| Darjah Bunga Kekwa | |
|---|---|
| 菊花章 | |
| Jenis | Darjah kebesaran |
| Dizahirkan | 27 Disember 1876 |
| Negara | Jepun |
| Susunan keutamaan | |
| Lebih rendah | Darjah Bunga Paulownia |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Darjah Yang Maha Utama Chrysanthemum (大勲位菊花章,Dai-kun'i kikka-shō, secara harfiahnyaDarjah Tertinggi Lencana Bunga Kekwa) merupakandarjah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerahJepun. Grand Cordon of the Order (Selempang Utama Darjah) telah dizahirkan pada tahun 1876 olehMaharaja Meiji; kalung Darjah telah ditambah pada 4 Januari 1888. Walaupun secara teknikalnya darjah tersebut hanya mempunyai satu kelas, ia boleh dianugerahkan "bersama kalung," yang bermaksud rantai, atau "bersama selempang utama," disertai oleh selepang. Tidak seperti negaraEropah, darjah ini boleh dikurniakan selepas mati.
Selain daripadaKerabat Imperial, hanya enam warga Jepun yang pernah dikurniakan bersama kalung disepanjang hayat mereka; penerima anugerah terakhir ini ialah mantanPerdana MenteriSaionji Kinmochi pada tahun 1928. Tujuh orang lagi telah dikurniakan secara anumerta bersama kalung itu; penerima anugerah terakhir ini ialah mantan Perdana MenteriSato Eisaku pada tahun 1975. Hari ini, hanyaMaharaja yang memerintah memegang penghormatan ini sebagai darjah maharaja; walau bagaimanapun, pengecualian telah dibuat untukketua-ketua negara asing, yang boleh dikurniakan kalung itu sebagai tanda persahabatan.
Selempang Utama ialahdarjah kebesaran tertinggi Jepun yang boleh dikurniakan kepada warga Jepun semasa hayat mereka. Selain daripada Kerabat Imperial, hanya 21 grand cordon telahpun dikurniakan kepada warga yang masih hidup dan 29 lagi kepada yang sudah mati.

Kalung darjah telah diperbuat dari emas, dan bercirikankanji untuk "Meiji," dalam bentuk klasik, menunjukkan era penubuhan darjah tersebut. Ia dihiasi dengan bunga kekwa emas dan dedaun enamel hijau.
Selepanggrand cordon berwarna merah dengan jalur tepi berwarna biru gelap. Ia dipakai pada bahu kanan.
Bintang darjah serupa dengan Lencana, tetapi dari perak, tanpa pautan chrysanthemum, dan berbentuk bucu lapan yangbersadur emas (dengan pancaran-pancaran enamel putih dan disk matahari berenamel merah) yang terletak di tengah. Ia dipakai pada kiri dada.
Lencana darjah berbentuk empat bucu yangbersadur emas dengan pancaran-pancaran enamel putih; di tengah-tengah terdapat disk matahari berenamel merah. Disetiap penjuru terletak empat lencana kecil bunga kekwa enamel kuning berserta dedaun kekwa berenamel hijau. Lencana ini berpaut pada motif (sederhana besar) bunga kekwa enamel kuning, samada pada kalung atau pada grand cordon.
| Bar reben | |
|---|---|
Kalung | Grand Cordon |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanDarjah Bunga Kekwa |