Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Diet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemilihanmakanan bersumber tumbuhan yang digunakan oleh manusia. Diet manusia boleh berbeza-beza.

Dalampemakanan,diet ialah jumlahmakanan yang diambil seseorang atauorganisma lain.[1] Hal ini sering difahamkan kepada penggunaan dan pengambilannutrisi tertentu untukkesihatan atau sebab-sebab pengurusanberat badan (dengan kedua-dua yang sering dikaitkan). Walaupun manusia adalahomnivor, setiap budaya dan setiap orang memegang beberapa pilihan makanan atau beberapa tabu makanan. Ini mungkin disebabkan oleh citarasa peribadi atau sebab etika. Pilihan makanan individu mungkin lebih kurang sihat.

Pemakanan lengkap memerlukan pengambilan dan penyerapanvitamin,mineral, asid amino penting dari protein dan asid lemak penting dari makanan yang mengandungi lemak, jugatenaga makanan dalam bentuk karbohidrat, protein, dan lemak. Tabiat dan pilihan pemakanan memainkan peranan penting dalam kualiti kehidupan,kesihatan danumur panjang.

Faktor pengaruh

[sunting |sunting sumber]

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan serta diet dikelompokkan menjadi dua:

  • Faktor dalaman mencakupi faktor-faktor berkaitan dalam badan yang tidak dapat dikendalikan secara sedar pemakan sepertigen,kawal atur suhu, danmetabolisme.
  • Faktor luaran mencakupi kegiatan fizikal, dan asupan makanan.

Faktor dalaman

[sunting |sunting sumber]

Faktor genetik

[sunting |sunting sumber]
INSIG2
[sunting |sunting sumber]

Kajian dilakukan oleh Sekolah Perubatan Universiti Boston menemukan bahawa genINSIG2 bertanggungjawab terhadap kegemukan. GenINSIG2 bertanggungjawab dalam menghambat sintesisasid lemak dankolesterol. Beberapa produk protein dariVarian genINSIG2 memiliki daya penghambatan rendah sehingga orang-orang dengan varian gen ini cenderung mengumpul lebih banyak lemak dalam tubuh. Sekitar 1 dari sepuluh orang (10%) diduga membawa varian gen ini.[2]

FTO
[sunting |sunting sumber]

Gen lain yang bertanggungjawab terhadap kegemukan adalah genFTO yang terletak padakromosom 16 manusia. Kajian genetik menunjukkan bahawa orang-orang yang memiliki varian tertentu dari FTO dan memiliki pasanganalelhomozigot varian tersebut di dalamgenomnya (16,4% dari subyek penelitian) memiliki berat badan 3 kg lebih berat dari orang biasa dan mempunyai risiko serangankegemukan 1.5 kali lebih besar dari orang biasa.[3][4]

Kawal atur suhu

[sunting |sunting sumber]

Manusia pada dasarnya adalah makhlukberdarah panas yang menghabiskan tenaga untuk mempertahankan suhu tubuhnya. Selain memerlukan tenaga untuk mempertahankan suhu tubuhnya (rata-rata 37oC), sejumlah tenaga juga diperlukan untuk mempertahankan kegiatanorgan-organ penting sepertijantung danparu-paru. Tenaga yang diperlukan ini berasal dari makanan diambil seseorang.

Umumnya, dalam keadaan tidur, manusia memerlukandaya sebesar 1Watt untuk setiap kilogram berat tubuh badan (manusia dengan tubuh seberat 65 kg akan mengambil daya sekitar 65Watt atau kira-kira tenaga sama yang diperlukan untuk menghidupkan dua buah lampubohlam). Dengan berat tubuh 65 kg, maka konsumsi tenaga yang diperlukan oleh orang itu setiap harinya adalah sekitar 5.500kilojoule atau 1.400kilokalori (kkal). Tenaga yang diperlukan manusia untuk sekadar hidup (dalam tahap istirehat) tanpa melakukan kegiatan apapun disebut dengan istilahKadar Metabolisme Asas (Basic Metabolite Rate, BMR).

Mekanisme regulasi termis setiap orang berbeza-beda dan konsumsi tenaga tersebut yang menentukan seberapa banyak nutrisi yang harusdibakar oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga tersebut. Dengan demikian,semakin tinggi BMR seseorang, makasemakin tinggi konsumsi energinya dan orang tersebut memerlukan lebih banyak makanan untuk mempertahankan kegiatan tubuhnya. Perbedaan jenis kelamin, ras, dan juga tinggi badan memengaruhi nilai BMR. Kondisi psikologis dan suhu udara juga ikut berpengaruh.

Metabolisme

[sunting |sunting sumber]

Metabolisme atau proses pengolahan (pembentukan dan penguraian) zat-zat diperlukan tubuh untuk menjalankan fungsinya merupakan salah satu faktor penentu dalam diet.

  • metabolismelemak badan: berkait rapat dengan kandungan jisimotot dalam tubuh di mana metabolisme makanan meningkat selari dengan jisim lalu dapat meningkatkan pembakaran lemak

Faktor luaran

[sunting |sunting sumber]

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap populasi pendudukAmerika Syarikat, terdapat 60.5% penduduk berusia dewasa mengalami kondisi berat badan berlebih (data tahun 2005).[5] Para saintis turut yakin bahawa kebiasaan hidup dan pola makan memegang faktor yang lebih dominan dalam mempengaruhi berat badan seseorang bila dibandngkan faktor dalaamn . Dua faktor yang sangat dominan ini adalah kegiatan fizikal dan asupan nutrisi. Seseorang dapat dengan mudah mengurangi berat badannya tanpa perlu mengambil obat-obatan pembakar lemak dan semacamnya dengan meningkatkan kegiatan serta mengurangi asupan makanan ke dalam tubuhnya.

Kegiatan fizikal

[sunting |sunting sumber]

Untuk melakukan sebarang kegiatan fizikal secara sehari-hari, manusia memerlukan sejumlahtenaga. Jika tenaga yang diberikan oleh makanan tidak cukup memenuhi kadar yang diperlukan dalam melakukan kegiatan mengambil tenaga tersebut, maka tenaga diperoleh dari hasil pemecahan lemak di dalam tubuh. Berikut adalah contoh kegiatan fizikal besertakalori diperlukan yang dibakar dalam tempoh satu jam (dalam kkal/jam):[6]

Kegiatan50 kg (kkal/jam)70 kg (kkal/jam)
Berbasikal 10 km/jam165240
Berbasikal 20 km/jam270410
Berlari 9 km/jam440660
Berlari 16 km/jam8501.280
Berenang 23 m/menit185275
Berjalan 3 km/jam160240

Keperluan kalori keseluruhan untuk setiap individu berbeza-beda dan tergantung padajantina,usia, bahkan jugaetnik. Pakar-pakar gizi umumnya menggunakanFormula Harris Benedict untuk menghasilkan perkiraan yang lebih tepat terhadap nilai BMR seseorang.[7]

Jenis pengamalan

[sunting |sunting sumber]
  • Diet kurangkarbohidrat: adakala menggalakkan pemecahan lemak melaluiketosis menggantikan bekalan yang sudah dihabiskan badan[8]
  • Diet kurang kalori: diamati boleh mengurangkan berat badan selama 8% dalam tempoh antara 3–12 bulan[9] bergantung kepada usia dan berat badan[9]
  • Puasa juga boleh dianggap suatu amalan diet bergantung kepada kekerapan dilakukan, sama ada secara biasa mahupunberkala.
  • Diet Iklim: diet yang menitikberatkan isu pemanasan global yang berkaitan perubahan iklim dengan panduan yang dapat membantu pengurangan karbon, kos dan menyelamatkan planet.[10]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^kata nama, def 1 - askoxford.com
  2. ^Nordqvist, Christian (14 April 2006)."Obesity Gene Affects One In Ten People". Medical News Today.
  3. ^Jha, Alok (9 November 2007)."Researchers move closer to understanding obesity gene".The Guardian.
  4. ^Frayling, Timothy M.; Timpson, Nicholas J.; Weedon, Michael N.; Zeggini, Eleftheria; Freathy, Rachel M.; Lindgren, Cecilia M.; Perry, John R. B.; Elliott, Katherine S.; Lango, Hana; Rayner, Nigel W.; Shields, Beverley (11 Mei 2007)."A Common Variant in the FTO Gene Is Associated with Body Mass Index and Predisposes to Childhood and Adult Obesity".Science (dalam bahasa Inggeris).316 (5826): 889–894.doi:10.1126/science.1141634.ISSN 0036-8075.PMID 17434869.
  5. ^"State-Specific Prevalence of Obesity Among Adults --- United States, 2005".MMWR Weekly. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. 15 September 2006. Dicapai pada10 Mei 2021.
  6. ^"Calories Burned During Exercise".MSN Encarta. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 Mac 2008. Dicapai pada24 April 2008.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^Tom, Venuto."How to Determine Your Body's Daily Calorie Needs". Dicapai pada10 Mei 2021.
  8. ^"Low-carb diet: Can it help you lose weight? - Mayo Clinic".www.mayoclinic.org. Dicapai pada30 April 2020.
  9. ^abStrychar I (January 2006)."Diet in the management of weight loss".CMAJ.174 (1): 56–63.doi:10.1503/cmaj.045037.PMC 1319349.PMID 16389240.
  10. ^Harrington, Jonathan (2008).The Climate Diet - How You Can Cut Carbon, Cut Costs, And Save The Planet. London: Earthscan. m/s. 3.ISBN 978-1-84407-533-1.
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Diet&oldid=5875949"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp