Rencana ini mengenai konsep yang dipanggil Darwinisme. Untuk evolusi biologi, sila lihatevolusi. Untuk teori evolusi moden, sila lihatsintesis evolusi moden.
Charles Darwin pada 1868.
Darwinisme ialah satu teori evolusi biologi yang dikembangkan oleh Charles Darwin dan lain-lain, menyatakan bahawa semua spesies organisme bangkit dan berkembang melalui pemlihan semula jadi bagi variasi kecil yang terwaris yang meningkatkan kebolehan individu untuk bersaing, mandiri, dan membiak. Juga dipanggil teori Darwin, teori ini pada asalnya menyertakan konsep luas bagitransmutasi spesies atau bagievolusi yang memperolehan penerimaan sains umum apabilaCharles Robert Darwin menerbitkanAsal Usul Spesies, termasuk konsep yang wujud sebelum teori-teori Darwin, tetapi kemudiannya merujuk konsep spesifikpemilihan semula jadi,sawar Weismann atau dalamgenetik,dogma memusat biologi molekul.[1] Sungguhpun ini biasanya hanya merujuk evolusi biologi, istilah ini telah digunakan olehkreasionis untuk merujukasal usul hidupan, dan juga telah digunakan untuk konsepevolusi kosmos, kedua-duanya tidak mempunyai sambungan dengan kerja Darwin. Maka ini dianggap seabgai kepercayaan dan penerimaan kerja milik Darwin, dan pendahulu-pendahulunya, di tempat teori-teori lain termasuk rekaan ketuhanan dan asal usul makhluk luar bumi.[2][3]
Erti "Darwinisme" telah berubah sepanjang masa, dan berubah-ubah bergantung pada konteksnya.[4] Di Amerika Syarikat, istilah "Darwinism" kerap digunakan olehkreasionis sebagai istilahpejoratif dalam rujukan kepada kepercayaan sepertinaturalisme ateistik, tetapi di United Kingdom, istilah ini tidak mempunyai konotasi negatif, bebas digunakan sebagai trengkas untuk badan teori yang berkenaan dengan evolusi, dan terutamanya, evolusi dengan pemilihan semula jadi.[5]
Istilah ini dicipta olehThomas Henry Huxley pada April 1860,[6] dan digunakan untuk memerihalkan konsep evolusi pada am, termasuk konsep-konsep awal sepertiSpencerisme. Ramai penyokong Darwinisme pada masa itu, termasuk Huxley, mempunyai keraguan tentang keertianpemilihan semula jadi, dan Darwn sendiri memberikan kepercayaan kepada yang kemudian dipanggilLamarckisme.Neo-Darwinisme yang sebenarnya daripadaAugust Weismann memperoleh beberapa orang penyokong pada hujung abad ke-19. Semasa tempoh ini, yang telah dipanggil "gerhana Darwinisme", ahli sains mencadangkan beberapa mekanisme evolusi alternatif yang kemudiannya dibuktikan tidak boleh dipertahankan. Perkembangansintesis evolusi moden dari 1930-an hingga 1950-an, menggabungkan pemilihan semula jadi dengangenetik populasi dangenetikMendel, menghidupkan Darwinisme semula dalam bentuk terkemas kini.[7]
Sementara istilah ini telah kekal digunakan dalam kalangan pengarang sains apabila merujuk teori evolusi moden, ini semakin dihujahkan bahawa Darwinisme ialah istilah tidak sesuai untuk teori evolusi moden.[5][8] Contohnya, Darwin tidak terbiasa dengan kerjaGregor Mendel,[9] dan lalu hanya kabur dan mempunyai kefahaman tidak tepat bagiketurunan. Beliau begitu sahaja tidak mempunyai bayangan bagi perkembangan lebih terkini dan, seperti diri Mendel, tidak mengetahuihanyutan genetik sebagai contoh.[10]