Diktator (Jawi: ديکتاتور serapanLatin terbitandicto: "memberi perintah; menyuruh; mengharuskan"[1]) merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya tidak dipilih secarademokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan yang menakut-nakutkan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa melakukan perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakanketua negara diperintah suatuparti dominan atausatu-satunya.
Etimologi
Pada zaman Rom Purba,Julius Caesar mengatasi lawannya dan meletakkan dirinya sebagai Diktator Abadi.
Perkataan diktator berasal daripadabahasa Latin iaitu dictātor. Dalam bahasa Latin, perkataan diktator merujuk kepada hakim Republik Rom yang memiliki kuasa mutlak buat sementara. Selalunya, dalam pemerintahan rejim diktator, pemimpin negara itu dikenali dengan nama diktator; walaupun jawatan yang mereka sandang sebelum ini mungkin lebih merujuk kepada jawatan berkaitan pemimpin negara.
Dalam tradisiRom dan Etruria, pada asalnya terma diktator tidak dikaitkan dengan makna yang negatif berbanding masa kini, yang digunakan ketika tempoh darurat[2]. Diktator merupakan seorang majistret yang memiliki kuasa penuh untuk sementara waktu[3]. Selepas habis tempoh darurat, kuasa Diktator dikembalikan kepada pemerintahan Konsular biasa.
Terma diktator mula dikaitkan dengan makna yang negatif ketika kebangkitanLucius Cornelius Sulla menuju pemerintahan diktator selepas peristiwaPerang Saudara Kedua Sulla[4], menjadikan Sulla diktator pertama di Rom selepas lebih satu abad (kononnya jawatan diktator itu dikosongkan) serta orang yang bertanggungjawab menghapuskan had penggal pemerintahan dan keperluan memanggil sidang Senat. Sulla meletak jawatan kira-kira setahun kemudian, bagi mengelakkan dirinya berdepan krisis perlembagaan yang semakin meruncing[4].
Julius Caesar mengikut jejak Sulla pada tahun 49 SM dan pada bulan Februari 44 SM, dia digelar sebagai Diktator Abadi[5], secara rasminya memansuhkan sebarang batasan terhadap kuasa yang dimilikinya, sehinggalah berlakunya peristiwaPembunuhan Julius Caesar bulan berikutnya[5][6].
Selepas peristiwa itu, pengganti Caesar iaituAugustus ditawarkan jawatan Diktator, namun beliau menolaknya[7]. Pengganti seterusnya juga menolak jawatan ini, dan akhirnya jawatan ini lenyap di kalangan pemimpin Rom.
Era moden
Index Demokrasi 2017 olehThe Economist. Negara yang bertanda merah dianggap tidak demokratik, kebanyakannya di bawah kepimpinan diktator[8].
Sehingga lebih separuh abad ke-19, terma diktator biasanya masih lagi dikaitkan dengan kesan positif. Contohnya, semasa peristiwaRevolusi Hungary 1848, pemimpin tempatanLajos Kossuth selalu dikenali sebagai diktator oleh penyokong tegar beliau, tanpa ada pengaruh yang negatif, walaupun jawatan rasmi yang diberi ialah Presiden pemangku[9].
Walau bagaimanapun, selepas itu, terma diktator selalu dianggap sebagai memiliki konotasi yang negatif[3]. Dalam penggunaan harian, kepimpinan diktator selalunya dikaitkan dengan keganasan dan penindasan[10]. Hasilnya, terma diktator selalu digunakan dalam arena politik bertujuan untuk memberikan persepsi yang buruk kepada pihak lawan.
Ada juga diktator yang mencipta personaliti bagi meraih populariti dan mereka mencipta sendiri gelaran yang berlebih-lebihan. Contohnya,Idi Amin Dada, merupakan leftenan askar British sebelum kemerdekaanUganda dari British pada bulan Oktober 1962, menggelarkan dirinya sebagai "Tuan Yang Terutama, Presiden Seumur Hidup, Fil Marsyal DoktorAl-Hadji Idi Amin Dada, VC, DSO, MC, PenaklukEmpayar British di Afrika Umumnya dan Uganda Khususnya"[11].
Rujukan
^"dicto". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969).Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 245.