Deoksiribonukleotida ialahnukleotida yang mengandungideoksiribosa. Ia merupakan unitmonomer bagibiopolimer maklumat, asid deoksiribonukleik (DNA). Setiap deoksiribonukleotida terdiri daripada tiga bahagian: gula deoksiribosa (monosakarida),bes bernitrogen dan satukumpulan fosforil.[1] Bes bernitrogen adalah sama adapurina ataupiridina, sebatian heterokitar dengan strukturnya menyokong interaksipasangan bes khusus yang membolehkan asid nukleik meyimpan maklumatnya. Bes sentiasa terikat di 1'-karbon deoksiribosa, analogribosa di manakumpulan hidroksil daripada 2'-karbon digantikan dengan atom hidrogen. Komponen ketiga, kumpulan fosforil, terikat pada monomer deoksiribosa melaluikumpulan hidroksil pada 5'-karbon gula.
Apabila deoksiribonukleotida berpolimer untuk membentuk DNA, kumpulan fosfat daripada satu nukleotida akan terikat kepada karbon 3' pada nukleotida lain, membentukikatan fosfodiester melaluisintesis penyahhidratan. Nukleotida baharu sentiasa ditambah kepada karbon 3' nukleotida terakhir, jadi sintesis sentiasa berjalan dari 5' hingga 3'.
Seperti mana suatunukleosida boleh dianggap sebagainukleotida tanpa fosfat, begitu juga dengandeoksiribonukleosida, yakni deoksiribonukleotida tanpa fosfat.[2] Satu contoh ialahdeoksisitidina.