| C | |
Dewan Kemasyhuran pada tahun 2020 | |
![]() | |
| Maklumat am | |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1936 (1936)(Besbol) Ditahbiskan 12 Jun 1939 |
| Jenis | Dewan kemasyhuransukan profesional |
Saiz koleksi |
|
Pegangan utama |
|
| Maklumat pentadbiran | |
| Pengasas | Stephen Carlton Clark |
| Kurator | Tom Shieber[1] (Kurator Senior) |
| Maklumat geografi | |
| Lokasi | Cooperstown, New York, A.S. |
| Koordinat | 42°42′00″N74°55′24″W / 42.70000°N 74.92333°W /42.70000; -74.92333 |
| Maklumat pelawat | |
Bilangan pelawat | 260,000/tahun (secara purata sehingga 2018)[3] |
Laman sesawang | |
| sunting | |
Muzium dan Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan (bahasa Inggeris:National Baseball Hall of Fame and Museum) atauDewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan (bahasa Inggeris:National Baseball Hall of Fame) merupakanmuzium sejarah dandewan kemasyhuran yang terletak diCooperstown, New York. Tempat ini mempamerkansejarah besbol di Amerika Syarikat dan artifak berkaitan besbol di samping sebagai tempat mengenang jasa kepada individu yang cemerlang dalam beraksi,mengendalikan dan berkhidmat untuk besbol. Moto dewan ini ialah "Preserving History, Honoring Excellence, Connecting Generations" (bahasa Melayu: "Memelihara Sejarah, Menghargai Keunggulan, Menghubungkan Generasi.").Cooperstown sering menjadi nama singkat (ataumetonim) kepada Muzium dan Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan ini.
Dewan Kemasyhuran telah ditubuhkan pada tahun 1939 olehStephen Carlton Clark, seorang pewaris kepada kekayaanSinger Sewing Machine. Clark ingin membawa pengunjung ke bandar yang terkesan akibatKemelesetan Besar (Great Depression) yang telah menjejaskan industri pelancongan tempatan danpelarangan arak yang dikuatkuasakan telah memusnahkan industrihop setempat. Clark kemudian membina bangunan Dewan Kemasyhuran yang ditahbiskan pada 12 Jun 1939. (cucu beliau, Jane Forbes Clark kini menjadi pengerusi barisan lembaga.)Dakwaan tentang wiraPerang Saudara Amerika iaituAbner Doubleday telah mencipta besbol di Cooperstown menjadi titik penting bagi pemasaran Dewan Kemasyhuran pada tahap awal.
Kawasan yang telah diperluas untuk perpustakaan dan fasiliti penyelidikan telah dibuka pada tahun 1994.[4]Dale Petroskey mejadi presiden organisasi pada 1999.[5] Pada tahun 2002, Dewan Kemasyhuran telah melancarkanBaseball as America, sebuah pameran penjelajahan yang berkunjung ke muzium-muzium Amerika buat masa enam tahun. Dewan Kemasyhuran juga menaja program pendidikan di Internet untuk membawakan Dewan Kemasyhuran kepada pelajar kanak-kanak sekolah yang tidak berpeluang untuk melawat. Muzium dan Dewan Kemasyhuran telah melengkapkan siri-siri penaiktarafan pada musim bunga 2005. Dewan Kemasyhuran juga membuka pameran tahunan di FanFest yang boleh didapati diPerlawanan All-Star Major League Baseball.
Pemilihan ke dalam Dewan Kemasyhuran setiap tahun akan dijalankan oleh dua kumpulan iaituBaseball Writers’ Association of America (BBWAA) danVeterans Committee. Sepanjang tempoh 1971 sehingga 1977, sebuah jawatankuasa khas telah menyenaraikan sembilan orang pemain dariliga profesional Negro ke dalam Dewan Kemasyhuran.
Pemain-pemain yang terpilih oleh ahli dan beberapa anggota kehormat BBWAA harus aktif selama 10 tahun dan terdapat kira-kira 450 orang penulis mengambil bahagian pada setiap tahun. Kelayakan ke pemilihan ini memerlukan pemain prospek yang aktif di major league pada tempoh memulakan karier 20 tahun sebelum dan menamatkan karier lima tahun sebelum undian. Walau bagaimanapun, kesRoberto Clemente yang menjadi mangsa nahas kapal terbang pada lewat 1972 tidak memerlukan masa lima tahun. Sebaliknya, beliau telah disenaraikan pada tahun 1973. Kemudian pada tahun 1973, peraturan pengundian telah berubah untuk membenarkan pemilihan pemain selama enam bulan selepas kematiannya. Peraturan lain selanjutnya ialah seseorang pemain harus beraksi sekurang-kurangnya selama 10 tahun di major league dan memerlukan 75% untuk diundi layak ke dalam Dewan Kemasyhuran. Kemudian, tiada kelompok bilangan pemain tetap yang diundi pada setiap tahun. Pemain yang memperoleh undian kurang daripada 5% akan digugurkan daripada pemilihan akan datang. Dalam beberapa kes, jawatankuasa penapisan akan memulihkan kembali nama-nama tersebut untuk pengundian seterusnya tetapi pada pertengahan 1990-an, pemain yang digugurkan akan tetap tidak layak untuk pertimbangan Dewan Kemasyhuran walaupun melalui Veterans Commitee. Perubahan prosedur pengundian pada tahun 2001 telah memulihkan kelayakan pemain ang digugurkan bahawa nama mereka tidak tampil di undian BBWAA, sebaliknya mereka akan dipertimbangkan oleh Veterans Committee.[6] Pemain-pemain yang memperoelh undian sebanyak 5% atau lebih tetapi tidak kurang daripada 75% akan dipertimbangkan semula pada setiap tahun sehingga mencapai maksimum sepuluh tahun kelayakan (dikurangkan daripada 15 tahun pada undian 2015).[7]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanDewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat |