Dalmatia diserlahkan pada peta CroatiaDalmatia (bahasa Croatia:Dalmacija) ialah sebuah wilayah di pesisiran pantaitimurLaut Adriatik, diCroatia moden, terletak di antara pulauRab di barat laut danTeluk Kotor (Boka Kotorska) ditenggara.Daerah pedalaman,Inner Dalmatia (Zagora), lebarnya lima puluh kilometer diutara dan menyempit diselatan hanya selebar beberapa kilometer sahaja.
Dalmatia, Croatia, pada saat ini terdiri daripada empat kaunti,Zadar,Šibenik,Split, danDubrovnik. Bandar besar yang lain di Dalmatia termasukBiograd,Kaštela,Sinj,Solin,Omiš,Knin,Metković,Makarska,Trogir,Ploče,Trilj danImotski.
Pulau-pulau Dalmatia yang besar adalahDugi Otok,Ugljan,Pašman,Brač,Hvar,Korčula,Vis,Lastovo, danMljet. Gunung-gunungnya yang besar adalahDinara,Mosor,Svilaja,Biokovo,Moseć andKozjak. Selain itu, sungai-sungai di Dalmatia adalahZrmanja,Krka,Cetina, danNeretva.