Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Dimitris Salpingidis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dimitris Salpingidis
Maklumat peribadi
Nama penuhDimitrios Salpingidis
Tarikh lahir (1981-08-18)18 Ogos 1981 (umur 44)
Tempat lahirThessaloniki,Greece
Ketinggian1.71 m (5 ka ​7 516 in)[1]
Posisi permainanPemain sayap /Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
PAOK
Nombor14
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1999–2006PAOK103(50)
1999–2000Larissa (pinjaman)7(0)
1999–2002Kavala (pinjaman)43(25)
2006–2010Panathinaikos119(46)
2010–PAOK158(40)
Pasukan kebangsaan
2004Greece B233(0)
2005–Greece82(13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Oktober 2014

Dimitrios "Dimitris" Salpingidis (Yunani:Δημήτρης Σαλπιγγίδης; lahir 18 Ogos 1981) merupakan pemain bola sepak profesional Greek yang kini beraksi untuk kelabPAOK FC danpasukan kebangsaan Greece. Beliau bermain di posisi sayap ataupun penyerang.

Kerjaya kelab

[sunting |sunting sumber]

PAOK

[sunting |sunting sumber]

Salpingidis bermula menjadi seorang ahli gusti sebelum beliau dipanggil untuk bermain bola sepak.[2] Salpingidis memulakan kerjaya bola sepaknya ketika memasuki kelab remajaPAOK FC. Sebelum ke dunia bola sepak, beliau mengambil bahagian dalam acaragusti dan memiliki impian untuk mewakili negaranya keSukan Olimpik. Beliau tidak dapat tunaikan impiannya menjadi ahli gusti tetapi pemain bola sepak akhirnya terhasil pada tahun 2004. Pada 30 September 1999, beliau membuat penampilan pertama bola sepak menentangFC Lokomotivi Tbilisi dengan kemenangan 2-0. Beliau kemudian dipinjam ke kelabKavala FC semasa dua musim, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak Divisyen Kedua. Pada 25 Ogos 2002, beliau membuat debut liga untuk PAOK dan menang 4-1 ke atasPanathinaikos FC. Jaringan liga pertama beliau ketika menang 3-2 ke atasOFI Crete.

Pada musim seterusnya, PAOK memiliki penyerang hebat sepertiIoannis Okkas danGiorgos Georgiadis. Salpingidis pada ketika itu menjadi penyerang pertama serta menjadi kapten pasukan. Pada musim 2003-04, pasukannya menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara. Kepentingan beliau dalam pasukan PAOK menyebabkan beliau dibenarkan terlepas perlawanan bersama skuadOlimpik Greece padaSukan Olimpik di ibu kota tanah air beliau, Athens. Pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentangMaccabi Tel Aviv, kekalahan berpihak kepada pasukan beliau dan menyebabkan pemecatan jurulatih Anastasiadis. Pada musim 2005-06, beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.

Panathinaikos

[sunting |sunting sumber]

Pada 16 Ogos 2006, beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelabPanathinaikos dengan bayaran €1.8 juta. Perpindahan ini merupakan bayaran ketiga termahal antara semua pasukan Greek pada masa itu. Beliau membuat debut untuk Panathinaikos pada 20 Ogos dengan kemenangan 4-1 ke atas Aigalaio, di mana beliau menjaringkan hatrik.

Kembali ke PAOK

[sunting |sunting sumber]

Selepas melalui musim yang baik selama empat tahun di Panathinaikos, Salpingidis kembali ke PAOK pada musim panas 2010. Pada 16 Jun 2010, Salpingidis secara rasminya menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab PAOK selepas kontraknya bersama kelab Panathinaikos tamat.

Pada 9 Januari 2011, beliau menjaringkan gol ke-100nya di Liga Super Greek menentang [[Asteras Tripoli F.C.|Asteras Tripoli]. Pada 3 November 2011, Salpingidis menjadi pemain Greek pertama yang menjaringkan banyak gol di Eropah.

Pada permulaan musim 2012-13, beliau menukar nombor jersinya dari 9 ke 14 iaitu nombor kegemarannya. Pada 17 Mac 2013, beliau melanjutkan kontrak selama tiga athun sehingga 2017 dengan harapan untuk menamatkan kariernya di kelab itu.

Beliau menjaringkan dua gol sepakan gunting pada 23 Februari 2013 menentangKerkyra, menang 3-1. Pada 20 Mac 2013, beliau menjadi kapten pasukan PAOK selepasPablo Garcia meninggalkan kelab. Beliau dilayangkan kad merah buat pertama kali dalam kariernya ketika PAOK menang 2-1 ke atasPlatanias.

Kerjaya antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Salpingidis telah membuat 82 penampilan dan menjaringkan 13 gol untukpasukan kebangsaan Greece. Beliau membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan pada 17 Ogos 2005 menentangBelgium.

Pada 17 Jun 2010, dalam perlawanan peringkat kumpulanPiala Dunia 2010 menentangNigeria, beliau menjaringkan gol pertama Greece di pentas Piala Dunia. Pada 8 Jun 2012, Salpingidis memasuki padang dan menjaringkan gol pertama Greece diEuro 2012 pada perlawanan peringkat kumpulan dengan keputusan terikat seri 1-1 menentangPoland. Dengan kedua-dua gol di Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, beliau menjadi pemain pertama Greek yang menjaringkan gol di kedua-dua kejohanan itu, di mana pemain-pemain Greek sebelum ini tidak pernah menjaringkan gol.

Statistik

[sunting |sunting sumber]
PasukanTahunKmnclnGol
Greece200540
200670
200740
2008111
200972
2010113
2011100
2012104
201383
2014100
Jumlah8213

Gol antarabangsa

[sunting |sunting sumber]
#TarikhArenaLawanSkorKeputusanKejohanan
1.5 Februari 2008Nicosia,Cyprus Republik Czech1–01–0Persahabatan
2.1 April 2009Heraklion,Greece Israel2–12–1Kelayakan Piala Dunia 2010
3.18 November 2009Donetsk,Ukraine Ukraine0–10–1Kelayakan Piala Dunia 2010
4.17 Jun 2010Bloemfontein,Afrika Selatan Nigeria1–12–1Piala Dunia FIFA 2010
5.11 Ogos 2010Belgrade,Serbia Serbia0–10–1Persahabatan
6.12 Oktober 2010Athens, Greece Israel2–12 –1Kelayakan Euro 2012
7.29 Februari 2012Heraklion, Greece Belgium1–11–1Persahabatan
8.8 Jun 2012Warsaw,Poland Poland1–11–1UEFA Euro 2012
9.22 Jun 2012Gdańsk, Poland Jerman2–42–4UEFA Euro 2012
10.16 Oktober 2012Bratislava,Slovakia Slovakia0–10–1Kelayakan Piala Dunia 2014
11.10 September 2013Athens, Greece Latvia1–01–0Kelayakan Piala Dunia 2014
12.15 OKtober 2013Athens, Greece Liechtenstein1–02–0Kelayakan Piala Dunia 2014
13.15 November 2013Athens, Greece Romania2–13–1Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Kelab

[sunting |sunting sumber]
Sehingga 9 Mac 2015
KelabMusimLigaPialaBenua[A]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
GreecePAOK1999-0000001111
Jumlah00001111
GreeceLarissa (pinjaman)[1999–0070000070
Jumlah70000070
GreeceKavala (pinjaman)2000–011552000175
2001–02282051003321
Jumlah432571005026
GreecePAOK2002–031534241236
2003–04291642403718
2004–05291431423617
2005–06301710633720
Jumlah1035012518613361
GreecePanathinaikos2006–07271460834117
2007–08301510743819
2008–093412401235015
2009–10285411364512
Jumlah11946151401617463
GreecePAOK2010–11369611125312
2011–1235730834610
2012–13311173304114
2013–143510401024912
2014–152131080303
Jumlah1584021440721951
Jumlah kerjaya43016155119930584202

Nota

[sunting |sunting sumber]
A.   Termasuk penampilan diLiga Juara-Juara UEFA danLiga Europa UEFA.

Penghargaan

[sunting |sunting sumber]

Kelab

[sunting |sunting sumber]

PAOK

Panathinaikos

Individu

[sunting |sunting sumber]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players"(PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 18. Dicapai pada27 September 2014.
  2. ^"Salpingidis sneaking into history with PAOK". uefa.com. 9 December 2013.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Skuad Greece
Persondata
NamaSalpingidis, Dimitris
Nama alternatifΔημήτρης Σαλπιγγίδης (Greek)
Pemerihalan ringkasFootballer
Tarikh kelahiran18 August 1981
Tempat kelahiranThessaloniki, Greece
Tarikh kematian
Tempat kematian
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dimitris_Salpingidis&oldid=3556310"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp