Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Demokrasi Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Disarankan bahawa rencana inidigabungkan denganDemokrasi dan Islam. (Perbincangan)

Demokrasi Islam adalah ideologi politik yang berusaha menerapkan prinsip-prinsipIslam ke dalampolisi rakyat dalam kerangkademokrasi. Teori politik Islam menyebutkan tiga ciri dasar demokrasi Islam: pemimpin mesti dipilih rakyat, tunduk kepada undang-undangsyariah, serta berkomitmen mengamalkan "syura", sebuah bentuk badan penasihatan khusus yang dilakukan olehNabi Muhammad yang dapat ditemukan dalam berbagai-bagai hadis dengan masyarakat mereka.[1]

Konsep liberalisme dan penglibatan secara demokratik ini sudah ada didunia Islam abad pertengahan.[2][3][4] dianggap para pendukungnya sebagai contoh awal sebuah negara demokratik lalu diteruskan dan berkembang di dunia Islam sehingga terhenti berikutanperpecahan Sunni–Syiah.[5]

Pengamalan di negara tertentu

[sunting |sunting sumber]

Pakistan

[sunting |sunting sumber]

Berikutan pengasasanPakistan berikutanPembahagian India pada 1949, suatu resolusi dipakai menyatakan matlamat perlembagaan baru yang bakal diterapakn dalam pemerintahan negar tersebut.[6] Resolusi ini menyatakan seperti berikut:

Kedaulatan milikAllah sahaja namun Dia mengurniakan kedaulatan itu kepada Negara Pakistan melalui pelaksanaan oleh rakyatnya dalam had yang diberikan-Nya sebagai suatu perjanjian yang suci.

  • NegaraPakistan akan melaksanakan kuasa dan pentadbirannya berdasaran wakil yang diundi rakyatnya.
  • Prinsip-prinsip demokrasi, rakyat, kebebasan, kesaksamaan, toleransi dankeadilan sosial seperti yang ditekankan dalam Islam akan dikerjakan.
  • Muslimin akan dibenarkan mengurus diri secara individu dan klektif mengikut ajaran Islam seperti yang ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah.
  • Peruntukan akan diberikan kepada minoriti agama lain untuk menganut dan mengamal serta mebangun budaya mereka secara bebas.

Iran

[sunting |sunting sumber]

Idea dan konsep demokrasi jenis ini telah lama diterima para ulama, cendekiawan dan intelektual di Iran,[7][8][9][10][11] antaranya AyatollahAli Khamenei. Terdapt juga cendekiawan yang mengkritik, bahkan sehingga menentang konsep demokrasi ini. AyatollahNaser Makarem Shirazi[12] misalnya berkata: "seandainya keengganan merujuk kepada undian rakyat akan menyebabkan tuduhan menyokong kekejaman, maka undian rakyat dibenarkan diterima sebagaii suatu rukun yang sekunder."[13]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Ghadbian, Najib (6 Julai 2003)."Democracy or Self-Interest?".Harvard International Review. Dicapai pada2011-10-19.[pautan mati kekal]
  2. ^Weeramantry, Christopher G. (1997).Justice Without Frontiers: Furthering Human Rights. The Hague: Kluwer Law International. m/s. 134–5.ISBN 90-411-0241-8.
  3. ^Sullivan, Antony T. (January–February 1997)."Istanbul Conference Traces Islamic Roots of Western Law, Society".Washington Report on Middle East Affairs: 36. Dicapai pada2008-02-29.
  4. ^Goodman, Lenn Evan (2003).Islamic Humanism. New York: Oxford University Press. m/s. 155.ISBN 0-19-513580-6.
  5. ^al-Hibri, Azizah Y. (1998–1999). "Islamic and American Constitutional Law: Borrowing Possibilities or a History of Borrowing".University of Pennsylvania Journal of Constitutional Law.1 (3): 492–527 [507–25].
  6. ^"Objectives Resolution, Republic of Rumi". Diarkibkan daripadayang asal pada 7 November 2014.
  7. ^"President Says Democracy Conforms With Religion in Iran".Tehran Times. August 10, 2002. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-03-08 – melalui WorldWide Religious News.
  8. ^"" Official Website of Sayyid Mohammad Khatami " www.khatami.ir". Dicapai pada2015-05-04.
  9. ^"AbdolKarim Soroush:: عبدالکريم سروش". Dicapai pada2014-11-03.
  10. ^"News".The Office of the Supreme Leader, Sayyid Ali Khamenei. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-03-10.
  11. ^"Participation in Majlis Elections, Religious and Logical Duty: Leader".Institute for Preserving and Publishing Works by Ayatollah Seyyed Ali Khamenie. December 20, 2003. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-27.
  12. ^"پایگاه اطلاع رسانی دفتر مرجع عالیقدر حضرت آیت الله العظمی مکارم شیرازی". Dicapai pada4 Mei 2015.
  13. ^انوار الفقاهه- كتاب البيع – ج 1 ص 516
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Demokrasi_Islam&oldid=6658830"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp