Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

DVD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaDVD-ROM)
DVD
Logo DVD
Sebelah baca/tulis DVD-R
Jenis media:Cakera optik
Muatan:~4.7GB (lapisan tunggal ), ~8.54GB (single-sided double-layer)
Mekanisme baca:650 nm laser, 1350 kB/s (1×)
Mekanisme tulis:1350 kB/s (1×)
Penggunaan:Data storage, audio, video, games

DVD (juga dikenali sebagai "Digital Versatile Disc" atau "Digital Video Disc" - lihatEtimologi) ialah sejenis format mediastorancakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpananvideo dandata. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat (CD) tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.

Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera: DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis,DVD-R danDVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM, manakalaDVD-RAM,DVD-RW, atauDVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali. Jarak gelombang yang digunakan oleh laser DVD biasa adalah 650 nm.[1]

Cakera-cakeraDVD-Video danDVD-Audio masing-masing merupakan kandungan video dan audio yang diformat dan distrukturkan dengan sebetulnya. Jenis-jenis DVD yang lain, termasuk yang mengandungi video, boleh dipanggil cakera DVD-Data. Istilah "DVD" selalunya disalahgunakan untuk memaksudkan format cakera optikdefinisi tinggi secara amnya, sepertiBlu-ray danHigh Definition DVD (namun HD DVD kini sudah lapuk). Kesannya, DVD yang asal kadang-kala dipanggil Standard Definition DVD (untuk "definisi biasa").[2]

DVD-R bercelup ungu.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan; salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc yang didukungPhilips danSony, dan yang satu lagi merupakanSuper Density disc yang disokongToshiba,Time Warner,Matsushita Electric,Hitachi,Mitsubishi Electric,Pioneer,Thomson, danJVC. PresidenIBM,Lou Gerstner selaku tukang risik, memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnyaperang format pita video antaraVHS danBetamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.

Philips dan Sony meninggalkan MultiMedia Compact Disc mereka lalu menerima SuperDensity Disc Toshiba sepenuhnya dengan hanya satu pengubahsuaian, iaitu bertukar kepada pemodulatanEFMPlus. EFMPlus dipilih kerana amat kuat menahan kerosakan cakera seperti kesan calar dan cap jari. EFMPlus rekaanKees Immink yang juga merekaEFM ini adalah 6% kurang cekap berbanding teknik modulasi yang asalnya digunakan oleh Toshiba, yang menghasilkan muatan sebanyak 4.7 GB berbanding 5 GB yang asal. Hasilnya adalah spesifikasi DVD yang memuktamadkan pemain wayang DVD dan aplikasi komputer DVD-ROM pada Disember 1995.[3] Pada bulan Mei 1997,Konsortium DVD diganti olehForum DVD yang terbuka kepada semua syarikat lain.

Nama

[sunting |sunting sumber]

"DVD" mula-mulanya digunakan sebagaisingkatan bagi istilah tidak rasmidigital videodisk.[4] Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan, bahawa huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untukdigital versatile disc ("cakera serba guna digital", kerana mengambil kira aplikasi selain video),[5] namun, teks siaran akhbar yang mengumumkan penetapan spesifikasi hanya memanggil teknologi itu sebagai "DVD" tanpa menyebut apa yang dimaksudkan huruf-huruf itu.[3]

Dokumen-dokumen spesifikasi DVD rasmi tidak pernah sekalipun mendefinisikan DVD.

Di laman webForum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah seperti berikut: "Kata kuncinya ialah 'versatil.' Cakera serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat hebat -- segalanya dalam sekeping cakera."[6]

Muatan DVD

[sunting |sunting sumber]
Muatan lapisan tunggalMuatan lapisan ganda
saiz fizikalGBGiBGBGiB
12 cm, sebelah4.74.378.547.95
12 cm, dua belah9.48.7417.0815.90
8 cm, sebelah1.41.302.62.42
8 cm, dua belah2.82.615.24.84

Jenis 12 cm adalah DVD standard, manakala jenis 8 cm dikenali sebagaimini-DVD, masing-masing sama saiznya seperti CD standard danmini-CD.

Perhatian: GB di sini ialahgigabait dlaam ertiSI, iaitu 109 (atau 1,000,000,000) bait; GiB pula digunakan untukgibibait, iaitu bersamaan dengan 230 (atau 1,073,741,824) bait. Kebanyakan sistem pengendalian komputer memaparkan saiz fail dalam gibibait,mebibait, dankibibait.

Contoh: Sekeping cakera dengan muatan 8.54 GB adalah bersamaan dengan:(8.54 × 1,000,000,000) / 1,073,741,824 ≈ 7.95 GiB.

Setiap sektor DVD mengandungi 2418 bait data, dari mana 2048 bait adalah data pengguna.

Perbandingan saiz: SekepingDVD+RWSony 12 cm dan pensel 19 cm.

Perhatian: Terdapat perbezaan kecil dalam muatan (ruang storan) format-format DVD lapisan ganda antara + dan -. Contohnya, cakera sebelah 12 cm bermuatan:

Jenis CakeraSektorbaitGBGiB
DVD-R SL2,298,4964,707,319,8084.74.384
DVD+R SL2,295,1044,700,372,9924.74.378
DVD-R DL4,171,7128,543,666,1768.57.957
DVD+R DL4,173,8248,547,991,5528.57.961

Tatanama muatan

[sunting |sunting sumber]

Lima jenis DVD yang asas dinamakan sempena anggaran muatan dalam gigabait.

Jenis DVDNama
Sebelah, lapisan tunggalDVD-5
Sebelah, lapisan gandaDVD-9
Dua belah, lapisan tunggal di kedua-dua belahDVD-10
Dua belah, lapisan ganda di sebelah, lapisan tunggal di sebelah lagiDVD-14[7]
Dua belah, lapisan ganda di kedua-dua belahDVD-18

Teknologi

[sunting |sunting sumber]

DVD menggunakan cahayadiod laser jarak gelombang 650 nm berbanding 780 nm untuk CD atau 405 nm untuk Blu-Ray. Ini mebolehkan titik yang lebih kecil pada permukaan media (1.32 µm untuk DVD berbanding 2.11 µm untuk CD) berbanding CD.

Kelajuan menulis untuk DVD adalah 1×, iaitu 1350 kB/s (1318 KiB/s), bagi model-model pemacu dan media yang terawal. Model-model yang terkini pula iaitu 18× or 20× adalah 18 atau 20 kali ganda kelajuan tersebut. Diingatkan bahawa bagi pemacu CD, 1× bererti 153.6 kB/s (150 KiB/s), iaitu 9 kali lebih perlahan.[8]

Kelajuan

[sunting |sunting sumber]
Kelajuan pemacuKadar dataTempoh menulis SL / DL DVD
1X10.55 Mbit/s1.32 MB/s61 min.107 min.
2X21.09 Mbit/s2.64 MB/s30 min.54 min.
2.6X27.43 Mbit/s3.43 MB/s24 min.42 min
4X42.19 Mbit/s5.27 MB/s15 min.27 min.
6X63.30 Mbit/s7.91 MB/s11 min.18 min.
8X84.38 Mbit/s10.55 MB/s8 min.14 min.
16X168.75 Mbit/s21.09 MB/s4 min.7 min.

DVD boleh rakam dan tulis semula

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:DVD boleh rakam

HP mula-mulanya memajukan medua DVD boleh rakam daripada perlunya menyimpan data untuk tujuan menyalin sandar dan pengangkutan.

Kini, DVD boleh rakam juga digunakan untuk rakaman audio dan video pengguna. Tiga format telah dimajukan, iaitu: DVD-R/RW (sempang), DVD+R/RW (tambah), danDVD-RAM.

Rakaman lapisan ganda

[sunting |sunting sumber]

Rakaman lapisan ganda membolehkan cakeraDVD-R danDVD+R menyimpan lebih banyak data, sehingga 8.5gigabait sebelah dalam sekeping cakera, berbanding 4.7 gigabait untuk cakera berlapisan tunggal.DVD-R DL dimajukan untuk Forum DVD olehPioneer Corporation,DVD+R DL dimajukan untuk Perikatan DVD+RW olehPhilips dan Mitsubishi Kagaku Media (MKM).[9]

Sekeping cakera lapisan ganda berbeza daripada DVD biasa kerana ada memakai lapisan fizikal kedua dalam cakera itu sendiri. Pemacu yang berkeupayaan membaca lapisan ganda mencapai lapisan kedua dengan memancarkan laser melalui lapisan lutcahaya yang pertama. Mekanisme menukar lapisan dalam sesetengah pemain DVD mungkin menunjukkan satu jeda selama dua saat, menyebabkan beberapa penonton risau jika cakera lapisan ganda mereka rosak, maka studio-studio mula memaparkan mesej yang menerangkan kesan berjeda lapisan ganda pada semua pembungkusan cakera lapisan ganda.

Cakera DVD boleh rakam yang menyokong teknologi ini adalah serasi ke belakang dengan beberapa pemain DVD dan pemacu DVD-ROM sedia ada.[10] Kebanyakan perakam DVD terkini menyokong teknologi lapisan ganda, dan harganya juga lebih kurang sama dengan pemacu lapisan tunggal, namun cakera kosongnya masih lebih mahal. Kelajuan rakaman yang dicapai media lapisan ganda masih lebih rendah dari media lapisan tunggal.

DVD-Video

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:DVD-Video

DVD-Video ialah piawaian untuk menyimpan kandungan video dalam media DVD. Di Amerika Syarikat, sewaan DVD-Video mingguan buat julung kalinya mengatasi sewaan kaset VHS mingguan pada bulan Jun 2003, menggambarkankadar penerimaan teknologi DVD yang cepat di pasaran.[11]

Walaupun kebanyakan peleraian dan format disokong, kebanyakan cakera DVD-Video pengguna menggunakan videoMPEG-2 sama adanisbah aspek 4:3 atau 16:9anamorfik, disimpan pada peleraian 720×480 (NTSC) atau 720×576 (PAL) pada 29.97 atau 25FPS. Audio biasanya disimpan menggunakan formatDolby Digital (AC-3) atauSistem Teater Digital (DTS), dari format 16-bit/48 kHz hingga 24-bit/96 kHz dengan penyampaianmonaural hingga "Surround Sound" 7.1 saluran, dan/atau Lapisan 2MPEG-1. Walaupun spesifikasi untuk keperluan video dan audio berbeza mengikut rantau global dan sistem televisyen, kebanyakan pemain DVD menyokong semua format yang boleh. DVD-Video juga menyokong ciri-ciir seperti menu, pilihan sari kata, pelbagai sudut kamera, dan pelbagai runut audio.

DVD-Audio

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:DVD-Audio

DVD-Audio ialah sejenis format untuk menyampaikan kandungan audio fideliti tinggi dalam DVD. DVD-Audio menawarkan banyak pilihan tatarajah saluran (darimono hinggasurround sound 7.1) pada pelbagai frekuensi sampel (sehingga 24-bit/192 kHz berbanding 16-bit/44.1 kHzCDDA). Berbanding dengan format CD, format DVD yang lebih banyak muatannya membolehkan kemasukan lebih banyak muzik (mengenai jumlah tempoh dan bilangan lagu) dan/atau mutu audio yang jauh lebih baik (dicerminkan olehkadar pensampelan linear yang lebih tinggi dan kadarbit mencancang lebih tinggi, dan/atau saluran tambahan untuk pengeluaran semulabunyi ruang).

Walaupun spesifikasi teknikal DVD-Audio lebih tinggi, namun timbulnya pertikaian sama ada hasil penambahan audio amat terasa dalam persekitaran pendengaran yang biasa. DVD-Audio kini disambut oleh sebuah pasaran ceruk, mungkin sekali disebabkan perang format dengan piawaianSACD yang dielakkan DVD-Video.

Pengganti

[sunting |sunting sumber]

Mula-mulanya ada dua pengganti yang munasabah untuk DVD yang dikembangkan oleh konsortium berlainan:Cakera Blu-ray (BD) olehSony danPanasonic, danHD DVD olehForum DVD, iaitu pengganti "rasmi" yang direka olehToshiba. Kedua-dua format itu bertempur dalam satuperang format mulai tahun2006 hingga2007, namun pada awal tahun2008, hampir semua studio dan peruncit besar berhenti menyokong HD DVD, dan pada19 Februari, Toshiba mengumumkan pemberhentian pemajuan HD DVDnya. Bagaimanapun, tidak seperti peralihan format sebelumnya (iaitu dari piring hitam ke cakera padat, atau dari pita video VHS ke DVD), tidak kelihatan apa-apa petanda jelas bahawa penghasilan DVD biasa akan dihentikan serta-merta. Kedua-dua pemain Blu-Ray dan HD DVD boleh memainkan DVD biasa, dan lamab web berita keluaran DVD seperti TVShowsonDVD.com masih menyenaraikan keluaran DVD biasa akan datang sehingga tahun 2009. Tambahan pula, apabila mengumumkan pemberhentian HD DVD, Toshiba membayangkan bahawa pihaknya akan terus menghasilkan pemain dan perakam DVD biasa.[12] Sementara itu,Wal-Mart, yang juga mengumumkan keputusan menghentikan penjualan HD DVD untuk menyokong Blu Ray beberapa hari sebelum pengumuman Toshiba, khususnya memilih DVD biasa dalam pengumumannya, menunjukkan peruncit besar itu tidak merancang untuk berhenti menjual format lama sambil menerima format baru.[13]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Build Your Skills: A comparison between DVD and CD-ROM)".Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada2008-02-22.
  2. ^DVD-Workshop: University of Utah and elsewhere, e.g. as theSD export preset for standard definition DVDs inFinal Cut Pro.
  3. ^ab"DVD Format Unification (siaran akhbar)". TOSHIBA. 1995-12-08. Dicapai pada2007-07-12.
  4. ^"A Battle for Influence Over Insatiable Disks". New York Times. 1995-01-11. Dicapai pada2007-04-09.
  5. ^"DVD designers go with AC-3 Final specs for 'digital serba gunae disc'..." The Hollywood Reporter. 1995-12-11. Dicapai pada2007-04-16.
  6. ^"DVD Primer". DVD Forum. 2004-11-14. Dicapai pada2008-01-23.
  7. ^"DVD-14". AfterDawn Ltd. Dicapai pada2007-02-06.Cite has empty unknown parameter:|coauthors= (bantuan)
  8. ^DVD FAQ
  9. ^"Dual Layer Recording burnworld.com". Dicapai pada2007-07-06.
  10. ^"Backwards Compatible burnworld.com". Dicapai pada2007-07-06.
  11. ^Bakalis, Anna (2003-06-20)."It's unreel: DVD rentals overtake videocassettes".Washington Times.Check date values in:|date= (bantuan)
  12. ^"Toshiba quits HD DVD format war". CNN. 2008-02-19. Dicapai pada2008-02-19.
  13. ^"Wal-Mart picks Blu-Ray over HD DVD". Charlottetown Guardian. 2008-02-15. Dicapai pada2008-02-19.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Rasmi

[sunting |sunting sumber]

Teknologi

[sunting |sunting sumber]

Koleksi DVD

[sunting |sunting sumber]

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]
Papan induk
Pengawal storan
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Pengawal lain
Media
Rangkaian
Peranti masukan
Peranti keluaran
Perkakasan lain
Pengasas
Perniagaan utama
Hiburan
Interaktif
Kewangan
Jenama aktif
Jenama terdahulu
Bukan keuntungan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=DVD&oldid=5654617"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp