Defri Juliant | |
|---|---|
Defri pada tahun 2021 | |
| Kelahiran | Arif Defri Arianto (2002-12-28)28 Disember 2002 (umur 23)[1] |
| Nama lain |
|
| Pendidikan | SMK Negeri 1 Kuok |
| Pusat pendidikan | Sekolah Tinggi Ilmu Sosial Ilmu Politik Persada Bunda |
| Pekerjaan | |
| Tahun aktif | 2020–kini |
| Terkenal kerana | Liga Dangdut Indonesia |
| Ketinggian | 175 cm (5 ka 9 in) |
| Ibu bapa |
|
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Koko |
| Tandatangan | |
Arif Defri Arianto (lahir diRiau,28 Disember2002; umur 23 tahun), yang dikenali dengan nama pentas beliauDefri Juliant, ialah seorangpenyanyidangdut lelakiIndonesia. Beliau merupakan peserta enam belas terakhir Liga Dangdut Indonesia musim ketiga yang disiarkan oleh saluran televisyen nasionalIndosiar.
Defri mempunyai hobi menyanyi sejak kecil dan dan dia memulakan belajar menyanyi daripada usia 9 tahun. Semasa di sekolah menengah, beliau sering memenangi pertandingan nyanyian seperti tempat ke-2 di SMK FLS2N di Kabupaten Kampar pada tahun 2017 dan 2018. Pada tahun 2017, Defri dipilih sebagai Duta Belia Riau 2017. Beliau juga terpilih sebagai pemenang 3 Bujang Kampar di acara Bujang Dara,Kabupaten Kampar 2018. Pada tahun 2019, beliau mengikuti audisi untuk Liga Dangdut Indonesia 2019, tetapi hanya sampai di panggungVideo Booth dan tidak dipanggil untuk menjadi wakil wilayahnya pada waktu itu. Pada tahun itu, beliau turut serta dalam acara Bintang DangdutTVRI Riau.[2][3]

Defri sekali lagi mengikuti audisi untuk pertandingan LIDA 2020. Kali ini, beliau dipilih menjadi salah satu daripada lima peserta yang mewakiliRiau. Di Jakarta, Defri bertanding untuk dua tiket untuk mewakili Provinsi Riau di hadapan juri seniman. Berkat persembahannya melalui lagu-lagu "Keangkuhan", "Madu", dan "Syahdu" (duet dengan Rara), beliau diberi selendang duta besar provinsi sebagai tanda bahawa beliau telah melewati konsert terakhir di pentas LIDA 2020.[4]
Tujuh puluh peserta yang melepasi pusingan Konsert Akhir LIDA 2020 kemudian dibahagikan kepada 14 kumpulan (7 kumpulan pasukan merah dan 7 kumpulan pasukan putih). Pada pusingan 70 ini, Defri muncul pada hari keempat belas dengan menyanyikan lagu "Keangkuhan" oleh Wawa Marisa.[5] Pada pusingan ini, beliau dinyatakan layak ke pusingan ke-56. Pada pusingan 56, Defri membawakan lagu "Hilang" olehRhoma Irama. Beliau kembali berjaya dengan peratusan tertinggi.[6]
Selepas persembahannya yang selalu mendapat peratusan tertinggi, Defri tersingkir di tangga 18 teratas ketika beliau membawakan lagu "Gadis Melayu" olehJamal Abdillah.[7] Defri juga mempunyai peminat bernama Fandef.[8]
Pada Ogos 2021, Defri melalui recod label Koko Record HD mengeluarkan single pertamanya bertajuk "Tiaraku di Pulau Batam" yang digubah oleh Rio Astar.[9] Seminggu selepas pelancaran single tersebut, beliau berduet dengan rakan peserta LIDA 2020, Puspa Indah, merilis lagu betajuk "Cinta Mati" yang digubah oleh Evan Budyana.[10] Bulan berikutnya, beliau kembali berduet dengan Puspa Indah, mengeluarkan lagu bertajuk "Seringgit Dua Kupang" yang digubah kembali oleh Rio Astar.[11]
Defri dilahirkan dan dibesarkan diKabupaten Kampar,Riau . Beliau merupakan anak kepada pasangan Julianto dan Susilawati.[12] Kedua ibu bapa Defri bekerja sebagai penyanyi dari pentas ke pentas. Defri adalah anak ke-3 dari 5 orang adik beradik. Beliau mempunyai 2 kakak lelaki bernama Andre Fikri Akbar dan Nugie Riandi Jufenel dan 2 adik lelaki Muhammad Haikal Julsie dan Noufal Oktaviano. Adiknya Haikal meninggal dunia dalam kemalangan motosikal pada 10 Februari 2020.[13]
Defri belajar di SD Negeri 008 Langgini dan SMP Negeri 2 Bangkinang Kota. Beliau meneruskan pendidikan sekolah menengahnya ke SMK Negeri 1 Kuok jurusan Agribisnis Perikanan Air Tawar. Kini, Defri melanjutkan pendidikan tinggi di STISIP Persada Bunda jurusan Pengajian Komunikasi.[3]
| Acara | Masa | Maklumat | Lagu & Penyanyi Asal | Keputusan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Uji Bakat | 2020 | 20 Januari | - | "Keangkuhan" -Wawa Marisa "Madu" - Amriz Arifin & Erni AB "Syahdu" -Rhoma Irama (bersamaTiara Ramadhani) | Lulus |
| 70 Besar | 6 Februari | Kumpulan 7 (Pasukan Putih) | "Keangkuhan" -Wawa Marisa | Peratus Akhir Tertinggi | |
| 56 Besar | 14 Februari | Kumpulan 4 (Pasukan Putih) | "Kehilangan" -Rhoma Irama | Peratus Akhir Tertinggi | |
| 44 Besar | 26 Februari | Kumpulan 5 | "Madu" - Amriz Arifin | Peratus Akhir Tertinggi | |
| 33 Besar | 10 Mac | Kumpulan 6 (Duet dengan Aulia) | "Semakin Sayang Semakin Kejam" -Rita Sugiarto | Peratus Akhir Tertinggi | |
| 24 Besar | 21 Mac | Kumpulan 6 | "Titip Cintaku" -Ona Sutra | Peratus Akhir Tertinggi | |
| 18 Besar | 23 Mac | Kumpulan 2 | "Gadis Melayu" -Jamal Abdillah | Dihapuskan | |
| Tajuk | Tahun | Album | Label |
|---|---|---|---|
| “Tiaraku di Pulau Batam” | 2021 | Single non-album | Koko Record HD |
| “Cinta Mati” (bersama Puspa Indah) | |||
| “Seringgit Dua Kupang” (bersama Puspa Indah) | |||
| “Pemburu Harta” |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanDefri Juliant |