| Dewan Bandaraya Kuching Utara | |
|---|---|
| Jenis | |
| Jenis | Kerajaan Tempatan |
| Sejarah | |
| Diasaskan | 1 Ogos 1988 |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Kuching |
| Kepimpinan | |
Datuk Bandar | HAJI HILMY BIN HAJI OTHMAN (sejak September 2023) |
| Moto | |
| Untuk Masyarakat Berbudaya | |
| Tempat persidangan | |
| Dewan Bandaraya Kuching Utara Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak | |
| Laman sesawang | |
| https://dbku.sarawak.gov.my/modules/web/index.php | |
| sunting | |
Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya,TheCommission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasanDBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar rayaKuching,Sarawak. Kuching telah dinaikkan ke tarafbandar raya pada1 Ogos1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan diMalaysia selepasKuala Lumpur danIpoh. MemandangkanDaerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) danMajlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaituPesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara danDatuk Bandar bagi Kuching Selatan.
Bandaraya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Suruhanjaya ini, merangkumi sebahagian kecil kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC) tetapi pada masa yang sama menyerap masuk kawasan yang dahulunya ditadbir olehKuching Rural District Council (KRDC) dengan keluasan kesuluruhan pentadbiran DBKU adalah 369.48 kilometer persegi manakala jumlah hartanah pula sebanyak 43,575 unit.
Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efisien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua-dua kawasan. PenubuhanDBKU adalah tepat kerana ini akan memastikanMajlis Bandaraya Kuching Selatan dapat menjalankan tanggungjawab penuh sebagai sebuah PBT dan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dalam sebahagian kawasanBandaraya Kuching Utara yang sebelumnya dibawah kawalselia KRDC.[1]
Oleh kerana penubuhannya yang tidak menyamai mana-mana Kerajaan Tempatan lain di Sarawak,Bandaraya Kuching Utara
dikawalselia oleh Suruhanjaya ini yang merupakan sebuah badan korporat.Pesuruhjaya Kuching Utara yang dilantik TYTYang di-Pertua Negeri dibantu oleh beberapa orang ahli Lembaga Penasihat danPesuruhjaya Kuching Utara bertanggungjawab serta melapor secara terus kepada Ketua Menteri Sarawak. Bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya adalah termaktub dibawah suatu ordinan yang digubal khas untuk Kuching Utara disebut sebagaiOrdinan Bandaraya Kuching Utara. Melalui ordinan ini juga,Pesuruhjaya Kuching Utara secara sah boleh disebut dengan gelaranDatuk Bandar sekiranya perlu. Selain dibantu oleh Ahli Lembaga Penasihat, Datuk Bandar turut dibantu oleh seorang Pengarah dalam urusan pentadbiran harian. Manakala Pengarah pula dibantu oleh 6 orang Timbalan Pengarah yang tiap-tiap satunya mengetuai Jabatan masing-masing. Sebanyak 24 bahagian terdapat di DBKU yang dinaungkan dibawah 6 jabatan iaitu:[2]
