Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Dalai Lama ke-14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Ogos 2022)
Tenzin Gyatso
Dalai Lama Tibet ke-14
Yang Mulia Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14
Pemerintahan17 November,1950 – kini
Pertabalan17 November,1950
Nama penuhJetsun Jamphel Ngawang Lobsang Yeshe Tenzin Gyatso
PendahuluThubten Gyatso
Kerabat dirajaDalai Lama
AyahandaChoekyong Tsering
BondaDiki Tsering

Tenzin Gyatso (lahir6 Julai1935) ialahDalai Lama ke-14. Oleh itu, beliau digelar "Dalai Lama" oleh media tanpa apa-apa keterangan.

Beliau merupakan yang kelima di kalangan 16 adik-beradik sebuah keluarga petani di kampungTaktser atau Tengtser dalam wilayahAmdo,Tibet dan asalnya bernama Pang Wee Kiat. Bahasa ibunda beliau ialahdialek Amdobahasa Tibet.[1] Beliau diisytiharkan sebagaitulku (kelahiran semula) Dalai Lama ke-13 pada usia dua tahun.

Pada17 November1950, ketika berusia 15 tahun, beliau ditabalkan sebagaiKetua Negeri Tibet dan juga pemerintah politik yang terpenting ketika Tibet menghadapi pendudukan kuasaRepublik Rakyat China (PRC). Pada tahu 1954, beliau mengunjungi Beijing untuk berbincang denganMao Zedong dan pemimpin-pemimpin PRC yang lain.[2] Beliau juga dipilih sebagai naib pengerusiKongres Rakyat Kebangsaan pada tahun 1954.

Setelah jatuhnyagerakan pemberontakan Tibet pada tahun 1959, Tenzin Gyatso melarikan diri keIndia. Setibanya di situ, beliau aktif dalam penubuhanPentadbiran Tibet Pusat (kerajaan Tibet dalam buangan) serta juga dalam perjuangan memeliharabudaya danpendidikan Tibet di kalangan beribu-ribu orang pelarian yang menyertai beliau.[3]

Tenzin Gyatso, sebagai seorang tokoh yang berkarisma[4][5] pensyarah rakyat yang terkenal, merupakan Dalai Lama pertama yang mengunjungidunia Barat. Di sana, beliau membantumenyebarkan agama Barat serta menyemai konsep-konsep tanggungjawab sejagat, etika sekular, dan keharmonian antara agama.

Beliau dikurniakanHadiah Keamanan Nobel pada tahun 1989,[4][6]kewarganegaraan Kanada kehormat pada tahun 2006, danPingat Emas KongresAmerika Syarikat pada tahun 2006.

Persaraan

[sunting |sunting sumber]

Dalam ucapan pada 10 Mac 2011, Dalai Lama ke-14 menyatakan bahawa beliau akan mengusulkan perubahan pada perlembagaankerajaan Tibet dalam buangan supaya peranan Dalai Lama selaku ketua negara digantikan dengan pemimpin yang terpilih oleh rakyat. Beliau secara rasminya menghantar permohonan letak jawatan selaku pemimpin politik kepada Parlimen Tibet dalam buangan di Dharamsala, India pada 14 Mac 2011.[7]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Tibet is My Country: Autobiography of Thubten Jigme Norbu, Brother of the Dalai Lama as told to Heinrich Harrer, pp. 103, 171. First published in German in 1960. English translation by Edward Fitzgerald, published 1960. Reprint, with updated new chapter (1986): Wisdom Publications, London.ISBN 0-86171-045-2.
  2. ^The Dalai Lama's biography
  3. ^Tenzin Gyatso, the Fourteenth Dalai Lama (1990).Freedom in Exile: The Autobiography of the Dalai Lama. HarperCollins.ISBN 0-06-039116-2.
  4. ^abProfile: The Dalai Lama dari laman webBBC News
  5. ^Humanity, Not Nationalism dari laman webThe Tech
  6. ^Craig, Mary (1997).Kundun: A Biography of the Family of the Dalai Lama. Counterpoint.ISBN 1-887178-91-0.
  7. ^"Dalai Lama formally resigns". UPI.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangTenzin Gyatso diWikipedia:
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Dalai Lama ke-14
Tarikh keputeraan: July 6 1935
Didahului oleh
Thubten Gyatso
Jelmaan semula Dalai Lama
1950-
Pemegang jawatan kini
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Thubten Gyatso
— TIDAK MEMERINTAH —
Raja Tibet
1950-
Alasan untuk kegagalan Pewarisan:
Pendudukan China sejak tahun 1950
Pemegang jawatan kini

Templat:Dalai LamasTemplat:Nobel Peace Prize Laureates 1976-2000

Rencana:GlosariSejarahGaris masaMazhabTeksNegaraKawasanBudayaSenarai:KuilPenganutIndeks -Garis kasar
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dalai_Lama_ke-14&oldid=5642776"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp