Darjah Lenin (Bahasa Rusia: Орден Ленина,Orden Lenina) ialahdarjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh negaraKesatuan Soviet, sempena namaVladimir I. Lenin yang merupakan pemimpinRevolusi Oktober Rusia. Darjah ini dikurniakan untuk:
- Orang awam yang menunjukkan khidmat luar biasa untuk Negara,
- Anggota tentera yang menjadi contoh,
- Mereka yang menggalakkan persahabatan dan kerjasama antara rakyat serta memperkukuhkan keamanan
- Mereka yang menunjukkan khidmat terpuji bagi negara Soviet dan masyarakat
Dari tahun1944 hingga1957, sebelum kewujudan pingat khidmat lama yang tertentu, darjah ini juga digunakan untuk penganugerahan 25 tahun perkhidmatan cemerlang tentera.
Mereka yang dianugerahkan gelaran "Wira Kesatuan Soviet" dan "Wira Pekerja Sosialis" juga diberikan darjah ini sebagai sebahagian dari anugerah. Ia juga dikurniakan padabandar raya,syarikat,kilang,wilayah,unit tentera dankapal. Entiti korporat, perkilangan, pelbagai pusat pendidikan dan unit tentera yang menerima Darjah tersebut berhak memakai nama penuh darjah itu sebagai gelaran rasmi mereka.
Darjah ini telah dizahirkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada6 April1930.