Darurat di Malaysia merupakan penguatkuasaan hasil proklamasi darurat yang diumumkan olehYang di-Pertuan Agong selaku ketua negara diMalaysia yang tertakluk di bawahPerkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ia akan diisytiharkan sekiranya terdapat sesuatu yang menyebabkankeselamatan, ataupertumbuhan ekonomi, atauketenteraman awam terancam berlaku di Malaysia.[1]
Sebelum merdeka, Malaysia yang ketika itu merupakanTanah Melayu atauMalaya telah diisytiharkandarurat olehpentadbiran British. Ia bertujuan bagi membendung kegiatanpolitik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkanParti Komunis Malaya (PKM), selepas penyerahan Malaya daripada Jepun kepada British. Ia berkuat kuasa dari tahun 1948 hingga 1960.
Darurat yang pertama diisytiharkan di Malaysia selepas kemerdekaan ialah akibatkonfrontasi negara Indonesia akibat pembentukan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ia berlaku pada September 1964.
Pada 14 September 1966 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong diSarawak bertujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.[2] Ia berlaku setelah Ketua Menteri Sarawak ketika itu,Stephen Kalong Ningkan, tidak meletakkan jawatan selepas 21 daripada 42 orang anggotaDewan Undangan Negeri Sabah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadapnya.
Pada 15 Mei 1969 pula, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada13 Mei 1969.[2] Ia berlaku akibat berlakunya provokasi perkauman setelah berlangsungnyaPilihan raya umum Malaysia 1969.
Pada 8 November 1977, proklamasi darurat dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong diKelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan.[2] Ia berlaku setelah Menteri Besar Kelantan ketika itu, DatukMohamed Nasir, tidak meletakkan jawatan selepasDewan Undangan Negeri Kelantan meluluskanundi tidak percaya terhadapnya.
Darurat mengenai ancaman jerebu yang teruk pernah diisytiharkan di Malaysia. Pada September 1997, darurat telah diisytiharkan di Sarawak akibatjerebu yang teruk. Pada 11 Ogos 2005,Kuala Selangor danKlang pula telah diisytiharkandarurat.[3][4] Pada 23 Jun 2013 pula,Muar danLedang,Johor pula diisytiharkan darurat akibatindeks pencemaran udara yang terlalu tinggi.[5]
Berikutankemelut politik Malaysia danpandemik COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia,Muhyiddin Yassin telah menghadapYang di-Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020 untuk mencadang pengisytiharan darurat bagi seluruh negara. Walau bagaimanapun, cadangan awal tersebut ditolak.[6]
Pada 18 November 2020, proklamasi darurat diisytiharkan diParlimen Batu Sapi, Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekaligus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsung dalam waktu terdekat.[7] Kerusi Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong setelah Ahli Parlimennya,Liew Vui Keong meninggal dunia.[8]
Pada 16 Disember 2020 pula, proklamasi darurat diisytiharkan di dua tempat iaituParlimen Gerik, Perak danDUN Bugaya, Sabah sebagai langkah membendung penularan wabak sekali gus membatalkan pilihan raya kecil yang sepatutnya dilangsungkan dalam waktu terdekat.[9] Pilihan raya kecil dua kerusi berkenaan dijadualkan serentak pada 16 Januari 2021, setelah diisytiharkan kosong selepas wakil rakyat masing-masing,Hasbullah Osman (Gerik) danManis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia.[10][11]
Pada 12 Januari 2021,proklamasi darurat diisytiharkan di Malaysia keseluruhannya sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Ia diisytiharkan oleh Perdana Menteri setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.[12] Ia dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021. Sistem perundangandigantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri (DUN). Hal ini sekaligus menghalang penganjuran sebarangpilihan raya umum di Malaysia.[13]
|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)