Selepas keluaran filem televisyen tambahan dan runut bunyinya pada 2010, termasukCamp Rock 2: The Final Jam, isu peribadi Lovato membawa kerjayanya terhenti seketika dan pengakhiranSonny with a Chance selepas dua musim. Beliau dihantar di pusat rawatan pada November 2010 untuk meminta bantuan untuk ketagihan, gangguan makan, dan mencederakan diri. Semasa di sana, beliau disahkan menghidapgangguan bipolar. Rakaman album ketiganya,Unbroken (2011), bermula selepas beliau berjaya menerima rawatan. Album ini memperlihatkan sisi hidup Lovato semasa menghadapi kesulitan. Single utamanya, "Skyscraper", menjadi kemasukan 10 teratas kedua Lovato di AS, manakala single keduanya, "Give Your Heart a Break", menerima pensijilan platinum berganda tiga di AS. Lovato merupakan juri dan mentor untuk versi AmerikaThe X Factor pada 2012 dan 2013. Album ketiganya,Demi (2013), dilancarkan dengan minggu pertama jualan sebanyak 110,000 unit. Single utamanya, "Heart Attack", menjadi lagunya yang ketiga menduduki 10 teratas di AS dan album ini telah mengeluarkan tiga lagi single. Sewaktu mempromosikan projek ini, Lovato melancarkan buku bertajukStaying Strong: 365 Days a Year (2013). Beliau juga kembali berlakon sebagai watak pembantu dalam siri TV,Glee, dan melancarkan sebuahmemoir pada 2014. Album kelima Lovato,Confident (2015), mencapai nombor 2 di cartaBillboard 200. Single utamanya, "Cool for the Summer" telah menerima pensijilan platinum berganda olehPersatuan Industri Rakaman Amerika. Semua lima album Lovato telah menerima pensijilan emas di AS.
Di lapangan muzik, Lovato dikenali sebagai artispop,[4]pop rock,[5][6] danR&B.[7][8] Lovato telah menerima pelbagai penghargaan, termasuk Anugerah Muzik Video MTV, 13 Anugerah Pilihan Remaja, lima Anugerah People's Choice, pencalonan Anugerah ALMA, Anugerah Muzik Amerika Latin, danAnugerah Grammy. Pada 2013,Maxim menyenaraikan beliau senarai Hot 100 yang ke-26 danBillboard menyenaraikannya yang kedua dalam senarai Social 50 Artists of the Year. Di luar dunia hiburan, Lovato melibatkan dirinya dengan aktivitialam sekitar dansosial sejak permulaan kerjayanya. Pada Mei 2013, beliau telah dipuji atas kesungguhannya sebagai mentor kepada remaja dan dewasa dengan cabarankesihatan mental di Hari Kesedaran Kesihatan Mental Kanak-Kanak dianjurkan oleh Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan diWashington, D.C.. Beliau juga menjadi peguamcara bagi masyarakatLGBT, dan hak wanita. Pada 2014, beliau telah diumumkan sebagai Grand Marshal untuk minggu LA Pride, dan pada tahun yang sama, beliau telah menjadi wajah bagi Kempen Hak Asasi untuk Kempen Kesaksamaan Perkahwinan Amerika.[9] Pada April 2016, Lovato telah dianugerahkan Anugerah GLAAD Vanguard atas usahanya melakukan perubahan ketara dalam mempromosikan kesaksamaan hak bagi golongan LGBT.[10]
Lovato dilahirkan pada 20 Ogos 1992 diAlbuquerque, New Mexico[11] kepada jurutera dan pemuzik Patrick Martin Lovato (1960 — 22 Jun 2013)[12] dan bekas ahli pasukan sorak Dallas Cowboys, Dianna De La Garza (nee Dianna Lee Smith; lahir 8 Ogos 1962).[13] Lovato mempunyai seorang kakak, Dallas (lahir 4 Februari 1988);[14] adik tiri bongsu, pelakonMadison De La Garza;[15] dan seorang kakak tiri, Amber,[16] yang kepadanya beliau bertegur sapa pada usia 20 tahun.[17]
Ibu bapa Lovato bercerai pada lewat pertengahan 1994, sejurus selepas ulang tahunnya ke-2.[18] Bapa Lovato berketurunanMexico dan mempunyai jarak keturunanPortugis danYahudi,[19][20] sementara ibunya berketurunanInggeris,Ireland danItali.[21][22] Melalui bapanya, Lovato ialah berketurunan veteran KesatuanPerang Saudara Francisco Perea (1830–1913) dan gabenor Santa Fe de Nuevo México Francisco Xavier Chávez.[23] Lovato menemuinya menerusi AncestryDNA pada Februari 2017 yang beliau juga memiliki 16 peratus keturunanSkandinavia dan satu peratus keturunanAfrika.[24]
Lovato dibesarkan diDallas, Texas.[25][26] Pada 2002, beliau memulakan kerjaya lakonannya di siri televisyen kanak-kanakBarney & Friends sebagi Angela.[27] Beliau mula bermainpiano pada usia 7 tahun dangitar pada usia 10 tahun.[28] semasa beliau memulakan kelas lakonan dan tarian.[29] Lovato memberitahuEllen DeGeneres yang beliau telahdibuli dengan teruk, maka beliau minta untuk belajar di rumah,[30] dan beliau menerima diploma sekolah tinggi melalui pembelajaran di rumah pada April 2009.[31] Beliau kemudiannya menjadi jurucakap untuk pertubuhan anti-buli PACER dan muncul dalamAmerica's Next Top Model untuk berbicara mengenai gejala buli.[32] Pada 2006, Lovato muncul dalamPrison Break, danJust Jordan pada tahun berikutnya.[11]
Sehingga September 2015, nama Lovato muncul dalam senarai "Unclaimed Coogan", yang merupakan dana untuk pelakon kanak-kanak yang pendapatan mereka sebahagiannya ditahan, tetapi tidak dituntut oleh bekas penghibur kanak-kanak.[33]
Lovato mengadakan persembahan semasa Demi Live! Warm Up Tour pada 2008
Pada 2007 dan 2008, Lovato melakonkan watak Charlotte Adams dalam siri pendekDisney ChannelAs the Bell Rings.[34] Lovato diujibakat untuk filem televisyen saluran ituCamp Rock dan siriSonny with a Chance pada 2007 dan mendapat kedua-dua peranan itu.[35] Lovato memegang watak utama, penyanyi berbakat Mitchie Torres, dalamCamp Rock.[36] Filem ini ditayangkan pada 20 Jun 2008 dan mencapai 8.9 juta penonton.[37] Runut bunyinya telah dikeluarkan tiga hari kemudian; bagaimanapun, muziknya dianggap sedikit persamaan denganHigh School Musical.[38] Gillian Flynn dariEntertainment Weekly menulis bahawa kemahiran lakonan Lovato's tersimpang jauh dan beliau "mempunyai senyuman spontan seseorang yang sering memberitahu beliau mempunyai senyuman yang hebat".[39] Lovato menyanyikan empat lagu di dalam runut bunyi, termasuk "We Rock" dan "This Is Me".[40] Pada musim panas, beliau memulakanDemi Live! Warm Up Tour sebelum keluaran album sulungnya[41] dan muncul di konsertJonas Brothers' Burnin' Up Tour.[42]
Album sulung Lovato,Don't Forget, dikeluarkan pada 23 September 2008, yang umumnya menerima ulasan positif dari pengkritik.[43][44][45] Michael Slezak dariEntertainment Weekly berkata, "Demi Lovato mungkin boleh memuaskan 'peminat tegarnya tetapi tidak boleh memenangkan pemuzik rock lain dalamDon't Forget".[46] Album ini menduduki nombor dua di cartaBillboard 200, dengan minggu pertama jualan sebayak 89,000 unit.[47] 10 daripada lagunya telah ditulis bersama Jonas Brothers.[48]Don't Forget menerima pensijilan emas olehPersatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) untuk jualan AS melebihi 500,000 unit.[49] Single utamanya, "Get Back", telah dipuji kerana gayapop rock dan menduduki nombor 43 di carta USBillboard Hot 100, terjual melebihi 560,000 unit di Amerika Syraikat[50][51][52] Single kedua album ini, "La La Land", telah dipetik kerana mempunyai unsur muzik rock yang kuat[53] dan menduduki nombor 52 di AS,[52] dan menaiki 40 teratas diIreland danUnited Kingdom.[54][55] Muzik videonya diarahkan oleh Brendan Malloy dan Tim Wheeler.[56]
Lovato mengadakan persembahan semasa Jonas Brothers Live in Concert World Tour pada September 2010
Pada 2009, Lovato merakamkan lagu "Send It On", sebuah lagu amal dan lagu tema Disney's Friends for Change, bersama rakannya,Jonas Brothers,Miley Cyrus danSelena Gomez.[57][58] Semua sumbangan dari lagu tersebut telah didermakan kepada program amal alam sekitar yang disokong oleh Tabung Pemuliharaan Seluruh Dunia Disney.[57] Sitkom beliau bersama Disney Channel,Sonny with a Chance, dengan watak lakonannya Sonny Munroe, ialah barisan pelakon baruSo Random!, yang disiarkan pada 8 Februari.[59] Kebolehan lakonan Lovato telah dijelaskan oleh Robert Lloyd dariLos Angeles Times sebagai "amat bagus", dan beliau membandingkannya dengan bintangHannah MontanaMiley Cyrus.[60] Pada Jun, beliau berlakon sebagai Puteri Rosalinda / Rosie Gonzalez dalam filem Disney Channel,Princess Protection Program. Filem tersebut merupakan filem asal Disney Channel keempat dengan penarafan tertinggi sebanyak 8.5 juta penonton.[61]
Album kedua Lovato,Here We Go Again, dikeluarkan pada 21 Julai 2009;[11] beliau menjelaskan gaya akustiknya mempunyai persamaan denganJohn Mayer.[62] Album ini menerima ulasan dari pengulas muzik yang menghargai elemen pop yang mengasyikkan, sepertimana ulasan yang diberikan pada albumDon't Forget.[63] Album nombor satu pertama Lovato menduduki teratas di cartaBillboard 200 dengan jualan minggu pertama sebanyak 108,000 unit.[64] Sebelum ia dipasarkan, beliau memulakanSummer Tour 2009.[65] Single pertama album ini, "Here We Go Again" menaiki nombor 59 di cartaBillboard Hot 100 dan berjaya menduduki nombor 15, menjadi single solo Lovato dengan kedudukan tertinggi pada waktu itu,[66] Lagu ini menaiki nombor 68 di Canadian Hot 100 dan 38 diNew Zealand.[67][68] Single kedua dan terakhir album ini, "Remember December" gagal meraih kejayaan sepertimana pendahulunya, tetapi menaiki nombor 80 di UK Singles Chart.
Beliau mengadakan konsert jelajah di 40 bandar, Live in Concert, bagi mempromosikanHere We Go Again. Konsert jelajah itu berlangsung dari 21 Jun hingga 21 Ogos 2009,[69] telah menampilkanDavid Archuleta,[69] KSM dan Jordan Pruitt sebagai persembahan pembukaan[70] Lovato dan Archuleta menerima Anugerah Choice Music Tour di Anugerah Pilihan Remaja 2009.[71] Pada Mac 2010, Lovato danJoe Jonas merakamkan lagu "Make a Wave" sebagai single amal kedua untuk Disney's Friends for Change.[72] Pada Mei, Lovato melakonkan watak undangan sebagai remaja pesakit skizofrenia bernama Hayley May dalam episodGrey's Anatomy musim keenam, "Shiny Happy People".[73] Biarpun pengkritik memuji kebolehannya, mereka berasa kekok dengan lakonannya dan merasakan kemunculannya telah direka untuk menarik perhatian penonton.[74] Pada tahun berikutnya, beliau mengadakan jelajah antarabangsa pertamanya, Demi Lovato South American Tour,[75][76] dan menyertai jelajah Jonas Brothers Live in Concert sebagai artis tamu.[77]
Camp Rock 2: The Final Jam, dengan Lovato membawakan semula peranannya sebagai Mitchie Torres, disiarkan pada 3 September 2010.[78][79] Pengkritik berbelah mengenai plot filem itu, dan ia mempunyai penarafan kelulusan 40 peratus ke atas diRotten Tomatoes.[80] Bagaimanapun, persembahan Lovato telah disifatkan "sungguh menarik" oleh Jennifer Armstrong dariEntertainment Weekly.[81] Filem ini ditayangkan kepada lapan juta penonton, filem televisyen kabel nombor satu tahun ini dengan jumlah penonton yang ramai.[82]Runut bunyi filem itu dikeluarkan pada 10 Ogos dengan Lovato menyanyikan 9 lagu, termasuk "Can't Back Down" dan "Wouldn't Change a Thing".[83] Runut bunyi tersebut menduduki nombor tiga diBillboard 200, dengan minggu pertama jualan sebanyak 41,000 unit.[84] Jonas Brothers Live in Concert telah diadakan bagi mewujudkan Lovato dan beberapa pelakon filem yang lain;[85] ia bermula pada 7 Ogos, dua minggu kemudian telah dirancang.[86] Runut bunyiSonny with a Chance telah dikeluarkan pada 5 Oktober; Lovato menyanyikan empat lagu, termasuk "Me, Myself and Time".[87] Ia menduduki nombor 163 di cartaBillboard 200, jualan runut bunyi beliau yang paling terendah.[88]
Lovato mengadakan persembahan diGood Morning America pada Julai 2012 sebagai sebahagian dari siri Summer Concert
Pada bulan itu, Lovato mengumumkan pengundurannya dariSonny with a Chance, mengambil cuti dari kerjaya lakonan dan mengakhiri siri tersebut;[89] beliau kemudiannya berkata akan kembali berlakon beliau beliau berasa yakin untuk berbuat kemudian.[90] Pemergiannya membawa kepada siri spin-offSo Random! dengan barisan pelakonSonny, menampilkan lakaran dari rancangan dalam rancangan. Siri tersebut dibatalkan selepas hanya bersiaran selama satu musim.[91] Lovato melancarkan album ketiganya,Unbroken, pada 20 September 2011.[92] Bermula pada Julai 2010, album ini bereksperimen denganR&B dan menampilkan sedikitpop rock.[7] Album ini dan perubahan penggayaan menerima ulasan bercampur dari pengkritik, yang memperlihatkan perkembangan dalam muzik kerana kesungguhannya dan telah memuji vokal Lovato tetapi melihat muziknya lebih generik berbanding karya terdahulunya.[93] Rakaman tersebut merupakan kejayaan komersial, menduduki nombor 4 di cartaBillboard 200, dengan jualan mencecah 97,000 unit pada minggu pertama keluarannya, dan mencapai jualan sebanyak 500,000 unit di Amerika Syarikat, menerima pensijilan Emas.[94]
Single utama album ini, "Skyscraper", telah dipuji kerana mesejnya yang berbentuk keyakinan dan sifat nurani,[95] menduduki nombor 10 di cartaBillboard Hot 100, terjual 176,000 muat turun semasa minggu pertama pelancaran, menjadikan jualan minggu pertama tertinggi Lovato, sehingga keluaran "Heart Attack" pada 2013.[96] Lagu ini juga merupakan single Lovato yang berkedudukan tinggi selepas "This Is Me" mencapai nombor 9 pada Ogos 2008.[96] Lagu tersebut juga menduduki nombor 2 di carta Hot Digital Songs.[97] "Skyscraper" menerima anugerah Best Video With a Message di Anugerah Muzik Video MTV 2012.[98] Single kedua dan terakhir album ini, "Give Your Heart a Break", mendudukiBillboard Hot 100 di nombor 16, menjadikan lagu dengan kedudukan tinggi Lovato yang keempat.[99] Ia juga menduduki nombor 12 di carta Adult Top 40, nombor 1 di carta US Pop Songs dan menjadi pendakian tertinggi oleh artis wanita di No. 1 dalam sejarah carta Lagu Pop.[52] Pada April 2014, lagu ini menerima tiga kali pensijilan platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika Syarikat (RIAA); sehingga Oktober 2014, ia telah terjual sebanyak 2.1 juta salinan digital.[100]
Pada Mei, beliau menjadi juri musim kedua versi Amerika bagi rancanganThe X Factor, dengan bayaran gaji yang dilaporkan sebanyak satu jutadolar.[101] MenyertaiBritney Spears,Simon Cowell dan L.A. Reid,[102] ia telah diberitakan yang beliau telah dipilih bagi menarik perhatian penonton muda.[103] Menjadi mentor kepada kategori Dewasa Muda, CeCe Frey menamatkan saringan keenam.[104] Di Minnesota State Fair pada Ogos, Lovato mengumumkan bahawa selepas persembahan pra-pertunjukan di Anugerah Muzik Video MTV 2012,[105] beliau akan melancarkan single menjelang Disember.[106] Pada 24 Disember, beliau melancarkan sebuah video di akaunYouTube dirinya sendiri menyanyikan lagu "Angels Among Us" yang ditujukan khas kepada mangsa insiden penembakan Sekolah Tinggi Sandy Hook.[107] Pada Mac, beliau telah dimaklumkan kembali menjadi juriThe X Factor musim ketiga,[108] with her salary reportedly doubling.[109]
Lovato pada majlis Redlight Traffic's Inaugural Dignity Gala pada 19 Oktober 2013
Demi telah dikeluarkan pada 10 Mei 2013, album ini menampilkan pengaruh synthpop dan bubblegum pop dan menerima ulasan yang umumnya positif dari pengkritik muzik,[110] biarpun Jon Carmichael dariThe New York Times melihat peralihan ceria Lovato, menurutEntertainment Weekly ia diketarakan dengan imej sedikit matang.[111][112] Album ini menaiki nombor tiga di cartaBillboard 200 dengan jualan minggu pertama 110,000 unit, minggu pertama yang paling laris kerjaya Lovato.[113] Ia juga berjaya di peringkat antarabangsa, menaiki 10 teratas diNew Zealand,Sepanyol danUK.[114] dan telah menerima pensijilan Emas di AS.[115]
Pada 11 Jun, Lovato melancarkan sebuahe-buku,Demi, di iBooks.[116] Single pertamany, "Heart Attack," menduduki nombor 12 di carta USBillboard Hot 100, dengan jualan minggu pertama 215,000 unit.[117][118] Lagu ini menduduki nombor 10,[52] dan juga berjaya di UK, Australia dan Eropah.[119] Single kedua beliau, "Made in the USA" menaiki nombor 80 di cartaBillboard Hot 100.[100] Single ketigaDemi, "Neon Lights", menduduki di carta USBillboardHot 100 di nombor 36 dan di US Hot Dance Club Songs di nombor satu. Single keempat; "Really Don't Care" menampilkan penyanyi British Cher Lloyd,[120] menjadi single hits Lovato yang ketiga di carta US Dance chart dan memasuki cartaBillboard Hot 100 di nombor 98 sebelum mencapai kedudukan carta di nombor 26.[121]
Lovato kemudiannya melancarkan versi deluxe album keempatnya, yang termasuk 7 lagu baru, terdiri dari 4 persembahan secara langsung dan 3 rakaman studio.[122] Salah satu daripada lagu tersebut termasuk kolaborasi bersama Olly Murs menerusi lagu di dalam album studio keempaatya, bertajuk "Up".[123] Lovato menyumbangkan album runutThe Mortal Instruments: City of Bones dengan lagu "Heart by Heart".[124]
Lovato merancang untuk tampil dalam sekurang-kurangnya enam episod musim kelimaGlee, bagaimanapun, beliau hanya muncul dalam empat episod. Beliau melakonkan watak Dani, seorang artis yang berpangkalan diNew York yang berkawan dengan Rachel Berry (Lea Michele) dan Santana Lopez (Naya Rivera) dan tampil berinteraksi bersama pendatang baru watakAdam Lambert. Lovato muncul dalam episod kedua siri tersebut, yang disiarkan pada 3 Oktober.[125] Pada 19 November, beliau melancarkan buku,Staying Strong: 365 Days a Year, yang menduduki senarai jualan paling larisThe New York Times.[126] Beliau telah bersetuju menulismemoir berkenaan, yang dijangka akan diterbitkan pada 2014.[127]
Beliau mengumumkan konsert jelajahNeon Lights Tour (termasuk putaran Kanada) yang akan datang pada 29 September 2013,[128] yang bermula pada 9 Februari 2014 dan berakhir pada 17 Mei.[129][130] Pada 21 Oktober, beliau melancarkan lagu "Let It Go" dari filem DisneyFrozen, yang ditayangkan pada 27 November, dan telah dipromosikan sebagai single untukrunut bunyi filem tersebut.[131] Lagu ini menduduki carta USBillboard Hot 100 di nombor 38, bertahan selama 20 minggu di carta. Pada 18 Disember 2013, Lovato mengesahkan tidak akan terlibat dalamThe X Factor bagi musim.keempat.[132] Pada 18 Mei 2014, "Somebody to You" menampilkan Lovato telah dikeluarkan sebagai single keempat dari album sulung kumpulan muzik British, fourth single The Vamps,Meet the Vamps.[133] Pada 29 Mei, beliau mengumumkan konsert jelajah keempatnya (jelajah dunia pertama, meliputi 25 bandar),Demi World Tour, dan tarikh Amerika Utara pertamanya.[134] Pada November 2014, Lovato membuka tirai persembahan UK di konsertEnrique Iglesias Sex and Love Tour.[135] Beliau juga bekerja dengan rakannya yang sekian lama dikenalinya,Nick Jonas untuk album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album bertajuk "Avalanche," dikeluarkan pada November 2014.[136] Lovato telah tampil dalam lagu bertajuk "Up", single kedua dari album keempat Olly Murs,Never Been Better.[137]
Lovato mengumumkan jenama penjagaan kulit dikenali sebagaiDevonne by Demi yang akan menjengah pasaran pada Diaember 2014.[138] Beliau melancarkan muzik video untuk lagunya bertajuk "Nightingale" pada 24 Disember 2014 sebagai hadiahHari Krismas untuk peminatnya.[139]
Album kelima Lovato,Confident, dikeluarkan pada 16 Oktober 2015,[140] dan menerima ulasan positif dari pengkritik muzik.[141] Album ini membuat kemunculan sulung di nombor dua di Billboard 200 dengan penjualan 98,000 unit pada minggu pertama.[142] Sepanjangan pembikinan album ini, Lovato mengulas: "Saya sudah memulakan rakaman untuk album terbaru saya, dan saya memiliki perancangan untuk merakamkannya semasa jelajah. Saya belum pernah begitu yakin pada diri sendiri sebagai seorang seniman ketika datangnya kepercayaan diri, tetapi bukan saaa hal-hal peribadi, tapi apa yang saya inginkan untuk suara saya menjadi dan apa yang saya tahu saya mampu dalam album ini memberikan kesempatan untuk menunjukkan kepada orang-orang apa yang saya boleh lakukan."[143] Pada Julai 2016, album ini menerima pensijilan emas oleh RIAA, dan telah terjual 211, 000 unit di Amerika Syarikat.[144] Lovato bersamaNick Jonas dan pengurusnya, Phil McIntyre bekerjasama bagi mewujudkan syarikat rakaman yang diberi namaSafehouse Records yang juga bekolaborasi denganIsland Records.[145][132][146]
Lovato melancarkan single utama dariConfident berjudul "Cool for the Summer" pada 1 Julai 2015, yang mencapai kedudukan nombor 11 di Billboard Hot 100.[147] Pada 18 September 2015, lagu "Confident" dikeluarkan sebagai single kedua dari album, yang mencapai kedudukan 21 di Billboard Hot 100.[148] Pada 17 Oktober 2015, Lovato menampilkan medley "Cool for the Summer" dan "Confident", serta "Stone Cold" dalam musim ke-41 rancanganSaturday Night Live.[149][150] Lovato juga berkolaborasi dalam lagu "Irresistible", single keempat dari album studio keenam Fall Out Boy,American Beauty/American Psycho.[151] Pada bulan yang sama, beliau menandatangani kontrak dengan agen pemodelan, Wilhelmina Models.[152] Pada 22 Oktober 2015 Lovato melancarkan muzik video untuk lagu "Waitin for You" yang juga menampilkan rapper Amerika, Sirah.[153] Pada 26 Oktober 2015, Lovato dan Nick Jonas mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert jelajah bersama dalamFuture Now Tour.[154] Pada 21 Mac 2016, "Stone Cold" dikeluarkan sebagai single ketiga dan terakhir dari Confident, namun lagu ini tidak memasuki carta Billboard Hot 100 selain Bubbling Under Hot 100 di kedudukan #2. Pada 1 Julai 2016, Lovato mengeluarkan single terbaru berjudul "Body Say" untuk mempromosikan konsert Future Now Tour dan berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 di kedudukan 84.[155]
Lovato tampil dalam lagu Cheat Codes, "No Promises", dikeluarkan pada Mac 2017[157] dan lagu Jax Jones "Instruction" bersama Stefflon Don, dikeluarkan pada Jun 2017.[158] Pada 2017, Lovato dimasukkan dalam senarai tahunan majalahTime 100 orang paling berpengaruh.[159][160] Pada 5 Mei 2017, Lovato mengumumkan pelancaran dokumentarinya,I Am: Demi Lovato yang akan dilancarkan di YouTube. Pada 8 Mei 2017, beliau mengumumkan kerjasama dengan jenama sukan Fabletics untuk menyokong inisiatifPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Girl Up.[161] Lovato melancarkan single terbarunya berjudul "Sorry Not Sorry" yang akan dimuatkan dalam album studio keenamnya yang bakal dilancarkan pada 11 Julai.[162] Pada 23 Ogos, Lovato mendedahkan album studio terbarunya,Tell Me You Love Me telah dilancarkan pada 29 September 2017.[163]
Pada 26 Oktober 2017, Lovato danDJ Khaled mengumumkan akan mengadakan jelajah Demi x Khaled pada Februari berikutnya.[164] Pada 17 November 2017, Lovato melancarkan single terbarunya Echamé La Culpa, dengan kolaborasi bersamaLuis Fonsi.[165]
Lovato mengadakan persembahan di perhimpunan anti-keganasanMarch for Our Lives Washington, D.C. pada 24 Mac 2018.[166] Pada Mei,Christina Aguilera mengeluarkan sebuah lagunya dari albumLiberation bertajuk "Fall in Line" menampilkan Lovato,[167] dan beliau juga tampil dalam lagu Clean Bandit "Solo".[168] Ia kemudian menjadi lagu nombor satu Lovato di United Kingdom.[169] Pada 21 Jun, penyanyi itu melancarkan single bertajuk "Sober" yang beliau sebut sebagai "kebenaran saya" dan membincangkan perjuangan dengan ketagihan dan ketenangan.[170]
Lovato di seminar Hari Kesedaran Kesihatan Mental Kanak-Kanak SAMHSA pada 7 Mei 2013
Pada Mei 2009, Lovato dianugerahkan Duta Kehormat Pendidikan oleh Perkongsian Amerika Untuk Gangguan Eosinfilik.[171] Sebagai sebahgian dari penglibatannya dengan pertubuhan Disney Friends for Change, Lovato,Selena Gomez,Miley Cyrus, danJonas Brothers menyanyikan lagu tema amal "Send It On" pada tahun 2009. Lagu membuat kemunculan pertama di carta Billboard Hot 100 di nombor 20.[57] Hasil dari lagu ini disumbangkan kepada badan amal dengan Tabung Pemuliharaan Seluruh Dunia Disney. Lovato danJoe Jonas merakamkan lagu lain untuk amal "Make a Wave" pada Mac 2010. Lovato juga merupakan jurucakap untuk bergabung dengan Surge Campaign!, DoSomething.Org, yang merupakan kempen kebangsaan yang memperkasakann remaja untuk mengambil tanggungjawab untuk masyarakat.[172]
Lovato tampil pada Pesanan Khidmat Awam Januari 2010 untuk mempromosikan kempen pertubuhan "Be Counted" untuk Banci Amerika Syarikat 2010.[173] Pada Oktober 2010, beliau berkhidmat sebagai jurucakap untuk pertubuhan anti-intimidasi PACER.[174] Lovato juga sebahagian dari Kempen Advokasi Sekolah "A Day Made Better", dan telah menyokong DonateMyDress.org, Kids Wish Network, Love Our Children USA, ST. Jude Children's Research Hospital, dan City of Hope.[175] Pada April 2012, Lovato menjadi penyunting untuk majalahSeventeen, di mana beliau membahaskan tentang perjuangan peribadinya, diarahkan kepada gadis remaja. Pada Oktober, beliau dinobatkan sebagai Duta Besar baruMean Stinks, sebuah kempen anti-intimidasi yang menumpukan perhatian pada pencegahan intimidasi di kalangan kaum hawa.[176]
Pada Ogos 2013, beliau pergi keKenya semasa ulang tahun kelahirannya ke-21 untuk turut serta dalam program pertubuhanFree the Children.[177] Pada Mei 2014, Lovato melibatkan dirinya dalam LA Parade Grand Marshal dan sumbangannya untuk wargaLGBT. Jurucakap NYC, Patti Diluigi berkata, "Demi Lovato ialah model yang luar biasa untuk remaja hari ini, baik LGBT dan bukan LGBT, aktivis sepertinya di kesaksamaan bidang, mesej positif dalam mencintai tubuh, dan sifat keterbukaan dengan perjuangannya. Sebagai sebuah masyarakat, kami beruntung kerana dapat bekerja dengan Demi."[178] Lovato juga menjadi wajah untuk Kempen Hak Asasi Amerika untuk Kesaksamaan Perkahwinan. Dalam kempen, Lovato berkata "Adakah anda LGBT atau bukan, cinta itu berharga, indah dan cinta yang luar biasa. Jadi mari kita melindungi cinta dan memperkuatkan institusi perkahwinan dengan menyebarkan penuh cinta, kasih, peduli dan berkomitmen atas pasangan sesama jenis secara dapat berkahwin secara sah. Mari bergabung dengan saya dan seluruh rakyat Amerika yang menyokong kesaksamaan perkahwinan."[179] pada 2 April 2016, Lovato menerima Anugerah GLAAD Vanguard dalam mempromosikan hak-hak yang sama bagi komuniti LGBT.[10][180]
Pada Jun 2016, Lovato merupakan salah satu artis yang menandatangani surat terbuka untuk menghentikan kekerasan senjata, yang dibuat olehBillboard.[181] Kempen Hak Asasi Manusia juga mengeluarkan video dalam penghormatan kepada mangsa tragedi penembakan kelab gay malam Orlando; dalam video, Lovato dan lain-lainnya menceritakan kisah-kisah dari mereka yang terkorban dalam tragedi itu.[182][183]
Pada Januari 2017, Lovato terbang sekali lagi ke Kenya untuk turut serta dalam pekerjaan dengan We Movement untuk melakukan pekerjaan denganwanita dankanak-kanak.[184]
Lovato telah menyenaraikanChristina Aguilera danKelly Clarkson sebagai pengaruh terbesarnya.[185] Pengaruhnya yang lain termasukBritney Spears,[186]Rihanna, Keri Hilson,[187]Jennifer Lopez,[188]Aretha Franklin, Gladys Knight,Mariah Carey,Whitney Houston, Alexz Johnson,[189] Billie Holiday, dan Billy Gilman.[185] Mengenai Gilman beliau berkata, "Kami mempunyai julat vokal yang sama ketika saya kecil. Saya belajar menghafal lagunya setiap hari."[190] Lovato telah berkata penulisan laguJohn Mayer menjadi "pengaruh terbesarnya" pada dirinya dan selepas keluaran albumUnbroken, gaya muzik beliau beralih arah kehip hop danR&B.[185] Lovato berkata, "Saya hormatiWhitney Houston, dan Christina Aguilera, pada sesetengah lagu yang mana beliau sememangnya hebat dan tidak terlalu seksi atau apa saja."[191] Mengenai kekagumannya terhadap Clarkson, Lovato berkata, "Saya rasa memikirkan beliau merupakan seorang model peranan yang hebat. Beliau tidak pernah dilihat umum memandu dalam keadaan mabuk atau memakai pakaian yang benar-benar skandal atau apa saja. Saya rasa seperti dia menetapkan satu contoh yang benar-benar hebat dan beliau amat berbakat."[192] Konsert jelajah Lovato,The Neon Lights Tour telah "diilhamkan olehBeyonce."[193]
Lovato memiliki suarasoprano. Beliau mempunyai julat vokal dari empat oktaf, 1 not dan separa nada, termasuk nada wisel.[194] Nick Levine dariDigital Spy, mengulas mengenai vokal Lovato dalam albumDon't Forget, menulis, "beliau sememangnya lebih hebat daripada Jonas. Hakikatnya, persembahan vokal beliau amat konsisten."[195] Becky Brain dair Idolator mengulas bahawa Lovato mempunyai "suara yang kuat dan bahan A-list."[196] Menurut Sophie Schillaci dariThe Hollywood Reporter, penghibur itu mempunyai "suara yang boleh senyap yang boleh menutup mulut walaupun seburuk-buruk pengkritik. Ada sesuatu yang tidak sering dijumpai pada rakan-rakannya."[197] Untuk album kedua Lovato,Here We Go Again, Jeff Miers dariThe Buffalo News menulis, "Tidak seperti rakan-rakan Disney yang lain, Lovato sememangnya boleh menyanyi... beliau tidak perlukan Auto-Tune untuk meliputi kekurangan kebolehan semulajadi."[198]
Bekerja dengan Lovato untuk album ketiganya,Unbroken, Ryan Tedder berkata, "Demi meniup saya keluar dari air vokal! Saya tidak tahu seberapa baik suaranya. Dia salah satu penyanyi terbaik yang pernah bekerja sama dengan saya. Secara harfiah, itu baik... Maksud saya, dia seorang vokalis di tahap Kelly Clarkson . Dan Kelly memiliki seperangkat paip." Beliau juga mengulas mengenai mereka yang bekerja bersama untuk lagu "Neon Lights" dari album keempat Lovato, berkata, "Dia, dalam muzik pop, memiliki salah satu rentang terbesar, mungkin penyanyi suara bernada tinggi yang pernah saya bekerja."[199] Tamsyn Wilce dari Alter The Press mengulas mengenai vokalnya dalam albunDemi, berkata "ia menunjukkan bagaimana kuatnya kord vokalnya dan kepelbagaian gaya yang lengkap sepenuhnya untuk dirinya."[200]Di dalam ulasan mengenai 'Neon Lights Tour,' Mike Wass dari Idolator mengulas "Anda tidak perlu gangguan menggilap ketika anda dapat sabuk keluar lagu-lagu seperti Demi dan berhubung dengan orang-orang pada tahap emosional seperti itu."[201]Dalam ulasan untuk 'Demi World Tour,' Marielle Wakim dari Los Angeles Magazine mengulas mengenai vokal Lovato, dengan menyatakan "Bagi mereka yang tidak peduli untuk mengikuti kerjaya Lovato, mari kita mendapatkan sesuatu yang keluar dari jalan. Gadis itu boleh menyanyi. Atasi rasa lebih takut, atau anda dihakimi oleh rakan-rakan Facebook anda dan diskografi Spotify beliau, kerana anda akan ketawa selepas lima tahun akan datang (mungkin lebih awal) apabila dia menang Grammy. Pada usia 22 tahun, vokal beliau mengejutkanm". Beliau melangkah lagi vokal beliau sebagai "yang menakjubkan."[202]
Pada hari ulangtahun kelahirannya ke-18, Lovato membeli sebuah rumah gaya Mediterranean diLos Angeles, California; bagaimanapun, beliau membuat keputusan tinggal di "rumah sedar diri" di Los Angeles selepas pemulihan pada Januari 2011.[203]
Lovato tidak mempunyai kepentingan dalam menjalin hubungan dengan mendiang bapanya, Patrick, selepas perceraian dari ibunya.[207] Beliau lantang bersuara mengenai hubungan dingin beliau dengan bapanya dan pernah menyatakan, "Dia tetap sama, tetapi dia mahu menjadi seorang yang baik. Dan dia mahu mempunyai keluarganya, dan apabila ibu saya berkahwin dengan bapa tiri saya, dia masih mempunyai hati ini besar di mana dia berkata, "Saya gembira bahawa [dia] menjaga anda dan melakukan kerja yang saya ingin saya boleh lakukan."[208][209] Beliau telah menulis pelbagai lagu mengenainya[210] Patrick meninggal dunia akibatkanser pada 22 Jun 2013, pada usia 53 tahun.[211] Selepas kematian bapanya, Lovato berkata beliau mengalami tekanan mental, dan untuk menghormatinya, beliau mewujudkan Program Biasiswa Rawatan Lovato.[180]
Lovato telah mengalami kemurungan,gangguan makan, mencederakan diri sendiri dan dibuli sebelum beliau ke pusat pemulihan pada usia 18 tahun.[212][213] Pada 1 November 2010, Lovato menarik diri daripada konsert jelajah Jonas Brothers Live In Concert, mendapat kemudahan rawatan untuk "isu-isu fizikal dan emosi".[214] Dilaporkan bahawa beliau membuat keputusan untuk memasuki rawatan selepas menumbuk penari wanita Alex Welch, pengurusan dan keluarga beliau yang meyakinkannya memerlukan bantuan. Lovato berkata beliau mengambil "100 peratus, tanggungjawab penuh" untuk kejadian itu.[212] Pada 28 Januari 2011, Lovato melengkapkan rawatan pesakit di Timberline Knolls dan pulang ke rumah. Beliau mengakui bahawa beliau mengalamibulimia, telah menganiaya diri sendiri, dan telah "mengubati diri" dengandadah danalkohol "seperti banyak remaja yang untuk kebas kesakitan mereka".[215] Beliau menambah bahawa dia "pada dasarnya telah menghidap penyakit batin" dan telah didiagnosis dengan gangguan bipolar semasa rawatan beliau.[216] Lovato kemudian berkata bahawa dia telah menggunakankokaina beberapa kali sehari dan menyeludup kokaina ke dalam pesawat.[217]
Pada April 2011, Lovato menjadi penyunting penyumbang majalah ''Seventeen'', menulis satu rencana yang menggambarkan perjuangan beliau.[218] Pada Mac 2012,MTV menyiarkan dokumentari (Demi Lovato: Stay Strong) mengenai rawatan pemulihan Lovato.[219] Beliau mula mempersiapkan diri untuk merakamkan album keempat pada bulan berikutnya.[220] Pada Januari 2013, ia dilaporkan bahawa Lovato telah hidup dalam kemudahan tenang diLos Angeles untuk lebih setahun kerana beliau merasakan ia adalah cara terbaik untuk mengelakkan kembali kepada ketagihan dan gangguan makan.[221] Lovato menyambut ulang tahun ke lima ketenangan beliau pada 15 Mac 2017.[222]
Lovato beragamaKristian dan beliau berdoa dengan kugirannya sebelum mengadakan persembahan..[15] Beliau merupakan penyokong aktif hakgay. Apabila Akta Pertahanan Perkahwinan terpegun pada bulan Jun 2013, beliau menulistweet: "Gay, lurus,lesbian, bi... Tiada siapa yang lebih baik daripada mana-mana orang lain. Apa yang luar biasa hari untuk California AND untuk kesaksamaan..."[223] Lovato kemudian berkata: "Saya percaya dalam perkahwinan gay, saya percaya dalam kesaksamaan. Saya fikir ada banyak hipokrasi dengan agama. Tetapi saya mendapati bahawa anda boleh mempunyai hubungan anda sendiri dengan Tuhan, dan saya masih mempunyai banyak iman."[224] Dalam temu bual pada awal November 2013 dengan majalah ''Latina'', Lovato berkata bahawa beliau mendapati kerohanian menjadi satu bahagian penting dalam mengekalkan keseimbangan dalam kehidupan. Beliau berkata: "Saya yang paling dekat dengan Tuhan. Saya mempunyai hubungan saya dengan Tuhan dan itu sahaja yang penting.".[225]
Pada 23 Disember 2011, Lovato menulis mesej diTwitter mengkritik bekas rangkaiannya kerana menyiarkan episodShake It Up danSo Random! di mana watak-watak bergurau tentang gangguan makan. Pegawai publisitiDisney Channel segera mengambil tindakan, memohon maaf kepada Lovato dan mengeluarkan episod daripada penyiaran dan video kepada sumber permintaan selepas kritikan tambahan dalam akaun perhubungan awam rangkaian.[226]
Lovato mengenal pasti sebagaifeminisme.[227] Beliau bersuara di Konvensyen Demoktratik Kebangsaan 2016 di Philadelphia mengenai peningkatan kesedaran mengenai kesihatan mental.[228]
Demi Lovato telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk satu anugerah di Anugerah Muzik Video MTV, satu anugerah di Anugerah ALMA, lima Anugerah People's Choice, AnugerahBillboard Women in Music, satu anugerahRekod Dunia Guinness dan empat belas Anugerah Pilihan Remaja (Teen Choice Awards). Lovato telah menerima pencalonanAnugerah Grammy, Anugerah MuzikBillboard dan juga Anugerah Brit.
^Gillian Flynn (June 20, 2008)."Camp Rock (2008)".Entertainment Weekly. Time Inc. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-11-04. Dicapai padaJune 2, 2013.
^Demi Lovato, Brendan Malloy, Tim Wheeler.Making the Video: La La Land(video)|format= requires|url= (bantuan) (DVD). Don't Forget (Deluxe Edition).Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)
^Jennifer Armstrong (August 25, 2010)."Camp Rock 2: The Final Jam".Entertainment Weekly. Time Inc. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-07-20. Dicapai padaJune 2, 2013.
^"Heart & Soul". Daily Mail. November 2013.As this year winds down, Lovato, who's of Spanish descent,Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)