa Mandarin tetapi memiliki beberapa guru yang mengajarkannya budaya Han. Pada suatu hari, Kublai mencari nasihat dari orang Buddha dan Konfusianisme Tiongkok. Ketika pentadbiran Mongke Khan beemula, Kubilai diberikan wilayah di China.
Möngke Khan memulai kampen tentera ke atasdinasti Song. Kekuatan Mongol yang menginvasi Tiongkok selatan jauh lebih besar daripada kekuatan yang mereka kirim untuk menyerang Timur Tengah pada tahun 1256. Ia meninggal pada tahun 1259 tanpa penerus. Kublai kembali dari pertempuran Song pada tahun 1260 ketika ia mengetahui bahwa saudaranya,Ariq Böke, mengambil klaim atas takhta. Kubilai mengadakankurultai di Kaiping yang memilihnya sebagai Khan Agung. Namun sebuah kurultai saingan di Mongolia menyatakan Ariq BökeKhan Agung, sehingga terjadiperang saudara Toluid. Menandakan awal bersurainya Empayar Mongol. Meskipun dimenangkan oleh Kubilai, tiga Kekhanan di barat (Golden Horde,Chagatai,Ilkhanat) menjadi otonom secara fungsional. Hanya Ilkhanat yang masih mengakui Kubilai sebagai Khan Agung.[9]
Perdamaian Agung Mongolia, bersatu di bawah satu khan 1304
Kubilai menyiapkan pemindahan ibu negara Mongol dariKarakoram di Mongolia keKhanbaliq pada tahun 1264. Mengasas bandar baharu di dekat bekas pusat pentadbiranJurchen,Zhongdu, (kiniBeijing moden) pada tahun 1266. Pada tahun 1271, Kublai secara rasmi mengklaim Mandat Langit dan menyatakan bahwa 1272 adalah tahun pertama Yuan Raya (大元) dalam gaya dinasti tradisional China lama untuk menghibur penduduk Han yang bersedih dan mengajak loyalis Song untuk tunduk pada kekuasaan Mongol.
Pada masa pentadbirannya selepasPertempuran Yamen, Kublai Khan mencuba untuk membuat setara apa yang dimahukan kumpulanMongol,Semu danHan. Perdagangan Jalur Sutra yang bebas keIlkhan pada masanya membuat senang orang Mongol, membolehkan syiar dakwah Islam di seluruh wilayah merangkumi China Selatan ialah keazaman yang pro dengan Semu dan mengazamkan semula peredaran uang kertas membuat senang orang Han (鈔;Jiaochao).
Selepas peperangan menentangKaidu berakhir, muncul beberapa tokoh Mongol yang energik sepertiTemür Khan,Manggala,Ananda dan lainnya. Memungkinkan berlakunya perdamaian dengan tiga kerajaan Mongol lain atau disebut sebagai Perdamaian Agung 1304. Penyebaran dan budaya antara China dan dunia luar semakin terbuka.[10]
Mendekati akhir kekuasaannya, Dinasti Yuan mulai kehilangan dukungan dari rakyatnya. Kebanyakan Maharaja Yuan berusaha untuk menghindar dariSinifikasi dan menggunakan bahasa Mongolia dalam aktiviti penting kerajaan, hal ini membuat benci kelas atas Han. Salah satu tokoh yang terkenal pro tradisionalis Mongol ialah Wazir AgungBoyan si Merkit. Dia melarang peperiksaan Dinasti China dan menyarankan kepada Khan untuk membunuh beberapa orang dari lima marga sebagai peringatan. Zhang, Wang, Liu, Li dan Zhao. Dia beralasan bahawa pemberontakan yang dia hancurkan pasti berasal dari lima keluarga loyalis Song ini.
Pada kelas menengah atau bawah, rakyat sebenarnya tidak terlalu mempermasalahkan kalau mereka dipimpin orang Mongol, tetapi bencana alam yang terus berlaku membuat rakyat merasa resah. Pada tahun 1351, berlakunyaPemberontakan Serban Merah yang dipimpin oleh loyalisSong perlahan membuat Yuan di Khanbaliq kehilangan pengakuan. Perang saudara antara KhanToghon Temür dan pengiranAyushiridara memperburuk keadaan daripada kerajaannya.
Pada tahun 1368, Toghon Temur menyuruh seluruh pasukannya untuk kembali ke Mongolia. Menandakan bermulanya eraDinasti Yuan Utara danEmpat Oirat.Koke Temür,Esen Taishi dan panglima lain berperang menentangdinasti Ming (1368–1644) untuk mempertahankan Tanah Mongol dari serangan China.[10]
^Bentukbahasa Mongolia modern yang umum digunakan oleh akademisi Tiongkok dan Mongolia:Mongolia Pertengahan:ᠳᠠᠢ ᠦᠨ ᠶᠡᠬᠡ ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ ᠤᠯᠤᠰ,Dai Ön Yeke Mongghul Ulus atauИх Юань улс dalamAlfabet Kiril Mongol Modern,Ikh Yuan Üls/Yekhe Yuan Ulus.[1]