| Dendam Penunggu | |
|---|---|
| Pengarah | Faizul Jais |
| Penulis | Faizul Jais |
| Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Parallax Pictures |
| Diedarkan oleh | tonton CINEMA |
Tarikh tayangan | 5 November 2021(Malaysia) |
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Dendam Penunggu ialah sebuah filem seram Malaysia 2021 arahan Faizul Jais terbitan Parallax Pictures, dibintangi olehIsmail Izzani,Shalma Eliana,Bella Dowanna,Atiq Azman,Shasha Abedul dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 5 November 2021 dan merupakan filem asli pertama tonton CINEMA.[1][2]
Mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?
Ismail Izzani danShalma Eliana digandingkan buat kali kedua, selepasLelaki Lingkungan Cinta (2020).[3]
Khai Bahar menyumbangkan lagu tema filem ini, yang bertajuk "Sengsara" hasil ciptaan komposer, John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K.[4]
Dendam Penunggu dikeluarkan pada 5 November 2021 melalui penstriman di tonton CINEMA.[5]