Denmark (Denmark:Danmark; ejaan lama:Denmak atauDenmar[7]) merupakan negara Nordik yang paling kecil. Negara ini terletak di semenanjungScandinavia, iaitu di utaraEropah. Denmark bersempadankan Laut Baltik dan Laut Utara, serta mempunyai semenanjung yang bersambung denganJerman dan pulau pulau kecil. Denmark terletak di utaraJerman danPoland, timur lautSweden dan selatanNorway. Tambahan, Greenland dan Pulau Faroe menjadikan raja Denmark sebagai ketua negara (sama seperti Australia, New Zealand dan Kanada yang menjadikan Ratu Britain sebagai ketua negara mereka), tetapi mempunyai hak untuk memerintah secara berasingan.
Penyatuan kerajaan Denmark mula pada abad ke-10 apabila Denmark mengawalLaut Baltik. Denmark kemudian mengawalKesatuan Kalmar yang diasaskan pada 1397 (terhadap Norway dan Sweden). Kesatuan ini berakhir pada 1523 apabila ia "digantikan" oleh Sweden, Walau bagaimanapun, Denmark tetap mengekalkan kesatuan itu ke atas Norway sehingga ia dibubarkan pada 1814. Selain itu, Denmark juga meluaskan tanah jajahannya dari kesatuan ini, sehinggaKepulauan Faroe danGreenland. Denmark juga bangkit selepas kekalahan mereka dalamPerang Scleswig Kedua yang menyemarakkan semangat nasionalisme Denmark. Denmark mengekalkan kedudukan neutralnya padaPerang Dunia Pertama. Pada April 1940, tentera Jerman melancarkanserangan ke atas Denmark. Selepas kejayaan Jerman, Jerman menduduki Denmark sehingga Jerman menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada Mei 1945. Denmark menjadi pengeksport terbesar produk pertanian pada separuh kedua abad ke-19.
Denmark menikmatitaraf hidup yang tinggi dan negara yang berkedudukan baik pada pendidikan, kesihatan, kebebasan awam, kemakmuran dan pembangunan manusia. Negara ini berkedudukan tinggi pada mobiliti sosial. Denmark antara salah satu negara mempunyai per kapita tertinggi. Pada tahun 2014, Denmark merupakan negara pencen terbaik di dunia.
Barang arkeologi terawal yang ditemui di Denmark pada 130,000–110,000 sebelum masihi.Zaman Gangsa Nordic (1800–600 TD) di Denmark terdapat "pongsu" termasuk penemuanlur .
KetikaZaman Besi Pra-Rom(500 BC – AD 1), kumpulan pribumi mula bermigrasi ke selata. Orang Rom juga menjalani perdagangan dan berhubung dengan kaum pribumi yang mendiami Denmark. Kekuatan pengaruh budaya Celtic pada zaman ini juga berlaku berikut penemuanGundestrup cauldron.
Ahli sejarah percaya sebelum kedatangan prekursor ke Denmark, kumpulan yang datang dari timur kepulauan Denmark (Zealand) danSkåne bertutur dalam bahasaGermanik Utara. Kumpulan ini kemudian ke Great Britain untuk menjadi tentera upahan rajaVortigern. Mereka kemudian diserap ke dalam etnikAngles danSaxon yang kemudian membentukAnglo-Saxon.
Struktur pertahananDanevirke dibina sejak abad ke-3 untuk melindungi raja Denmark. Alfabet pertama digunakan pada masa yang sama diRibe, kawasan tertua di Denmark dan dipercayai diasaskan pada AD700.
Dari abad ke-8 sehingga abad ke-10,orang Denmark,Sweden danNorway dikenali sebagai bangsaViking. Mereka semua menjajah, menyerbu dan berdagang di seluruh Eropah. Penjelajah Viking merupakan orang pertama menemuiIceland pada kemalangan yang berlaku pada abad ke-9 kerana mereka ingin keKepulauan Faroe dan mereka secara tidak sengaja, terus menyeberangi "Vinland" (tanah berangin), tempat itu kini dikenali sebagaiNewfoundland diKanada. Bangsa Viking Denmark aktif diKepulauan British danEropah Barat. Mereka menakluk England di bawah RajaSweyn Forkbeard pada 1013,Ireland danPerancis pula didiami puakNormandy. Kebanyakan pens Anglo-Saxong pada zaman ini ditemui di England dan Denmark.
Merujuk kepadaBatu-batuan Jelling, puak Denmark bersatu dan memeluk agamaKristian sekitar tahun 965 oleHarald Bluetooth. Ia percaya bahawa Denmark menjadi Kristian kerana alasan politik untuk menghalang kekuasaan Kristian di Eropah.Germania merupakan tempat perdagangan penting bagi puak Denmark. Harald kemudian membina enam kubu di seluruh Denmark yang dipanggil Trelleborg danDanevirke. Pada awal abad ke-11,Canute Agung menyatukan Denmark, England dan Norway sepanjang 30 tahun.
Pada 1397, Denmark menyertai kesatuan bersamaNorway danSweden di bawah RatuMargaret I. Ketiga-tiga negara itu berdagang dengan baik. Walau bagaimanapun, selepas 125 tahun, Sweden keluar daripada kesatuan ini dan pada 17 Jun 1523, RajaGustav Vasa menakluk kotaStockholm.
Selepas Sweden keluar daripadaKesatuan Kalmar pada 1523, Denmark cuba untuk mengawal Sweden. Kali pertama padaPerang Tujuh Tahun Utara dan kali kedua padaPerang Kalmar ketika RajaChristian IV menyerang Sweden pada tahun 1611 tetapi gagal untuk memaksa Sweden kembali bersatu bersama Denmark. Perang itu tiada pertukaran wilayah tetapi Sweden membayar wang pampasan sebanyak 1 juta perakriksdaler kepada Denmark. Perang ini juga kemenangan besar yang terakhir buat Denmark dalam peperangan ke atas Sweden. Pada dekad seterusnya, Sweden meluaskan tanah jajahannya sehingga menjadikan negara mereka negara terbesar di Scandinavia mengikut luas dan populasi.
DalamPerang Tiga Puluh Tahun, Raja Christian Denmark cuba untuk menjadi ketuaLutheran di Jerman tetapi beliau tewas dalamPertempuran Lutter. Keputusan peperangan itu menunjukkan ketua Katolik di bawahAlbrecht von Wallenstein mudah untuk menyerang dan mendudukiJutland sehingga Denmark terpaksa untuk menyerah kalah daripada peperangan. Denmark berjaya mengelakkan konsesi wilayah mereka tetapi RajaGustavus Adolphus campur tangan di Jerman dan menandakan ketenteraan di Sweden semakin meningkat manakala ketenteraan Denmark di rantau Eropah menurun. Tentera Sweden melancarkanserangan ke atas Jutland pada 1643 dan menawan kota Skåne pada 1644. Merujuk kepada ahli sejarah,Geoffrey Parker, "Pendudukan Sweden menyeebabkan kemerosotan dalam bidang pertanian dan kekurangan kapita, hasil tuaian jatuh mendadak dan wabakMaut Hitam melanda negara ini pada tahun 1647 dan 1651. Populasi Denmark jatuh 20 peratus."
Pada tahun 1645, Denmark menyerahkanHalland,Gotland, bahagian terakhir jajahan Denmark di Estonia, dan wilayah kecil di Norway padaPerjanjian Bromsebro. Pada 1657, RajaFrederick III melancarkan perang ke atas Sweden dan berarak diBremen-Verden. Perang ini membawa kekalahan kepada tentera Denmark dan tentera-tentera Raja Sweden,Charles X Gustav menyerangJutland,Funen, danZealand sebelum menandatanganiPerjanjian Keamanan Roskilde pada Februari 1658, di mana Sweden dibenarkan untuk mengawalSkåne,Blekinge,Trøndelag dan pulauBornholm. Pada Ogos 1658, Charles X Gustav mula mengepung kotaCopenhagen selama dua bulan tetapi gagal. Dalam perjanjian keamanan berikutnya, Denmark berjaya untuk mengekalkan kemerdekaannya dan dibenarkan mengawal Trøndelag dan Bornholm.
Denmark juga untuk mengawal wilayah Skåne dalamPerang Scania (1675–79) tetapi gagal. Selepas berlakunyaPerang Utara Besar (1700–21), Denmark dapat mengawal bahagianSchleswig danHolstein yang diperintah oleh kerabatHolstein-Gottorp pada 1721 dan 1773. PadaPerang Napoleon, Denmark asalnya ingin menegakkan polisi neutral dan berdagang denganPerancis danUnited Kingdom. Selain itu, Denmark juga menyertaiTentera Berkecuali bersamaRusia, Sweden danPrusia. British menganggap Denmark bermusuh dengannya lalu menyerang Copenhagen pada1801 dan1807. Dalam satu peristiwa, armada Denmark telah dibakar berdekatan kota Copenhagen,
Permusuhan ini kemudian berlaku di antaa British dan Denmark lalu berlakunyaPerang Kapal Meriam. British mengawal perairan di antara Denmark dan Norway untuk membawa bencana kepada ekonomi kedua-dua kesatuan ini. Pada tahun 1813, kesatuan Denmark-Norway menjadi bankrap. Kesatuan Denmark-Norway dibubarkan secara rasmi padaPerjanjian Kiel pada tahun 1814. Selepas pembubaran kesatuan dengan Norway, Denmark tetap mengekalkan posisinya diIceland (kekal bersama monarki Denmark sehingga 1944),Kepulauan Faroe danGreenland.
Kereta perang Jerman diJutland semasa Perang Dunia Kedua.
Selepas Eropah dilandaRevolusi 1848, Denmark melaksanakan sistemraja berperlembagaan pada 5 Jun 1849. Dua kamar parlimen telah dibuka. Denmark melancarkan perang ke atasPrusia danHabsburg Austria dalamPerang Schleswig Kedua, peperangan itu berlaku dari Februari sehingga Oktober 1864. Denmark secara mudahnya tewas dan terpaksa memberikan wilayah Schleswig dan Holstein kepada Prussia. Kekalahan Denmark pada kali ini merupakan siri kekalahan terpanjang dan kehilangan wilayah yang bermula sejak abad ke-17. Selepas peristiwa ini, Denmark menjadi sebuah negara neutral atau berkecuali di Eropah.
Perindustrian datang ke Denmark pada separuh kedua abad ke-19. Landasan kereta api mula dibina di Denmark pada 1850an untuk menghubungkan antara bandar ke bandar lain serta melonjakkan ekonomi negara. Perdagangan pula mula pada 1870an. Orang luar dari negara jiran mula bermigrasi ke bandar-bandar utama. Pertanian Denmark menjadi utama serta mengeksport produk daging dan tenusu.
Denmark kekal kedudukan neutralnya padaPerang Dunia Pertama. Selepas kekalahan teruk Jerman, dan padaPerjanjian Versailles, wilayah Schleswig-Holstein dikembali semula ke Denmark. Berikutanfahaman irredentisme Jerman, Denmark cuba untuk mempertimbangkan wilayah itu melaluipungutan suara. Dua pungutan suara Schleswig berlaku pada 10 Februari dan 14 Mac 1920. Pada 10 Julai 1920, bahagian utara Schleswig (Sønderjylland) dijaga oleh Denmark dan memiliki seramai 163,600 penduduk. Hari yang dikenali sebagaiGenforeningsdag disambut setiap 15 Jun bersempena dengan tarikh peristiwa perebutan wilayah Sclewig dengan Jerman.
Pada 1939, Denmark menandatangani pakatan selama 10 tahun untuk tidak diserang olehJerman Nazi tetapiJerman menyerang Denmark pada 9 April 1940 dan kerajaan Denmark terpaksa menyerah selepas dua jam tentera Denmark mempertahankan tanah airnya.Perang Dunia Kedua di Denmark "dicirikan" oleh ko-operasi ekonomi bersama Jerman sehingga 1943, ketika kerajaan Denmark dan tentera lautnya menghantar kapal dan banyak tentera ke Sweden. Kerajaan juga melancarkan operasi menyelamatkan orang-orang Yahudi yang diseksa oleh orang Jerman sebelum mereka semua ke kem tahanan untuk dibunuh. Sesetengah orang Denmark menyokong fahamanNazisme dan menyertaiParti Nazi Denmark atau menjadi sukarelawan untuk menentang penjajah Jerman merupakan sebahagian daripadaFrikorp Danmark. Iceland memutuskan hubungan dengan Denmark lalu menjadi negara merdeka pada 1944. Jerman kemudian menyerah kalah pada Mei 1945. Pada tahun 1948,Kepulauan Faroe diberikan kelebihan untuk memerintah negara mereka dengan bersendirian.
SelepasPerang Dunia Kedua, Denmark menjadi salah satu ahliPersatuan Perdagangan Bebas Eropah,NATO danPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada 1973, bersama Britain dan Ireland, Denmark menjadiKomuniti Eropah (EEC) selepas referendrum oleh rakyat.Perjanjian Maastricht ditolak oleh rakyat Denmark pada 1992 dan ia diterima apabila referendrum kali kedua pada setahun kemudian. Denmark menolak mata wangeuro menjadi mata wang kebangsaan mereka selepas menjalani referendrum pada 2000. Greenland menerima status memerintah negara pada 1979 dan dianugerahkan "penentuan nasib sendiri", iaitu tidak menerima pengaruh luar pada 2009. Kepulauan Faroe dan Greenland bukan ahli Kesatuan Eropah, Kepulauan Faroe menamatkan keahlian EEC pada 1973 dan Greenland pada 1986 kerana isu perikanan.
Imej satelit Jutland dan kepulauan Denmark. Bahagian kanan semenanjung ialah Sweden.
Denmark yang berlokasi diEropah Utara mempunyai semenanjungJutland dan 443 kepulauan (1,419 kepulauan 100 meter persegi (1,100 ka2) dalam jumlahnya). 72 daripada semua kepulauan itu telah didiami dan pulau yang paling besar antaranya ialahZealand,Vendsyssel-Thy danFunen. PulauBornholm terletak pada lokasi timur negara, iaitu diLaut Baltik. Kebanyakannya pulau-pulau besar dihubungkan melalui jambatan. Sebagai contoh,Jambatan Øresund menghubungkan Zealand dengan Sweden danJambatan Great Belt menghubungkan Funen dan Zealand sertaJambatan Little Belt menghubungkan Jutland dan Funen. Feri dan pesawat kecil juga dihubungkan ke pulau-pulau kecil. Bandar terbesar mengikut populasi yang mempunyai kepadatan seramai 100,000 terletak di pulau Zealand iaituCopenhagen. BandarAarhus danAalborg di Jutland danOdense di Funen.
Negara ini menduduki kawasan seluas 43,094kilometer persegi (16,639 bt2). Kawasan pendalaman air pula ialah 700 km2 (270 bt2). Saiz kawasan daratan perlu dinyatakan betul-betul sejak lautan mula menenggelamkan sebahagian daratan dan menyebabkan manusia melaksanakan projek penambakan daratan. Disebabkan penambakan tanah, keluasan daratan Denmark ialah 234 kilometer (lebih kurang 145 miles). Denmark berkongsi keluasan sempadan 68 kilometer (42 bt)Jerman di selatan.
Negara ini adalah tanah rata dengan sedikit ketinggian. Puncak semula jadi tertingginya adalahMøllehøj. Sebahagian besar daripada Denmark ialah kawasan terdiri daripada tanah bergolek dan kawasan pantai dan bukit berpasir di utara Jutland. Walaupun Denmark kebanyakannya dilitupi hutan, tanah Denmark juga digunakan untuk menjalani aktiviti pertanian. Negara ini disaluri oleh sedozen sungai dan yang paling ketara termasukGudenå, Odense, Skjern, Susan dan Vida, kawasan sungai ini mengalir di sepanjang sempadan Jerman.
Kerajaan Denmark juga termasuk wilayahpemerintahan sendiri yang jauh lebih besar iaituGreenland, yang terletak berhampiran Amerika Utara dan wilayah autonomi,Kepulauan Faroe di Lautan Atlantik Utara. MenurutTabung Alam Sedunia, Kepulauan Faroe dilindungi oleh padang rumput boreal manakala Greenland menjadi tempat halaman ecoregions yang beriklim tundra Artik tinggi dan tundra Artik rendah.
Pada 15 Disember 2014, Kerajaan Denmark dan Greenland melaksanakan tuntutan ke atas PBB atasJambatan Lomonosov yang bersambung dengan pelantar benua Greenland, ini bermaksud Denmark mempunyai tuntutan ke atasKutub Utara dan wilayah lain Greenland.
Denmark mempunyaiiklim sederhana yang dicirikan musim sejuk. Musim sejuk bermula pada Januari dengan suhu 1.5 °C (34.7 °F) dan musim panas pada bulan Ogos pada suhu 17.2 °C (63.0 °F). Denmark dengan puratanya 179 hari setiap tahun dengan hujan dan menerima purata hujan sebanyak 765 milimeter (30 in) per tahun. Musim luruh merupakan musim paling lembat dan musim bunga musim paling kering di Denmark.
Denmark akan mengalami siang hari yang pendek pada musim sejuk dan matahari mula terbit pada jam 8:45 am dan matahari terbenam pada pukul 3:45 pm (waktu tempatan). Ia berbeza dengan musim panas apabila matahari mula terbit pada jam 4:30 am dan terbenam pada pukul 10 pm (waktu musim panas).
Iklim Kepulauan Faroe pada Januari ialah pada suhu 4.5 °C (40.1 °F), pada Julai 2012, iklim di Kepulauan Faroe pada 10.1 dengan mengalami suhu 6.7 °C (44.1 °F). Pada 2012, Kepulauan Faroe hanya mempunyai 195 hari diterima hujan dan menerima hujan sebanyak 1,262 milimeter (50 in) pada tahun yang saam.
Denmark dari segi sejarahnya pendirian progresif pada pemulihan alam sekitar. Pada 1971, Denmark mengasaskan Menteri Alam Sekitar dan merupakan negara pertama yang melaksanakan undang-undang alam sekitar pada tahun 1973. Untuk mengurangkan degradasi alam sekitar dan pemanasan global, Kerajaan Denmark menandatangani beberapa perjanjian antarabangsa antaranya Perjanjian Atlantik,Protokol Kyoto dan lain-lain. Walau bagaimanapun, per kapita ekologi Denmark adalah hampir 8 GHA berbanding purata dunia sebanyak 1.7 GHA pada tahun 2010, ini merupakan jejak global yang keempat tertinggi di dunia selepas negara Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.
Copenhagen merupakan tempat gerakan alam sekitar hijau di Denmark. Kebanyakan institusi penyelidikan persekitaran penting di Copenhagen adalahUniversiti Copenhagen,Sekolah Perniagaan Copenhagen danUniversiti Teknikal Denmark. Universiti Copenhagen mengadakan persidangan alam sekitar di mana semua orang perlu memandang serius terhadap perubahan iklim yang melanda dunia.
Denmark terdapat pengurangan dalam pengeluaran gas bagi setiap dolar nilai tambah untuk pasaran. Denmark di belakangNorway pada kedudukan negara Nordic pada Disember 2014. Mengikut Indeks Perubahan Iklim pada 2015, Denmark pada kedudukan teratas dan menjelaskan bahawa walaupun pengeluaran gas masih agak tinggi, negara ini dapat melaksanakan dasar-dasar perlindungan iklim.
Denmark dengan jumlah keluasan sebesar 43,094kilometer persegi (16,639 bt2), ia dibahagikan kepada lima bahagian daerah. Dalam daerah, ia dibahagikan untuk menjadi kawasan perbandaran dan sebanyak 98 kawasan perbandaran di negara itu. Kawasan timur Denmark terdapat kepulauanErtholmene dengan keluasan 39 hektar.
Daerah-daerah mula diasaskan pada 1 Januari 2007 untuk menggantikan 16 bekas daerah yang lain. Kebanyakan majlis perbandaran mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 20,000 orang untuk memberi mereka kewangan walaupun beberapa pihak telah membuat pengecualian terhadap peraturan ini. Bahagian-bahagian pentadbiran dipimpin oleh majlis-majlis pengundian secara langsung yang dilaksanakan setiap empat tahun. Pengundian terkini pada 19 November 20133. Struktur serantau yang lain menggunakan sempadan perbandaran seperti susun atur, termasuk daerah polis, mahkamah dan wad pilihan raya.
Setiap badan negeri yang mengawal daerah masing-masing akan membuat pengundian setiap empat tahun untuk melantik pemimpin daerah mereka masing-masing. Kawasan dan populasi setiap daerah amat padat, sebagai contoh;Wilayah Hovedstaden yang mempunyai ibu negaraCopenhagen serta pulauBornholm, yang mempunyai populasi tiga kali ganda berbandingWilayah Nordjylland, kawasan populasinya tertumpu ke arah utara Jutland. Di bawah sistem majlis perbandaran daerah tertentu, seperti kawasan perbandaran Copenhagen dan Frederiksberg, bandar-bandar ini diberi status setara dengan daerah-daerah, menjadikan mereka tahap pertama pentadbiran unit
Kerajaan Denmark merupakan sebuahnegara kesatuan yang memiliki dua wilayah autonomi yang terletak diLautan Atlantik,Greenland danKepulauan Faroe. Kedua-dua wilayah itu sebahagian daripada empayar Denmark sejak abad ke-18. Namun, kedua-dua wilayah itu berbeza sejarah serta kebudayaan. Kepulauaan Faroe diberikan anugerahpemerintahan sendiri pada 1948 dan Greenland pada 1979. Namun, kedua-dua wilayah itu tetap sebahagian daripadaDenmark.
Pesuruhjaya Tinggi sebagai wakil-wakil kerajaan Denmark dalamLøgting Faroe danParlimen Greenland, tetapi mereka tidak boleh mengundi. Kerajaan Faroe ditakrifkan sebagai rakan kongsi dengan kerajaan Denmark manakala orang-orang Greenland ditakrifkan sebagai orang yang berasingan dengan hak untuk "penentuan sendiri".
Kerajaan Denmark melaksanakanraja berperlembagaan di manaRaja Frederik X sebagai ketua negara. Walau bagaimanapun, berikutan pengenalan kepada sistem parlimen kepada kerajaan, tugas raja menjadi lebih sibuk kerana seperti pelantikan rasmi dan pemecatanPerdana Menteri dan menteri-menteri lain dalam kerajaan eksekutif. Raja tidak bertanggungjawab atas tindakan beliau dan orang raja itu adalah orang suci.
Denmark berada dikedudukan ke-4 dalam indeks demokrasi. Denmark bersamaNew Zealand pada kedudukan teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah, kerana kedua-dua negara tersebut sangat telus dalam kerajaan dan kekurangan rasuah.
Istana Christiansborg menempatkan eksekutif, cawangan kehakiman dan perundangan kerajaan Denmark.
Sistem politik Denmark dikendalikan di bawah rangka kerjaPerlembagaan Denmark. Untuk melakukan sebarang perubahan, ia memerlukan majoriti mutlak dalam dua penggal parlimen berturut-turut dan kelulusan majoriti melalui referendum (dan majoriti referendum mesti membentuk sekurang-kurangnya 40 peratus daripada pengundi). Ia telah disemak semula setiap empat kali dan paling terkini pada tahun 1953.
Denmark merupakan negaraperwakilan demokrasi denganhak pengundian bebas. Ahli-ahli parlimen terletak padaperwakilan berkadar parti politik. Denmark mengundi 175 ahli ke dalam FolketingMelayu:Parlimen, sama juga dengan Greenland dan Kepulauan Faroe yang mengundi sebanyak dua kali ganda ahli. Pengundian parlimen berlaku pada setiap empat tahun, tetapi mengikut kepada kuasa Perdana Menteri yang bertanya kepada raja untuk membuat pengundian pada bila-bila masa. Pada undi tidak percaya, Folketing boleh memaksa seorang menteri tunggal atau keseluruhan kerajaan untuk meletakkan jawatan.
Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan mana-mana menteri kabinet. Posisi Perdana Menter diperuntukkan kepada ahli parlimen yang boleh mendapatkan sokongan majoriti di Folketing. Denmark diperintah olehkerajaan campuran dan kadang-kadang kerajaan minoriti.
Lars Løkke Rasmussen menjadi Perdana Menteri Denmark dari April 2009 sehingga September 2011. Beliau menjadi ketua sayap kanan kabinet campuran yang terdiri daripada partiVenstre (sebuah parti konservatif-liberal) danParti Rakyat Konservatif sertaParti Rakyat Denmark. Berikutan pengundian pada September 2011, pemimpin sayap kanan itu tewas kepada pihak lawan yang merupakan sayap kiri campuran,Helle Thorning-Schmidt, yang kemudian menjadi Perdana Menter Denmark pada 3 Oktober 2011 dan membentuk kabinet baru yang terdiri daripadaDemokrat Sosial,Parti Liberal Sosial Denmark danParti Rakyat Sosialis. Kabinet kedua Thorning-Schmidt dibentuk pada 3 Februari 2014 dengan penyingkiran Parti Rakyat Sosialis.
Sistem kehakiman Denmark merupakan sistem undang-undang sivil yang dibahagikan antara mahkamah dan bidang kuasa jenayah dengan bidang kuasa ke atas tindakan undang-undang antara individu dan pentadbiran awam. Kerajaan Denmark tidak ada sistem kehakiman tunggal - Denmark mempunyai satu sistem, Greenland mempunyai lebih dan Kepulauan Faroe mempunyai tiga. Walau bagaimanapun, rayuan oleh mahkamah tertinggi di Greenland dan Kepulauan Faroe akan diterima oleh Mahkamah Tertinggi Denmark. Mahkamah Tertinggi Denmark merupakan sivil tertinggi dan mahkamah jenayah yang bertanggungjawab bagi pentadbiran keadilan di Kerajaan Denmark.
Artikel 62 dan 64 Perlembagaan memastikan kebebasan kehakiman dari kerajaan dan Parlimen dengan memberikan hakim-hakim hanya boleh dipandu oleh undang-undang, termasuk perbuatan, ketetapan dan amalan.
Hubungan luar negara sebahagian besarnya dipengaruhi olehKesatuan Eropah (EU) apabila Denmark menyertai kesatuan itu pada tahun 1973. Selepas tamatnyaPerang Dunia Kedua, Denmark tamatkan polisi berkecualian selama 200 tahun. Denmark selepas itu menjadi ahliPertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sejak penubuhannya pada tahun 1949. Denmark pada hari ini aktif dengan polisi luar, iaitu aktiviti kemanusiaan, demokrasi dan nilai-nilai penting yang hendak dipertahankan. Kini, Greenland dan Kepulauan Faroe menitikberatkan pada hal antarabangsa terutama pada isu memancing, penangkapan ikan paus dan kebimbangan geopolitik.
Agensi Pengurusan Kecemasan Denmark menempatkan 4,000 orang dalam Perintah Pertahanan Denmark dan Penubuhan Pertahanan Denmark serta Perkhidmatan Perisikan Pertahanan Denamrk. Tambahan lagi, kira-kira 55,000 sebagai sukarelawan Danish Home Guard. Denmark merupakan penyokong kuat keamanan antarabangsa. Pertahanan Denmark menempatkan 1,400 staf dalam misi keamanan antarabangsa. Mereka juga menjalani misi keAfghanistan,Kosovo dan jugaLubnan. Pada tahun 2003 dan 2007, Denmark menghantar 450 tentera keIraq.
Denmark pada kedudukan 21 di dunia mengikutper kapita GDP (PPP) dan ke-10 dalamnominal GDP per kapita. Ekonomi Denmark berdiri sebagai salah satu ekonomi paling bebas dalamIndeks Kebebasan Ekonomi danKebebasan Ekonomi Dunia. Denmark adalah salah satu ekonomi yang paling berdaya saing di dunia mengikut laporanForum Ekonomi Sedunia 2008. Negara ini juga kedudukan tertinggi di dunia mengikut hak pekerja. MengikutTabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Denmark merupakan negara yang mempunyai gaji minimum tertinggi di dunia. Walaupun Denmark tidak mempunyai undang-undang gaji minimum, tingkat gaji yang tinggi telah dikaitkan dengan kuasa kesatuan sekerja. Sebagai contoh, hasil daripada perjanjian tawar-menawar kolektif antara kesatuan sekerja dan kumpulan majikan di Horesta, pekerja di McDonalds, Burger King dan lain-lain rangkaian makanan segera membuat perjanjian sebanyak $20 sejam. Denmark merupakan antara negara yang mempunyai penarafan kredit paling tinggi.
Hasil daripada model terkenal, "fleksikuriti", Denmark merupakan negara paling bebas pada pasaran buruh di Eropah mengikutBank Dunia. Bank Dunia juga menyatakan kedudukan Denmark sebagai tempat yang paling mudah di Eropah untuk menjalankan perniagaan. Mewujudkan perniagaan yang boleh dilakukan dalam masa beberapa jam adalah pada kos yang sangat rendah di Denmark. Tiada sekatan dikenakan mengenai kerja terlebih masa atauovertime, yang membolehkan syarikat-syarikat beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun. Denmark mempunyai cukai korperat yang kompetitif 24.5% dan cukai masa terhad khas untuk ekspatriat ataupun ornag luar. Sistem cukai Denmark adalah menyeluruh, dengan 25% VAT, sebagai tambahan kepada cukai eksais, cukai pendapatan dan yuran lain. Tahap keseluruhan cukai (jumlah semua sekali termasuk cukai, sebagai peratusan daripada KDNK) dianggarkan 46% pada tahun 2011.
Sejak tahun 1945, Denmark telah banyak berkembang pada asas perindustrian dan menjelang tahun 2006, industri di Denmark menyumbang kira-kira 25% pada KDNK dan pertanian kurang daripada 2%. Denmark tidak melahirkan banyak syarikat-syarikat muda. Sehingga 2013, hanya 3 daripada 100 syarikat terbesar di Denmark telah ditubuhkan sejak tahun 1970. Sebagai perbandingan, jumlah syarikat di California adalah lebih sepuluh kali ganda tinggi
Denmark mempunyai deposit minyak dan gas asli yang agak besar diLaut Utara dan berada di kedudukan ke-32 di dunia dalam kalangan pengeksportminyak mentah dan telah menghasilkan 259.980 tong minyak mentah sehari pada tahun 2009. Denmark memperolehi 3.1% daripada KDNK pada teknologi tenaga diperbaharui serta menerima duit sebanyak €6.5 bilion ($9.4 bilion). Pada 6 September 2012, Denmark melancarkan turbin angin terbesar di dunia dan akan menambah empat lagi turbin angin dalam tempoh empat tahun akan datang.
Denmark kini bertujuan untuk memberi tumpuan lebih kepada sistem bateri pintar dan kenderaan lug-in dalam sektor pengangkutan. Negara ini menganggotaiAgensi Tenaga Diperbaharui Diperbaharui Antarabangsa (IRENA).
Pelaburan yang besar telah dibuat adalah dalam membina hubungan jalan raya dan kereta api antara wilayah di Denmark, yang paling utama ialahGreat Belt Fixed Link, yang menghubungkanZealand danFunen. Orang Denmark hanya akan memandu dariFrederikshavn di utaraJutland keCopenhagen di timur Zealand tanpa meninggalkan lebuh raya. Feri di Denmark sentiasa membawa pelancong untuk menikmati keindahanLaut Utara danLaut Baltik. PembinaanFehmarn Belt Fixed Link yang menghubungkan Denmark dan Jerman dengan link kedua akan bermula pada tahun 2015.
Copenhagen mempunyai sistem Metro, kawasanCopenhagen Metro danCopenhagen Raya mempunyai rangkaian kereta api elektrid di pinggir bandar yang sangat banyak. Empat bandar terbesar Denmark -Copenhagen,Århus,Odense,Aalborg - sistem aliran ringan dirancang untuk beroperasi pada sekitar tahun 2020. Kereta api aliran ringan di Copenhagen Raya akan melalui 11 kawasan perbandaran. Bersama negara jiran Norway dan Sweden, Denmark sebahagian daripadaScandinavian Airlines danLapangan Terbang Copenhagen merupakan hab terbesar di Scandinavia.
Berbasikal di Denmark merupakan antara pengangkutan utama orang tempatan. Kerajaan telah menyediakan laluan berbasikal sebanyak 12,000 km. Denmark mempunyai infrastruktur basikal yang kukuh.
Kenderaan persendirian semakin digunakan sebagai satu cara pengangkutan. Oleh kerana kadar cukai yang tinggi (180%), VAT (25%), dan salah satu daripada kadar cukai pendapatan paling tinggi di dunia. Selain itu, kereta baru juga adalah sangat mahal. Tujuan cukai ini adalah untuk menggalakkan pemilikan kenderaan. Armada kereta telah meningkat sebanyak 45% sejak 30 tahun lepas.
Pada tahun 2007, usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memihak kepada kereta mesra alam dengan mengurangkan cukai ke atas kenderaan sedikit perbatuan tinggi. Walau bagaimanapun, ini mempunyai kesan yang kecil dan pada tahun 2008, Denmark mengalami peningkatan dalam import bahan api kereta lama yang tidak cekap terutamanya dari Jerman. Purata umur kereta di Denmark (tahun 2011) adalah 9.2 tahun.
Mengikut statistik 2012, populasi Denmark seramai 5,580,516 orang yang terdiri daripadaorang Denmark. 10.4% peratus daripada populasi itu terdiri daripada imigran dan orang asing yang menetap di Denmark iaitu bangsaTurki,Iraq,Somalia,Bosnia,Asia Selatan danTimur Tengah. 200,000 orang (34%) berasal daripada dunia barat manakala 390,000 orang (66%) bukan dari dunia barat (selalunya dari Turki, Iraq, Romania, Somalia, Pakistan, Iran dan Thailand).
Menurut Feridun, imigresen mempunyai implikasi untuk pasaran buruh di Denmark. Selain itu, menurut angka dari Danmarks Statistik, kadar jenayah di kalangan pelarian dan keturunan mereka adalah 73% lebih tinggi daripada purata bagi penduduk lelaki, walaupun mengambil kira latar belakang sosioekonomi mereka. Sebuah laporan dari Teori- og Metodecentret pada tahun 2006 mendapati bahawa tujuh daripada sepuluh orang muda diletakkan di dalam institusi belia bercagar di Denmark.
Denmark sering disenaraikan sebagai negara paling bahagian di dunia dalam kajian silang-negara kebahagiaan. Ini telah dikaitkan dengan sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan dipandang tinggi di negara ini dan tahap yang rendah pada ketidaksamaan ekonomi.
Bahasa Denmark dan Faroe berasal dariGermanik Utara (Nordic) yang berakar daribahasa-bahasa Indo-Eropah, bersama juga denganbahasa Iceland,Norway danSweden. Bahasa-bahasa ini dikatakan amat rapat seperti bahasa Denmark, Norway dan Sweden yang dapat difahami antara satu sama lain dengan perkataan mudah. Bahasa Denmark berkait dengan bahasa Jerman kerana berakar dariGermanik Barat. Bahasa Greenland atau "Kalaallisut" daribahasa-bahasa Eskimo–Aleut; yang berkait rapat denganbahasa-bahasa Inuit di Kanada, sama sahaja sepertiInuktikut, yang sama sekali tiada berkaitan dengan Denmark.
Majoriti besar (86%) orang Denmark bertuturbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka. Bahasa Jerman adalah bahasa asing kedua yang paling banyak dituturkan dengan 47% dilaporkan hampir menguasai bahasa jiran itu. Denmark mempunyai 25,900 orang yang bertutur bahasa Jerman sebagai bahasa pertama pada tahun 2007 (majoriti di wilayah Selatan Jutland).
Sejak Januari 2014, 78.4% dari populasi Denmark menganggotaiGereja Demark, gereja ini diasaskan mengikut tradisiLutheran. Peratusan ini menurun sebanyak 0.7% pada awal tahun 2015. Walaupun mempunyai keahlian yang tinggi, hanya 3% daripada populasi yang menghadiri upacara hari Ahad.
Perlembagaan Denmark menyatakan ahliKeluarga Diraja sememangnya ahli Gereja Denmark. Pada tahun 1682, negara ini bersetuju dengan tiga agama yang dibenarkan oleh Gereja iaituKatolik Rom,Calvinisme danYahudi. Kini, populasi Denmark yang berbilang kaum menganuti agama masing-masing.
Agama Islam di Denmark meningkat 3% dan menjadi agama minoriti penduduk. Seperti gambaran pelbagai agama dan mazhab oleh Kementerian Luar Denmark, kumpulan agama lain terdiri daripada kurang 1% pada penduduk secara individu.
Mengikut sumber negara, 28% daripada orang awam Denmark "mempercayai Tuhan itu wujud", 47% menyatakan "percaya pada semangat misteri atau tenaga kehidupan" dan 24% yang lain menyatakan "tidak mempercayai adanya kejahatan, Tuhan atau tenaga kehidupan." Satu lagi pada tahun 2009, menemui 25% orang Denmark mempercayaiJesus merupakan anak Tuhan dan 18% lagi percaya Jesus merupakan penyelamat dunia.
Sistem pendidikan Denmark menyediakan akses ke sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi. Semua kolej dan universiti pendidikan di Denmark percuma; tiada bayaran tuisyen untuk daftar. Pelajar di sekolah menengah atau lebih tinggi dan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon geran negeri sokongan pendidikan, yang dikenali sebagaiStatens Uddannelsesstøtte (SU), yang menyediakan sokongan kewangan tetap serta dibayar bulanan.Indeks Pendidikan menyenaraikan Denmark kedudukan ke-16 pada 2011 berdasarkan tahun persekolahan murid-murid di negara itu.
Sekolah rendah dikenali sebagai folkeskole. Kehadiran di sekolah rendah tidak wajib, tetapi kebanyakan kanak-kanak Denmark pergi ke sekolah rendah selama 10 tahun, dari usia 6 tahun sehingga 16 tahun. Walaupun menghadiri sebuah sekolah rendah adalah tidak wajib, pendidikan menyediakan sekolah-sekolah rendah untuk pelajar yang berusia sembilan tahun. Pelajar-pelajar di negara ini tiada ujian akhir, tetapi murid-murid di sekolah rendah boleh memilih untuk menduduki ujian apabila menduduki tempat kesembilan gred. Ujian ini adalah wajib untuk semua pelajar. Murid alternatif boleh menghadiri sekolah swasta – sekolah-sekolah yang bukan di bawah pentadbiran majlis perbandaran seperti sekolah Kristian atau sekolah Waldorf.
Sejak 2012, jangka hayat di Denmark selama 79.5 tahun (77 untuk lelaki, 82 untuk wanita). Denmark pada kedudukan ke-37 daripada 193 negara dan dibelakang negara-negara Nordic yang lain. Institut Kesihatan AwamUniversiti Selatan Denmak mengkaji terdapat 19 faktor jangka hayat rakyat di negara mereka menurun antaranya merokok, alkohol, pengaruh dadah dan juga tekanan emosi. Bilangan besar rakyat Denmark terkenaberat badan berlebihan adalah masalah yang semakin meningkat dan keputusan dalam penggunaan tambahan tahunan dalam sistem penjagaan kesihatan menelan sebanyak 1,625krone Denmark.
Denmark mempunyai sistem penjagaan kesihatan sejagat, ciri-ciri umum yang dibiayai melalui cukai. Sumber utama pendapatan adalah sumbangan penjagaan kesihatan kebangsaan, 8 peratus digabungkan dengan dana daripada kerajaan dan majlis perbandaran. Ini bermakna kebanyakan peruntukan penjagaan kesihatan adalah percuma pada masa penghantaran untuk semua penduduk. Sejak 2012, Denmark membelanjakan 11.2% daripada KDNK pada penjagaan kesihatan. Ini meletakkan Denmark menjadi negara teratas Nordic dalamOECD.
Denmark, sama seperti negara jiran di Scandinavia dari segi sejarahnya merupakan salah satu budaya yang paling sosial progresif di dunia. Pada tahun 1969, Denmark merupakan negara pertama membenarkanpornografi dan pada tahun 2012, Denmark menggantikan itu dengan undang-undang "pendaftaran bersama" dan "perkahwinan gender neutral". Denmark menjadi negara pertama yang memperkenalkan undang-undang itu sejak tahun 1989. Kesemua itu merupakan kesaksamaan aspek penting dalam cara hidup Denmark.
Ahli astronomi sepertiTycho Brahe (1546–1601),Ludwig A. Colding (1815–88) mengabaikan prinsip pemuliharaan tenaga, dan tokoh sumbangan kepada fizik atom,Niels Bohr (1885–1962) menunjukkan pelbagai pencapaian saintifik Denmark. Cerita dongengHans Christian Andersen (1805–1875), esei falsafahSøren Kierkegaard (1813–55) danPiet Hein (1905–96), telah mendapat beberapa pengktirafan antarabangsa, simfoni-simfoniCarl Nielsen (1865–1931). Dari pertengahan 1990an, filem-filem Denmark telah menarik tumpuan antarabangsa, antaranyaDogme 95.
Wayang Denmark bertarikhkan pada tahun 1897 dan sejak 1980an. Terdapat tiga gelombang besar pawagam Denmark di peringkat antarabangsa: sandiwara sensasi erotik daripada "senyap"; filem-filem seks semakin jelas pada tahun 1960-an dan 1970-an dan akhir sekali, gerakanDogme 95 dari akhir 1990-an, di mana pengarah sering menggunakan kamera tangan untuk kesan dinamik dalam satu tindak balas kesedaran kepada bajet terhadap studio besar. Filem Denmark terkenal dengan realisme, tema agama dan moral, kejujuran seksual dan inovasi teknikal. Pengarah filem DenmarkCarl Th. Dreyer (1889-1968) dianggap salah seorang pengarah terhebat pada era pawagam awal di Denmark.
Media massa Denmark dan pengaturcaraan berita dikuasai oleh beberapa syarikat besar. Dalam media cetakJP/Politikens Hus danBerlingske Media, di antara mereka mengawal akhbar terbesar,Politiken,Berlingske Tidende danJyllands-Posten. Stesen televisyen pula ialahDR danTV 2 yang memiliki banyak tontonan negara. DR terkenal dengan kualiti yang siri TV yang tinggi dan sering dijual kepada penyiaran asing dan sering dengan watak-watak utama yang kukuh seperti pelakon terkenal di peringkat antarabangsaSidse Babett Knudsen danSofie Gråbøl. Dalam radio, DR memonopoli keempat-empat saluran nasional yang didapati oleh FM dan DR hanya bersaing dengan stesen tempatan.
Seni bina pertama Denmark yang kukuh padaZaman Pertengahan menerima pengaruhRomanesque, kemudian katedral dan gereja yang mempengaruhi reka bentukGothic. Dari abad ke-16, reka bentuk Flemish dan Belanda telah dibawa ke Denmark, pada mulanya untuk meningkatkan kubu di negara ini, tetapi seni bina itu kemudian menjadi gayaRenaissance.
Ketika abad ke-17, banyak bangunan-bangunan yang besar dibina dengan gayaBaroque, kebanyakannya di ibu negara dan wilayah-wilayah lain.Neoklasikal dari Perancis secara perlahan-lahan diterima pakai oleh arkitek Denmark yang mengambil bahagian dalam gaya seni bina takrifan.
Pada abad ke-20 membawa gaya seni bina yang baru termasuk ekspresionisme, yang berjaya digambarkan oleh arkitek reka bentukPeder Vilhelm Jensen-Klint. Beliau juga berusaha dalam menggabungkan gaya Scandinavia dan tradisi Gothic. Pada 1960an, arkitek DenmarkArne Jacobsen mereka seni bina Fungsionalis dengan sangat berjaya. Seterusnya, karya beliau berkembang dengan menjadi karya bertaraf dunia baru-baru ini termasukRumah Opera Sydney olehJørn Utzon danArche de la Défense olehJohan Otto von Spreckelsen di Paris.
Pereka bentuk ternama yang lain termasuk jugaKristian Solmer Vedel (1923–2003) dalam kawasan perindustrian,Jens Harald Quistgaard (1919–2008) untuk perabot-perabot dapur danOle Wanscher (1903–1985) pereka bentuk perabot pada gaya klasik.
Kesusasteraan Denmark pertama yang diketahui adalah mitos dancerita rakyat dari abad ke-10 dan abad ke-11. Sangat sedikit yang diketahui sastera Denmark lain ialah dariZaman Pertengahan.
Falsafah Denmark mempunyai tradisi yang panjang dan sebahagian daripadafalsafah Barat. Ahli falsafah Denmark yang paling berpengaruh adalahSøren Kierkegaard, penciptaKristian eksistensialisme. Kierkegaard mempunyai banyak pengikut termasukHarald Høffding, kehidupan akhirnya ialah menyertai gerakanpositivisme. Pengikut Kierkegaard yang lain termasukJean-Paul Sartre danRollo May, yang menciptapsikologi humanistik. Ahli falfasah Denmark yang lain ialahGrundtvig, merupakan ahli falsafah yang telah membawa kepada satu bentuk baru nasionalisme yang tidak agresif di Denmark, dan yang juga berpengaruh pada kerja-kerja teologi dan sejarah.
Stegt flæsk, daging khinzir yang dihiasi dengan kentang goreng yang diundi sebagai menu kebangsaan Denmark.
Masakan Denmark sama seperti negara-negara Nordic yang lain dan diutara Jerman, yang makanan utama mereka ialah daging dan ikan. Ini berpunca daripada negara pertanian, geografi, iklim dan musim sejuk. Dengan 145.9 kg (321.7 lb) per daging yang dimiliki oleh seseorang pada tahun 2002, Denmark mempunyai penggunaan daging tertingi bagi setiap orang daripada mana-mana negara di dunia.
Sandwicsmørrebrød, adalah makanan asas mereka pada makan tengah hari. Makanan panas daging sepertifrikadeller (bebola daging), atau hidangan daging dan ikan yang lebih besar sepertiflæskesteg (daging khinzir panggang dengan keritik) ataukogt torsk (kod rebus) bersama sos dan sedikit hiasan. Pada 2014,stegt flæsk diundi sebagai menu kebangsaan Denmark. Denmark juga pengeluar birCarlsberg danTuborg, antara bir-bir terkenal dunia.
Copenhagen dan wilayah-wilayah lain mempunyai sebilangan besar restoran yang sangat terkenal di mana beberapa restoran telah dianugerahkan olehMichelin Guide. Rstoran di Copenhagen,Noma berada kedudukan restoran terbaik di dunia oleh majalahRestaurant pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2014.
Selain itu, Denmark juga memberi fokus pada sukanbola baling.pasukan bola baling wanita mencapai zaman terbaik pada era 1990an. Pasukan bola baling lelaki juga menerima dua pingat emas (2008 dan 2012) dan tiga gangsa (2002, 2004 and 2006)—menjadikan Denmark memiliki pengumpulan pingat terbanyak dalam sejarahKejohanan Bola Baling Eropah.
Kini, sukanberbasikal amat kuat dan didominasi oleh Denmark danMichael Rasmussen mencapai status "King of the Mountains" dalamTour de France pada 2005 dan 2006. Sukna lain yang popular termasukgolf yang popular di kalangan demografik tua. Sukantenis juga telah mencapai tahap profesional dan mempunyai pemain tenis profesional iaituCaroline Wozniacki. Denmark merupakan negara terkuat di Eropah dalam sukanbadminton dan memiliki pemain badminton ternama sepertiPeter Gade,Jan Ø. Jørgensen danViktor Axelsen. Pada sukan gimnastik, Denmark memegang rekod Kejohanan Dunia dan pingat Olimpik. Di resort dan lokasi popular, sukan memancing, berkanu, berkayak dan banyak lagi sukan air dilakukan.
^"Human Development Report 2023/24"(PDF) (dalam bahasa Inggeris). Rabnncangan Pembangunan PBB. 13 March 2024. m/s. 288.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 13 March 2024. Dicapai pada13 March 2024.
^Wilkinson, Richard James (1932)."Denmak".A Malay-English dictionary (romanised).I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 272 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.