Salad (Lactuca sativa) merupakan dalam keluarga daisiAsteraceae. Salad selalunya tumbuh sebagaisayur sayuran berdaun. Di kebanyakan negara, salad dimakan sejuk dan mentah di dalam hidangansalad,hamburger,taco, lain lain hidangan. Di beberapa tempat, seperti diChina, salad selalunya dimakan dengan memasak dan pentingnya batang pada sayuran sama seperti pentingnya daun. Nama Inggeris dan namaLatin bagi genusnya asalnya diambil daripada perkataanlac, perkataan Latin untuk "susu",[1] merujuk kepada jus tumbuhan tersebut yang "bersusu". Salah dijelaskan sejak berabad yang lalu sebagai sejenis tumbuhan penyejuk yang seimbang kepada bahan-bahan lain yang dicampurkan dalam salad.[2]
Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya denganzat besi,kalsium,fosforus,sodium,potasium,vitamin A dan C,mangnasium danzink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.
Salad yang kita lihat hari ini sebenarnya datang daripada rumput-rumpai yang dijumpai disekitar Mediterranean. Dihidangkan sejak lebih daripada 4500 tahun dahulu, daun salad sememangnya telah tercatt dalam sejarah- seperti yang dilihat pada lakaran-lakaran makam diMesir sehinggalah kepada penggambaran beberapa jenis dalam bahan peninggalan sejarahGreek. Christopher Columbus telah memperkenalkan daun salad kepada dunia moden.[3]