Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja, bangsawan dan orang-orang kenamaan. Ia digunakan secara meluas diMalaysia,Brunei,Indonesia,Singapura danSelatanFilipina.
Malaysia, Brunei, Singapura dan beberapaProvinsi di Indonesia sering menjalankan istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran kehormat kepada para penerima.
Rencana ini merujuk kepada sistem yang digunakan diMalaysia dan diBrunei sahaja.
Darjah kebesaran Melayu adalah suatu sistem pengurniaan darjah kebesaran kepada seseorang yang dianggap berjasa kepada sesuatu negeri oleh Raja atau pemerintah. DiMalaysia danBrunei, darjah kebesaran masih digunakan secara meluas. Akan tetapi,Singapura yang mana kesultanannya telah dihapuskan oleh British pada tahun1891 telah mengguna pakai darjah kebesaran awam bagi pemimpin-pemimpin mereka.[1]
Berlainan sedikit denganIndonesia, walaupun ia adalah sebuah republik, tetapi ia masih mengiktiraf beberapa pemimpin kebakaan dan sistem-sistem aristokrat yang mana kebanyakannya menyokong gerakan kemerdekaan pada tahun 1945. Sebagai contoh, mendiang isteri Suharto adalahRaden Ayu Siti Hartinah bukan seperti sesetengah mengatakan bahawa beliau adalah Madame Suharto.
Pada masa ini, Malaysia, Brunei dan beberapa provinsi di Indonesia masih lagi menganugerahkan gelaran dan darjah kebesaran. Berikut merupakan apa yang khusus untuk sistem Malaysia. Rujukan untuk Brunei dan Indonesia diberi apabila ia bersangkut paut.
Di Malaysia, semua gelaran bukan berasaskan keturunan boleh dianugerahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Setiap gelaran mempunyai suatu bentuk gelaran yang boleh digunakan oleh isteri pemegang gelaran berkenaan. Bentuk ini tidak boleh digunakan oleh suami yang mempunyai isteri yang telah dianugerahkan gelaran; tetapi tidak sebaliknya.
Turutan ini seharusnya digunakan apabila hendak membuat satu panggilan nama seseorang seperti berikut:-
Cara penganugerahan, pangkat profesional, gelaran diraja, gelaran persekutuan, gelaran negeri, gelaran keturunan bukan diraja, Doktor (perubatan atau falsafah), Haji/Hajah (Jawi: حاج/حاجة ) (bagiMuslim lelaki dan wanita yang telah menunaikanhaji), Nama.
"Kaedah" yang dibawa oleh kebaikan gelaran diraja dan bangsawan diraja biasanya berjaya menundukkan gelaran bukan diraja. Kerabat diraja lelaki mungkin menggunakan nama "al-Haj" (الحج) kepada nama mereka jika dibandingkan dengan menggunakan "Haji".
Susunan yang betul untuk menulis dan membahasakan secara rasmi adalah: panggilan hormat, pangkat, gelaran turun temurun kerabat diraja, gelaran bangsawan, gelaran Persekutuan, gelaran negeri, kelayakan profesional, gelaran badan profesional, gelaran profesional, gelaran turun temurun bukan kerabat diraja, gelaran bagi mereka yang telah menunaikanHaji, iaituHaji (gelaran) atau Hajah bagi wanita, nama.[perlu rujukan]
Yang Di-Hormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Seri Dr.Abdullah Fadzil Che Wan
Bagi penerima darjah kebesaran dari pelbagai negeri, gelaran darjah kebesaran digunakan ketika berada di negeri berkenaan. Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia.
Mahiaddin Yasin
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Persekutuan, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, Terengganu)
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Kedah, Perak)
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Negeri Sembilan)
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Perlis)
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Melaka)
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Sabah)
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Sarawak)
Ismail Sabri Yaakob
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Persekutuan)
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ismail Sabri bin Yaakob (Melaka)
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri bin Yaakob (Sabah)
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Ismail Sabri bin Yaakob (Sarawak)
Terdapat juga gelaran yang digunakan oleh kerabat diraja yang mengatasi gelaran orang kebanyakan. Contohnya Al-Haj digunakan oleh Raja-raja Melayu dan kerabat diraja sebagai tanda kemuliaan bagi menggantikanHaji (gelaran) bagi orang kebanyakan.
Bagi paramurabbi ataumuallim yang mempunyai kelayakan dalam suatu bidang, mereka akan menggunakan gelaran seperti Al-Hafiz bagi penghafaz Al-Quran, Al-Muqri bagi individu yang mengetahui dan memperolehi kebanyakan bacaan qiraat (sab'ah/'asyarah sughra/'asyarah kubra) secara talaqqi musyafahah dan kemudian mengajarkannya dan Al-Qari bagi individu yang bertalaqqi musyafahah riwayat qiraat, mengetahui ilmu tajwid, waqaf & ibtida', menekuni riwayat tersebut tetapi tidak mengajarkannya.
Digunakan sebagai gelaran bagiYang di-Pertuan Agong danRaja Permaisuri Agong berdasarkan gelaran Sultan di negeri masing-masing. Gelaran ini turut digunakan bagi Pemangku Raja bagi negeri yang sultannya menjadi Yang di-Pertuan Agong
Digunakan untuk Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri serta digunakan oleh Suri Pemerintah atau Pemangku Raja di Negeri-negeri berikut: Perlis, Perak, Selangor sekiranya sultan negeri tersebut menjadi Yang di-Pertuan Agong (kebiasaannya "Duli Yang Maha Mulia");
Untuk gelaran Raja-raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Perempuan, Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan dan Yang Maha Mulia Che Puan Besar). Juga digunakan sebagai gelaran kehormat untuk Pemangku Raja Kelantan.
Untuk pewaris takhta bergelar Raja Muda di Perlis,Kedah,Selangor dan Perak serta Yang di-Pertuan Muda di Terengganu dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");
Untuk pewaris takhta yang bergelar Tunku Mahkota Johor serta pewaris-pewaris takhta kedua yang bergelar Raja Muda Johor,Raja di-Hilir Perak dan Tunku Mahkota Kedah.
Untuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Kelantan, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, danUndang (luak diNegeri Sembilan).
Untuk keluarga kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak angkat dan adik-beradik serta saudara mara)walaupun di gelar anak angkat, tetapi dikira secara sah di sisi undang-undang dan agama serta anak angkat di gelar kepada anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak kandung sultan, di beri peruntukan khas diraja bulanan sepanjang hayat termasuk isteri, anak-anak dan cucunya dan elaun-elaun khas setiap tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan nama keturunan Yang Amat Mulia atau ringkasnya Yang Mulia boleh di turun kepada anak-anak kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat sultan iaitu anak kandung mahupun anak angkat. Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak angkat sultan mahupun anak kandung sultan termasuk isteri dan cucu bagi kerahat diraja, tetapi bahasa istana dan adat budaya wajib menjunjung adab-adab diraja sebagai tanda hormat keatas keluarga diraja dan raja-raja melayu. anak sultan walaupun anak angkat mengikut akta diraja adalah sah sepanjang hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana, tinggal di istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak. Yang Amat Mulia juga diguna pakai bagi isteri pasangan Undang. Gelaran rasmi ialah Yang Amat Mulia Tok Puan (ikut luak pasang)
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia
Untuk di Negeri Sembilan, gelaran itu digunakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Undang Yang Empat di Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia Dato' Undang Yang Empat ini berperanan dalam pemerintahan di luak masing-masing seperti di Luak Johol, Luak Sungei Ujong, Luak Jelebu dan Luak Rembau dan Raja Memerintah bersama bagi Negeri Sembilan sebagaimana Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan berkenaan Takrif Raja/Pemerintah bagi Negeri Sembilan.
Untuk kerabat diraja yang bergelar (Raja,Tengku,Tunku,Engku,Ungku, (Syed untuk lelaki danSharifah untuk wanita dengan nama belakangJamalullail untuk Kerabat Diraja Perlis sahaja), (Megat dan Puteri untuk kerabat perak) paduka anakanda dan cucunda Raja-raja bergelar atau kerabat terdekat serta suku waris dari Luak Undang berempat di Negeri Sembilan.
Gelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja diMalaysia dan keluarga berajaBrunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) (Jawi: دولي يڠ مها ملويا) digunakan untuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan pemerintah Negeri-negeri beraja. Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan "Seri Paduka Baginda"(Jawi: سري ڤدوک بݢيندا). Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran lain adalah mengikut negeri-negeri.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا يڠدڤرتوان أݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
Kebawah Duli Yang Maha MuliaTimbalan Yang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا تيمبلن يڠدڤرتوان أݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi timbalan ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaRaja Permaisuri Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيمدا راج ڤرمايسوري اݢوڠ) ialah gelaran rasmi bagi isteri ketua utama Malaysia.
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Undang (Jawi: يڠ ترامت موليا داتوء اوندڠ) ialah gelaran rasmi bagi Raja memerintah bersama bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar (Jawi: دولي يڠ مها موليا تونکو امڤون بسر) ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintahNegeri Sembilan yang berketurunan raja.
Duli Yang Teramat Mulia Che' Ampuan Besar (Jawi: يڠ ترامت موليا چ امڤوان بسر) ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Negeri Sembilan yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Amat Mulia To’ Puan (Jawi: يڠ امت موليا توق ڤوان). ialah gelaran rasmi bagi isteri Pemerintah bersama bagi Negeri Sembilan iaitu Undang yang Empat.
Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (Jawi: يڠ مها موليا تونکو امڤوان) ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar (Jawi: يڠ مها موليا تونکو ڤوان بسر) juga ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
Anak bagi pemerintah Negeri Sembilan dipanggil Yang Amat Mulia Tunku (Jawi: يڠ امت موليا تونکو).
Anak lelaki pertama kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kebiasaannya dilantik sebagaiTunku Besar Seri Menanti dengan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti (Jawi: يڠ امت موليا تونکو بسر سري مننتي)
Yang Teramat MuliaTunku Besar Tampin (Jawi: يڠ ترامت موليا تونکو بسر تمڤين) pula ialah pemerintah di Luak Tampin yang dipimpin oleh keluarga berketurunan al-Qadri. Pasangan mereka yang berasal dari kerabat diraja dipanggil Yang Mulia Tunku Isteri (Jawi: يڠ موليا تونكو استري) manakala yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa) dipanggil Yang Mulia Cik Puan Isteri (Jawi: يڠ موليا چ ڤوان استري)
Yang Mulia Tunku (Jawi: يڠ موليا تونكو) ialah gelaran bagi kerabat jauh dan Anak Raja Bergelar iaitu Tunku Alang, Tunku Imam, Tunku Kecil Besar dan Tunku Kecil Muda.
Yang Mulia Waris (Jawi: يڠ مليا واريث) ialah gelaran bagi suku pewaris bagi intitusi Undang yang Empat.
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang berketurunan raja.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Teramat Mulia Che' Puan Besar ialah gelaran bagi isteri kedua pemerintah Selangor yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Maha Mulia Tengku Ampuan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja,yang berketurunan raja.
Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja ialah gelaran bagi bonda Sultan yang tidak ditabalkan sebagai Tengku Ampuan.
Yang Amat Mulia Permaisuri ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian raja yang bukan berketurunan raja.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berketurunan raja
Yang Teramat Mulia Che' Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Anak bagi pemerintah Selangor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.
Kerabat bergelar Orang Besar Istana yang bertanggungjawab terhadap sebarang istiadat yang melibatkan istana digelar sebagai Yang Dimuliakan Tengku. Pasangan mereka akan dikurniakan rujukan awalan kehormat To’ Puan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Kelantan.
Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Maha Mulia Raja Perempuan pula ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Anak bagi pemerintah Kelantan yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku. Sekiranya seseorang itu memegang sesetengah jawatan dalam Istana, mereka dipanggil Yang Berhormat Mulia Tengku.
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan ialah gelaran pemerintah Johor.
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri ialah gelaran rasmi bagi isteri sultan yang berketurunan raja berstatus puteri langsung kepada seorang sultan di luar dari susur galur darah keturunan Kesultanan Johor.
Duli Yang Maha Mulia Sultanah ialah gelaran rasmi bagi isteri sultan sama ada berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa) atau kerabat diraja yang bukan berstatus anak sultan/raja pemerintah.
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) ialah gelaran bagi pasangan Sultan jika berasal dari susur galur darah keturunan Kesultanan Johor.
Yang Amat Mulia Tunku Puan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
Yang Amat Mulia Enche' Besar ialah gelaran bagi bonda Sultan yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota ialah gelaran baharu bagi pasangan pewaris takhta yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa), menggantikan gelaran Che’ Puan Besar.
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda ialah anak pertama kepada pewaris takhta.
Anak bagi pemerintah Johor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tunku.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah ialah gelaran pemerintah Perak.
Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang berketurunan diraja.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri ialah gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Teramat Mulia Raja Puan ialah gelaran rasmi bagi isteri kedua pemerintah Perak yang berketurunan diraja.
Yang Teramat Mulia Che’ Puan ialah gelaran rasmi bagi isteri kedua pemerintah Perak yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Maha Mulia Raja Perempuan ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami,yang berketurunan raja
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami,yang berasal dari orang kebanyakan (rakyat biasa).
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berketurunan raja.
Duli Yang Teramat Mulia Che’ Puan Besar ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar (berdarah diraja) dan Yang Teramat Mulia Che’ Puan Besar (orang kebanyakan) ialah gelaran rasmi balu kepada Raja Muda.
Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir ialah gelaran bagi pewaris takhta kedua.
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta kedua yang berketurunan raja.
Duli Yang Amat Mulia Che’ Puan Muda ialah gelaran bagi isteri pewaris takhta kedua yang berasal daripada orang kebanyakan (rakyat biasa).
Yang Amat Mulia Raja Puan Muda (berdarah diraja) dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Muda (orang kebanyakan) ialah gelaran rasmi balu kepada Raja Di-Hilir.
Anak bagi pemerintah Perak yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Raja/Engku.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri (Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا راج ايستري) ialah gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang pertama.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن ايستري) ialah gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang lebih muda.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan (Jawi: کباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري بݢاوان سلطان) ialah gelaran bagi bekas Sultan yang masih hidup.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Suri Seri Begawan Raja (Jawi: كباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سوري سري بݢاوان راج) ialah gelaran rasmi bagi bonda Sultan.
Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai Pengiran (Jawi: ڤڠيرن):
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا مهکوتا) ialah gelaran bagi pewaris takhta.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا) pula ialah gelaran bagi putera kepada Sultan
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن مودا) ialah gelaran bagi putera kepada Pengiran Muda Mahkota
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ڤوتري) ialah gelaran bagi puteri kepada Sultan,
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ايستري) ialah pasangan kepada Pengiran Muda Mahkota
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق ايستري) ialah pasangan kepada Pengiran Perdana Wazir
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ امت موليا ڤيرن انق ايستري) ialah pasangan kepada putera Sultan yang lain.
Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi puteri kepada Pengiran Muda Mahkota
Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق)ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi menantu Sultan yang dinaikkan kemuliaan.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق) bagi keluarga diraja yang lebih rendah pada peringkat Cheteria.
Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk cicit dan piut Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan Pengiran sahaja.
Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق), dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.
Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar Pengiran Isteri (Jawi: ڤڠيرن ايستري).
Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar Pengiran Bini (Jawi: ڤڠيرن بيني).
Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar Awangku (Jawi: اوڠکو) bagi lelaki dan Dayangku (Jawi: دايڠکو) bagi perempuan[4]
Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera (Jawi: تڠکو ڤوترا) bagi lelaki dan Tengku Puteri (Jawi: تڠکو ڤوتري) bagi perempuan.
Tuan/Puan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri (Jawi: توان/ڤوان يڠ تراوتام) pula bukan gelaran diraja, tetapi ialah nama bagi pemerintah negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, rujukan kehormat yang digunakan adalah Yang Terutama.
Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. (kebiasaannya "Tuan Yang Terutama"). Ia juga digunakan keatas ketua kerajaan negara asing dan Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara di Malaysia.
Ia digunakan ke atas ketua kerajaan negara asing atau Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar dari kalangan wanita yang mewakili negara masing-masing ketika berada di Malaysia.
(Panggilan ini tidak digunakan dalamDewan Negara/Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri kepada Menteri Besar, Premier atau Ketua Menteri yang juga adalahAhli Parlimen/ADUN, sebaliknya YB (nama kawasan Parlimen atau DUN yang diwakili digunakan)).
Untuk dari kalangan yang berketurunanRaja danSultan yang pemerintah sebuah Kerajaan atau Kesultanan dankerabat diraja yang bergelar bangsawan diraja di Malaysia sahaja.
Pasangan pegawai kanan Persekutuan termasuklah antaranya Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian dan lain-lain yang tidak bergelar.
Pasangan Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar
Pasangan Yang Berhormat, Yang Amat Arif, Yang Arif, Yang Dihormati, Yang Berbahagia, Yang Amat Setia, Sahibus Samahah, Sahibul Fadhilah dan Sahibus Saadah.
Isteri kepada penerimaDarjah kebesaran negeri Johor yang dikurniakan olehSultan Johor, yang suaminya bergelar Yang Berhormat Dato' contohnya, Yang Dihormati Datin yang namanya dengan Dato' nama suami atau Datin nama keluarga suaminya dibelakang namanya
Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran persekutuan. Sebahagian mungkin membawa gelaran persekutuan yang berikut. Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan. Gelaran persekutuan mungkin boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mungkin boleh dikembalikan oleh seorang individu.
Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun ialah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima berkelayakkan dan paling berjasa yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.
Tun ialah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama adaSeri Maharaja Mangku Negara (SMN) atauSeri Setia Mahkota (SSM). Gelaran untuk isteriTun adalahToh Puan. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaranTun yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.
Tan Sri ialah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberikan kepada penerima sama adaPanglima Mangku Negara (PMN) danPanglima Setia Mahkota (PSM). Isteri bagiTan Sri adalahPuan Sri. Penerima gelaranTan Sri yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Datuk ialah gelaran persekutuan yang mula diperkenalkan pada 1965. Ia terhad kepada penerimaPanglima Jasa Negara (PJN) danPanglima Setia Diraja (PSD). Isteri seorangDatuk digelarDatin. Penerima gelaranDatuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.
Gelaran Pehin Sri ialah gelaran yang diperkenalkan oleh Sarawak yang hanya dianugerahkan kepada individu yang pernah dilantik dan ialah bekas Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia, Yang di-Pertua Negeri atau setaraf atau lebih tinggi. Pehin Seri ialah gelaran bagi penerimadarjah Satria Bintang Sarawak (SBS).
Seri Setia ialah gelaran baharu yang diperkenalkan oleh Melaka yang hanya dianugerahkan kepada individu yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka atau setaraf atau lebih tinggi, yang menerimaDarjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM).[6]
Di Malaysia, darjah kebesaran negeri danWilayah Persekutuan dikurniakan oleh ketua bagi setiap 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Gelaran-gelaran adalah suatu kehormatan dan bukan pewarisan. Gelaran negeri boleh ditarik semula atau digantung oleh ketua negeri atau dipulangkan semula secara perseorangan. Dato' Sri atau Dato' Seri (sesetengah Dato’ dieja dengan Datuk bagi sesetengah negeri) ialah gelaran tertinggi yang diberikan oleh penerima yang telah menyumbang sesuatu kepada negara dan negeri. Isteri penerima gelaran digelar Datin Sri atau Datin Seri.
Pehin pula ialah gelaran yang diberikan pada pangkal nama seorang Manteri Berchiri. Sebagai contoh gelaran di Brunei ialah Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei yang kini ialah Penasihat Khas Sultan Brunei.[9][10] Gelaran ini merujuk kepada jawatan tradisional manteri di Brunei.