Daun salam ataudaunbay ialah daun harum yang sering dibuatherba dalam masakan. Ia boleh dipakai keseluruhannya, sama ada kering ataupun segar, yang mana ia akan dibuang dari hidangan sebelum dijamah, atau jarang-jarang dipakai dalam bentuk dikisar. Rasa yang daun ini berikan pada hidangan belum dipersetujui secara sejagat, namun ramai setuju yang ia tambahan yang tidak ketara.[1]
Daun salam dipakai dalam bermacammasakan di seluruh dunia, termasukIndia,Filipina,Eropah, danKaribia. Ia sering dipakai dalam hidangan sup, stu, daging, makanan laut, and sayuran. Daunnya harus dibuang dari makanan yang dimasak sebelum dimakan lantaran ia boleh melelas dalamsaluran pencernaan.
Sedang beberapa tumbuhan lain yang tampak sama mempunyai daun yang beracun, daun salam tidak toksik dan boleh dimakan tanpa kecederaan. Bagaimana pun, ia kekal keras, sungguhpun selepas dimasak dan boleh membawa bahaya tercekik dan mendatangkan kecederaan padasalur pencernaan jika ditelan bulat-bulat atau dalam cebisan besar.
Daun salam datang daripada beberapa tumbuhan semacam:
Daun dafnah (Laurus nobilis,Lauraceae). Daun salam yang kering atau segar dipakai dalam masakan untuk rasa dan wangiannya yang tersendiri. Daunnya harus dibuang daripada makanan yang dimasak sebelum dimakan. Daunnya sering dipakai untuk merencah sup, stu,tumis danpâté di banyak negara. Daun segarnya sangat lembut dan tidak menghasilkan rasa penuhnya sehinggalah beberapa minggu selepas dipetik dan dikeringkan.[2]
Daun salam California. Daun dari pokok salam California (Umbellularia californica, Lauraceae), turut dipanggilCalifornia laurel,Oregon myrtle, danpepperwood, menyamai daun salam Mediterranean tapi mengandungi toksinumbelulona, yang mendatangkanmetemoglobinemia.
Daun salam India ataumalabathrum (Cinnamomum tamala, Lauraceae) berlainan daripada daun salam dafnah, yang mana lebih pendek dan berwarna hijau cerah hingga menengah, dengan satu urat besar pada kepanjangan daunnya. Daun salam India dua kali ganda lebih panjang dan lebar, selalunya berwarnahijau zaitun, dan ada tiga urat merentasi kepanjangan daunnya. Dari segi kulinar, daun salam India agak berlainan, dengan adanya rasa dan wangian menyamaikulit kayu manis, tetapi lebih lembut.
Daun salam tempatan atau serai kayu (Syzygium polyanthum, Myrtaceae) tidak biasa ditemukan di luar dariNusantara; herba ini diterapkan pada daging dan, agak jarang, pada nasi dan sayuran.[3]
Daun salam India Barat, daun dari pokok salam India Barat (Pimenta racemosa, Myrtaceae) dipakai secara kulinar (khususnya dalam masakan Karibia) dan untuk membuatcologne yang dipanggilbay rum.
Daun salam digunakan untuk menambah aroma dan rasa untuk sup, stu, masakan tumis danpâtés dalam masakan Mediterranean. Ia juga bahan asas dalam masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar.