Dedalu,dalu-dalu,dalu ataudendalu ialah sejenis tumbuhanluruh dalamgenusSalix.[3][4][5] Terdapat kira-kira 400 spesies dalam genus ini[2] ditemukan di tanah lembap kawasan-kawasan sejuk danberiklim sederhanaHemisfera Utara.
Perkataan "dalu" (Jawi: دالو), "dedalu" (Jawi: ددالو) dan "dendalu" (Jawi: دندالو) asalnya daripada perkataan "bendalu" (Jawi: بندالو) iaitu pokok yang menumpang pada pokok lain atau "epifit".[6][7]
Nama genusSalix diberikanCarl Linnaeus pada tahun 1753;[1] ia daripada katabahasa Latin yang sudah digunakan orang Rom menyebut pelbagai jenis pokok dedalu.[8]
Pokok dedalu mempunyaisapkulit kayu berair yang banyak dan sangat penuh denganasid salisilik.Akar-akarnya besar dan berserabut; ia boleh tumbuh dari bahagian pokok yang tinggi di udara.[9] Batang-batangnya nipis, kayunya lembut dan mudah dibentuk.[9]
Daun-daun pokok biasanya panjang, ringkas dan mempunyai urat berselirat. Sisinya bergerigi. Daun-daun ini berwarna pelbagai warna hijau antara kekuningan hingga kebiruan. Kebanyakan spesies pokok dedalumengugurkan daun.
Sebatang pokok dedalu mempunyai satu jenis bunga jantan atau bunga betina yang disusununtai, untai-untai bunga ini muncul pada musim bunga sebelum daun-daunnya tumbuh.
Untai bunga jantan tidak adakelopak danranggi dengan 2-10sulur bunga;cepu debunya berwarna merah jambu di putik tetapi menjadi jingga atau ungu selepas bunga jantan kembang. Tangkai sulur atau filamennya seakan benang berwarna perang pucat. Untai bunga betinanya juga tidak ada kelopak atau ranggi, dan terdiri daripada ovari tunggal diiringi kelenjarmadu pipih dan kecil yang masuk dalam pangkal sisik jentu untai.
^ab"Salix L."The International Plant Names Index. The Royal Botanic Gardens, Kew, Harvard University Herbaria & Libraries dan Australian National Botanic Gardens. 2022. Dicapai pada3 Ogos 2022.
^abMabberley, D.J. (1997).The Plant Book.2. Cambridge: Cambridge University Press.
^"Salix".Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
^"Salix L."World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada3 Ogos 2022.
^Wilkinson, Richard James (1932)."bĕndalu".A Malay-English dictionary (romanised).I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 116 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^"bendalu".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
^Genaust, Helmut (2005) [1996].Etymologisches Wörterbuch der botanischen Pflanzennamen [Kamus Etimologi Nama Botani Tumbuhan] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-3, disemak dan dikembangkan sepenuhnya). Hamburg, Jerman: Nikol. m/s. 552.ISBN3-937872-16-7.
^abDickmann, D. I.; Kuzovkina, J. (2014). "Poplars and willows of the world, with emphasis on silviculturally important species".Poplars and willows: Trees for society and the environment. CABI. m/s. 8–91.doi:10.1079/9781780641089.0008.ISBN9781780641089.