| DemografiMalaysia | |
|---|---|
Piramid populasi Malaysia (2020) | |
| Kedinamikan | |
| Jumlah penduduk | 39,852,000 (anggaran 2025) |
| Kadar pertumbuhan | 1.03% (anggaran 2022) |
| Kadar kelahiran | 14.55 kelahiran per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
| Kadar kematian | 5.69 kematian per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
| Jangka hayat | 76.13 tahun |
| – lelaki | 74.5 tahun |
| – perempuan | 77.87 tahun |
| Kadar kesuburan | 1.75 anak lahir per wanita (anggaran 2022) |
| Kadar kematian bayi | 6.59 kematian per 1,000 kelahiran hidup |
| Kadar penghijrahan bersih | 1.48 migran per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
| Struktur umur | |
| 0–14 tahun | 26.8% |
| 65 tahun dan ke atas | 6.9% |
| Nisbah jantina | |
| Jumlah nisbah | 1.05 lelaki per satu perempuan (anggaran 2022) |
| Semasa lahir | 1.07 lelaki per satu perempuan |
| Bawah 15 tahun | 1.06 lelaki per satu perempuan |
| 65 tahun dan ke atas | 1.14 lelaki per satu perempuan |
| Bangsa | |
| Etnik majoriti | Bumiputera (70.4%) |
| Etnik minoriti |
|
| Bahasa | |
| Rasmi | Bahasa Melayu |
| sunting ·sunting di Wikidata | |

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan suku terbesar di Malaysia Barat. Manakala, kaumIban danKadazan-Dusun merupakan kaum terbesar di Malaysia Timur. Dari segi perlembagaan, orangMelayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalamBahasa Melayu dan beragama Islam.Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia.
Pada tahun 2019,jumlah penduduk Malaysia adalah 32.7 juta yang merangkumi 90.2 peratus warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara.
68.88% merupakan kaum Bumiputera, dimana 58.7% terdiri daripada BumiputeraMelayu dan 4.13% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripadaOrang Asli,Siam,Serani, , dan lain-lain minoriti bumiputera diSemenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak diMalaysia Timur. 64.4% merupakan kaumDayak di Sarawak dan suku kaumKadazan-Dusun majoriti diSabah iaitu terletak diMalaysia Timur.
Kira kira 22,6% daripada penduduk Malaysia ialah kaumCina. MasyarakatCina Malaysia terdiri daripada orang Foochow,Hainan, Henghua,Hokkien,Kantonis,Hakka, Teochew dan lain-lain.
MasyarakatOrang India Malaysia pula merangkumi 6.73% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orangTamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, PunjabiSikh, Telugu dan lain-lain.
Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.9 % adalah orang yang berketurunan BangsaAsia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.[1]
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 25.8 juta daripada 31.9 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.
Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 63.5%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (18.7%), Kristian (9.1%), Hindu (6.1%), lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak 0.5%. Lain-lain agama termasuklahAgama rakyat Cina,agama Sikh,agama Yahudi, dan lain-lain.