Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Dayak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dayak
Dayak
Dyak
Seorang ketua Dayak memegang lembing dan perisai yang dikenali sebagaiKlebit Bok
Jumlah penduduk
s. 6.1 juta
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Indonesias. 3.350.509[1]
 Malaysias. 3.009.494[2]
Bahasa
Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia
Terutamanya
Bahasa-bahasa Dayak
Ngaju • Iban • Klemantan • Kayan • Ot Danum • Barito • Bakumpai • Ma'anyan • Murut • dll.
Termasuk juga
Bahasa Indonesia danBahasa Melayu
Berau • Kutai • Mempawah • dll.
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Austronesia
Orang Banjar •Orang Melayu Borneo • Rejang • Malagasy, dll.

Dayak, turut dieja sebagaiDyak atauDayuh merupakan salah satu rumpunbumiputera diBorneo.[3] Ia merupakan gelaran umum bagi 200 suku kaum yang menetap di kawasansungai danbukit, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Pulau Borneo, dengan bahasa, dialek, adat, undang-undang, kawasan dan budaya yang tersendiri, walaupun terdapat juga persamaan umum tentang puak ini. Bahasa-bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada cabangBahasa-bahasa Austronesia. Pada zaman dahulu, sebahagian besar masyarakat Dayak memeluk kepercayaananimisme (turut dikenali sebagaiKaharingan di Indonesia), walaupun bermula pada abad ke-19 ramai yang mulai memeluk agama Kristian dan Islam.[4]

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Nama Dayak dipercayai berasal daripadaBahasa Melayu Brunei danMelanau bererti "orang yang berada di pendalaman", tanpa merujuk kepada mana-mana etnik khas. Gelaran tersebut kemudian diserap oleh penulis-penulis Belanda dan Jerman sebagai istilah umum bagi puak-puak peribumi bukan Islam di Borneo. Justeru, perbezaan utama antara Dayak dan bukan-Dayak adalah perbezaan agama. Namun, penulis-penulis Inggeris tidak bersetuju dengan pengelasan yang dilakukan oleh pihak Belanda dan Jerman, antaranyaJames Brooke yang hanya menggunakan istilah Dayak untuk dua kumpulan khas, Dayak Darat (Bidayuh) dan Laut (Iban).[5]

Pengelasan Belanda yang bermula pada abad ke-19 kemudiannyua dilanjutkan diIndonesia, sebagai istilah umum bagi kesemua suku-suku bukan Islam di Pulau Borneo sehingga. Manakala diMalaysia, istilah Dayak secara am-nya kekal sebagai rujukan kepada sukuIban (sebelumnya dikenali sebagai Dayak Laut) danBidayuh (disebut sebagai Dayak Darat pada waktu dahulu).[6]

Bahagian galeri rumah panjang SukuKayan berserta tengkorak dan senjata, sebuah gambaran tentang kebudayaan amalan pemotongan kepala

Suku dan bahasa

[sunting |sunting sumber]

Suku-suku Dayak tidak bertutur dalam sebuah bahasa yang sama.[7] Bahasa mereka termasuk dalam pelbagai cabangRumpun Bahasa Melayu-Polinesia, seperti Rumpun bahasa Dayak Darat,Bahasa-bahasa Melayu,Bahasa Sabah,Bahasa Barito dan sebagainya.[8][9] Pada hari ini, kebanyakkan masyarakat Dayak mampu bertutur dalam dwi-bahasa dengan fasih, selain daripada bahasa ibunda mereka, mereka juga dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia, bergantung dengan negara asal mereka. Banyak bahasa-bahasa yang dituturkan di Borneo merupakan endemik (tidak dapat ditemukan di tempat lain).

Dianggarkan terdapat sebanyak 170 bahasa dituturkan di Borneo, dengan ada yang hanya mempunyai beberapa ratus penutur. Justeru membawa kebimbangan terhadap masa depan bahasa-bahasa ini dan kebudayaan yang berkaitan.

Pada tahun 1954,Tjilik Riwut telah mengkategorikan pelbagai kumpulan dayak kepada 18 suku di seluruh pulau boneo, dengan 403 puak berdasarkan bahasa, adat dan budaya. Namun, beliau tidak memberi penerangan selanjutnya tentang nama puak-puak ini.[10]

RumpunSukuPuakLokasi[11]
I. Ngaju

Ngaju
Ma'anyan
Lawangan
Dusun

53
8
21
8

Selatan Borneo
II. Apukayan

Kenyah
Kayan
Bahau

24
10
26

Timur Borneo
III. Iban/Dayak Laut

Iban

11

Barat Laut dan pesisir barat Borneo
IV. Klemantan/Dayak Darat

Klemantan
Ketungau

47
40

Pendalaman barat laut Borneo
V. Punan

Basap
Punan
Ot

20
24
5

Tengah-timur Borneo
VI. Murut

Idaan/Dusun
Murut
Tidung

6
10
28

Utara Borneo
VII. Ot Danum

Ot Danum

61

Selatan Borneo

Agama

[sunting |sunting sumber]

Animisme/Kaharingan

[sunting |sunting sumber]

Di Indonesia, kepercayaan agama Dayak dikenali sebagaiKaharingan, boleh dikatakan sebagai salah satu bentukanimisme. Nama ini diperkenalkan olehTjilik Riwut pada tahun 1944 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Residen Belanda di Sampit,Hindia Timur Belanda. Pada tahun 1945, sewaktu pentadbiran Jepun, Jepun merujuk Kaharingan sebagai agama masyarakat Dayak. SewaktuOrde Baru di Indonesia pada tahun 1980, Kaharingan didaftarkan sebagai sejenis kepercayaan Hindu Indonesia, kerana pada waktu itu Indonesia hanya mengeniktiraf 6 bentuk agama - Islam, Protestan, Roman Katolik, Hindu, Buddha and Konfusianisme. Penggabungan Kaharingan sebagai ajaran Hindu bukan kerana persamaan sistem agama tersebut, namun kerana Kaharingan merupakan ajaran tertua di Kalimantan.

Berbeza dengan perkembangan yang berlaku diKalimantan, Kaharingan tidak digunakan sebagai rujukan agama di Malaysia dan Brunei, justeru kepercayaan asal masyarakat Dayak dinamakan sebagai animisme atau pagan di luar Indonesia.[12]

Kristian

[sunting |sunting sumber]

Dalam lingkungan 2 abad yang lalu, ramai masyarakat Dayak mulai memeluk agama Kristian, disamping meninggalkan beberapa adat tradisional. Agama Kristian diperkenalkan oleh mubaligh Kristian di Borneo. Perbezaan agama antara penduduk Borneo pernah menyebabkan beberapa ketegangan agama sebelum ini.[13]

Islam

[sunting |sunting sumber]

Secara tradisinya, memeluk agama Islam di Borneo dianggap sebagaiMasuk Melayu, iaitu asimilasi dengan adat Melayu. Namun, terdapat juga beberapa kelompok Dayak yang mempunyai penganut agama Islam yang besar, namun sehingga ke hari ini menganggap diri mereka sebagai Dayak. Misalnya masyarakat Bakumpai yang memeluk agama Islam pada abad ke-19, dan mempunyai kekerabatan bahasa dan budaya yang erat dengan Orang Ngaju. Mereka melihat istilah Dayak secara baik dan menganggap diri mereka sebagai "Dayak Muslim".[14]

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Wanita Ma'anyan sewaktu Pesta Budaya Keang
    Wanita Ma'anyan sewaktu Pesta Budaya Keang
  • Seni dinding suku Kenyah
    Seni dinding suku Kenyah
  • Seorang lelaki Iban (Dayak Laut) daripada Sarawak dengan busana pahlawan
    Seorang lelaki Iban (Dayak Laut) daripada Sarawak dengan busana pahlawan
  • Sebuah Baluk di Kalimantan Barat, dewan keramaian masyarakat Bidayuh (Dayat Darat)
    SebuahBaluk di Kalimantan Barat, dewan keramaian masyarakat Bidayuh (Dayat Darat)
  • Seorang kanak-kanak perempuan Punan, terdapat beberapa puak Dayak dikenali melalui cuping telinga mereka yang dipanjangkan melalui anting-anting besi (1931-1932)
    Seorang kanak-kanak perempuan Punan, terdapat beberapa puak Dayak dikenali melalui cuping telinga mereka yang dipanjangkan melalui anting-anting besi (1931-1932)
  • Lansaran, permainan trampolin tradisional masyarakat Murut.
    Lansaran, permainan trampolin tradisional masyarakat Murut.
  • Seorang lelaki Dayak bertatu di tengah Borneo, beliau berkemungkinan berasal dari puak Ot Danum (1880-1920)
    Seorang lelaki Dayak bertatu di tengah Borneo, beliau berkemungkinan berasal dari puak Ot Danum (1880-1920)

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Jumlah dan Persentase Penduduk menurut Kelompok Suku Bangsa"(PDF).media.neliti.com. Kewarganegaraan, suku bangsa, agama dan bahasa sehari-hari penduduk Indonesia. Dicapai pada13 May 2022.
  2. ^"Population Distribution and Demography"(PDF).Malaysian Department of Statistics. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 13 November 2013.
  3. ^"Report for ISO 639 code: day".Ethnologue: Countries of the World. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 Oktober 2007.
  4. ^Chalmers, Ian (2006)."The Dynamics of Conversion: the Islamisation of the Dayak peoples of Central Kalimantan"(PDF).Asian Studies Association of Australia. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 7 March 2014. Dicapai pada3 December 2016.
  5. ^Tillotson (1994)."Who invented the Dayaks? : historical case studies in art, material culture and ethnic identity from Borneo".Open Research Library. Australian National University. Dicapai pada13 May 2022.
  6. ^"Dayak".Britanicca. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada13 May 2022.
  7. ^Avé, J. B. (1972). "Kalimantan Dyaks". Dalam LeBar, Frank M. (penyunting).Ethnic Groups of Insular Southeast Asia, Volume 1: Indonesia, Andaman Islands, and Madagascar. New Haven: Human Relations Area Files Press. m/s. 185–187.ISBN 978-0-87536-403-2.
  8. ^Adelaar, K. Alexander (1995). Bellwood, Peter; Fox. James J.; Tryon, Darrell (penyunting)."Borneo as a cross-roads for comparative Austronesian linguistics"(PDF).The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives (ed. online). Canberra, Australia: Department of Anthropology, The Australian National University: 81–102.ISBN 978-1-920942-85-4. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 29 Jun 2014. Dicapai pada29 Jun 2014.
  9. ^Sila rujuk senarai bahasa di"Borneo Languages: Languages of Kalimantan, Indonesia and East Malaysia".Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies, Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde (KITLV). Diarkibkan daripadayang asal pada 9 Februari 2012.
  10. ^Masri Singarimbun (1991)."Beberapa aspek kehidupan masyarakat Dayak".Humaniora.3: 139–151. Dicapai pada3 May 2022.
  11. ^Masri Singaribum."Beberapa Aspek Kehidupan Masyarakat Dayak".media.neliti. Dicapai pada3 May 2022.
  12. ^Baier, Martin (2007). "The Development of the Hindu Kaharingan Religion: A New Dayak Religion in Central Kalimantan".Anthropos.102 (2): 566–570.doi:10.5771/0257-9774-2007-2-566.JSTOR 40389742.
  13. ^Avé, Jan B.; King, Victor T. (1986).The People of the Weeping Forest: Tradition and Change in Borneo. Leiden, Netherlands:National Museum of Ethnology.ISBN 978-9-07131-028-7.
  14. ^Chalmers, Ian (2006). "The Dynamics of Conversion: the Islamisation of the Dayak peoples of Central Kalimantan". Dalam Vickers, A.; Hanlon, M. (penyunting).Asia Reconstructed: Proceedings of the 16th Biennial Conference of the ASAA. Wollongong, NSW: Australian National University.hdl:20.500.11937/35283.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Benedict Sandin (1967).The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule. Macmillan.
  • Derek Freeman (1955).Iban Agriculture: A Report on the Shifting Cultivation of Hill Rice by the Iban of Sarawak. H.M. Stationery Office.
  • Derek Freeman (1970).Report on the Iban. Bloomsbury Academic.
  • Eric Hansen (1988).Stranger in the Forest: On Foot Across Borneo. Vintage Books.ISBN 9780375724954.
  • Hans Schärer (2013).Ngaju Religion: The Conception of God among a South Borneo People. Springer Science & Business Media.ISBN 9789401193467.
  • Jean Yves Domalain (1973).Panjamon: I was a Headhunter. William Morrow.ISBN 9780688000288.
  • Judith M. Heimann (2009).The Airmen and the Headhunters: A True Story of Lost Soldiers, Heroic Tribesmen and the Unlikeliest Rescue of World War II. Houghton Mifflin Harcourt.ISBN 9780547416069.
  • Norma R. Youngberg (2000).The Queen's Gold. TEACH Services.ISBN 9781572581555.
  • Peter Goullart (1965).River of the White Lily: Life in Sarawak. John Murray.ISBN 0-7195-0542-9.
  • Raymond Corbey (2016).Of Jars and Gongs: Two Keys to Ot Danum Dayak Cosmology. C. Zwartenkot Art Books.ISBN 9789054500162.
  • St. John, Sir Spenser (1879).The life of Sir James Brooke: Rajah of Sarawak: From His Personal Papers and Correspondence. Edinburgh & London.
  • Syamsuddin Haris (2005).Desentralisasi dan Otonomi Daerah: Desentralisasi, Demokratisasi & Akuntabilitas Pemerintahan Daerah. Yayasan Obor Indonesia.ISBN 9789799801418.
  • Victor T King (1978).Essays on Borneo Societies. Oxford University Press.ISBN 9780197134344.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dayak&oldid=6685849"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp