Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (Jawi:ديوان ڤرواکيلن اميريكا شريکت,Inggeris:United States House of Representatives) ialah dewan rendah dan salah satu daripadadua dewanKongres Amerika Syarikat, dengan dewan tertingginya ialahSenat.[1]
Setiapnegeri diwakili di dalam dewan adalah berkadar terus kepadapenduduk, dan diberikan paling kurang satu wakil. Jumlah bilangan perwakilan juga ditetapkan sebanyak 435 oleh Akta Reapportasi 1929, walaupun Kongres mempunyai kuasa untuk mengubah nombor berkenaan. Setiap perwakilan berkhidmat selama dua tahun. Perwakilan hanya berkhidmat bagi tempoh dua tahun dan mungkin boleh dilantik beberapa kali yang mungkin. Pegawai Pengerusi dewan berkenaan dikenali sebagaiSpeaker yang dipilih secara undian oleh anggota-anggota dalam dewan tersebut.
Dewan ditugaskan dengan perundangan persekutuan, yang dikenali sebagai bil, dengan, setelah persetujuan Senat, dihantar kepada presiden untuk dipertimbangkan. Dewan ini juga mempunyai kuasa eksklusif: Dewan ini memulai semua bil pendapatan, mendakwa pegawai persekutuan, dan memilih presiden jika tidak ada calon yang mendapat suara terbanyak di Kolej Pilihan Raya.[2][3] Dewan bersidang di sayap selatanKapitol Amerika Syarikat. Speaker dan barisan pimpinan Dewan dipilih oleh Kaukus Demokrat atau Sidang Republikan, bergantung kepada mana-mana parti yang mempunyai lebih banyak ahli mengundi.