
Penyiaran Video Digital (Digital Video Broadcasting, disingkatkan kepadaDVB), ialah satu set piawaian terbuka yang diterima di peringkat antarabangsa untukLesen digital. Piawaian DVB dikendalikan olehDVB Project, sebuah konsortium industri yang dianggotai 270 ahli, dan diterbitkan olehJawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) yang dibentuk olehInstitut Piawaian Telekomnikasi Eropah,Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik danKesatuan Penyiaran Eropah.Interaksi antara substandard-substandard DVB ini dihuraikan dalamDVB Cookbook (DVB-Cook).
| Senarai piawaian penyiarantelevisyen digital |
| DVB (Eropah) |
| DVB-S (satelit) |
| DVB-T (terestrial) |
| DVB-C (kabel) |
DVB-H (mudah alih)
|
| ATSC (Amerika Utara) |
| ATSC (terestrial/kabel) |
| ATSC-M/H (mudah alih) |
| ISDB (Jepun/Brazil) |
| ISDB-S (satelit) |
ISDB-T (terestrial)
|
| ISDB-C (kabel) |
| SBTVD/ISDB-Tb (Brazil) |
| Piawaian penyiaran video digital China |
| DMB-T/H (terestrial/handheld) |
| ADTB-T (terestrial) |
| CMMB (mudah alih) |
| DMB-T (terestrial) |
| DMB (Korea, mudah alih) |
| T-DMB (terestrial) |
| S-DMB (satelit) |
| MediaFLO |
| Kodek |
| Video |
| Audio |
| Jalur frekuensi |
| VHF |
| UHF |
| SHF |
Sistem-sistem DVB megagihkan data melalui pelbagai pendekatan, iaitu:
Piawaian-piawaian ini menghuraikanlapisan fizikal danlapisan pautan data sistem pengagihan. Peranti-peranti berinteraksi dengan lapisan fizikal melalui satu antaramuka selari segerak (synchronous parallel interface, SPI), antaramuka bersiri segerak (synchronous serial interface, SSI), atau antaramuka bersiri tidak segerak (asynchronous serial interface, ASI). Semua data dipancarkan dalam strim penangkutanMPEG-2 bersama beberapa hambatan tambahan (DVB-MPEG). Satu piawaian untuk pengagihan yang dimampatkan mengikut masa ke peranti mudah alih (DVB-H) diterbitkan pada bulan November 2004.
Sistem-sistem pengagihan ini berbeza terutamanya dalam skim-skim modulasi yang digunakan, disebabkan kekangan teknikal yang berbeza-beza. DVB-S (SHF) menggunakan QPSK, 8PSK atau 16-QAM. DVB-S2 pula menggunakan QPSK, 8PSK, 16APSK atau 32APSK, mengikut keputusan penyiar. Cuma QPSK dan 8PSK-lah versi-versi yang kerap digunakan. DVB-C (VHF/UHF) menggunakanQAM: 16-QAM, 32-QAM, 64-QAM, 128-QAM atau 256-QAM. Akhir sekali, DVB-T (VHF/UHF) menggunakan 16-QAM atau 64-QAM (atauQPSK) dan menggabungkannya denganCOFDM danmodulasi berhierarki.
Selain pemancaran audio dan video, DVB juga mentakrifkan sambungan data (DVB-DATA -EN 301 192) dengansaluran kembali (DVB-RC) untuk sesetengah media (DECT,GSM,PSTN/ISDN,satelit dsb.) dan protokol-protokol (DVB-IPTV:Protokol Internet;DVB-NPI: bebas protokol rangkaian).
Teknologi lama sepertiteleteks (DVB-TXT) dan datajeda padaman menegak (DVB-VBI) juga disokong oleh piawaian-piawaian ini untuk memudahkan penukaran. Namun untuk kebanyakan aplikasi, terdapat juga alternatif yang lebih canggih sepertiDVB-SUB untuksarikata.
Sistemcapaian bersyarat (DVB-CA) mentakrifkan satuAlgoritma Campur Aduk Sepunya (DVB-CSA) dan satuAntara Muka Sepunya fizikal (DVB-CI) untuk mencapai kandungan yang dicampur aduk (scrambled). Penyedia DVB-CA membangunkan sistem capaian bersyarat milik penuh mereka dengan rujukan kepada spesifikasi ini. Sistem CA berentak berbilang boleh ditugaskan ke strim program DVB yang dicampur aduk dengan menyediakan fleksibiliti operasi dan komersial untuk penyedia perkhidmatan.
DVB juga membangunkan satu sistem Pengurusan Perlindungan dan Salinan Kandungan (Content Protection and Copy Management) untuk melindungi kandungan setelah diterima (DVB-CPCM), yang bermaksud untuk membolehkan penggunaan fleksibel bagi kandungan dirakam di dalam atau luar rangkaian rumah, sambil menghindari perkongsian yang tidak terkawal di Internet. DVB-CPCM banyak menimbulkan pertikaian dalam media yang mana adalah dikatakan bahawa CPCM ialah penyelesaian kepadaAmerican Broadcast Flag yang gagal.[1]
Pengangkut DVB termasukmetadata yang dipanggil Maklumat Perkhidmatan (DVB-SI, ETSI EN 300 468, ETSI TR 101 211) yang menghubungkan pelbagai strim-strim asas kepada program-program yang koheren serta menyediakan huraian yang boleh dibaca manusia untukpanduan program elektronik dan juga untuk gelintaran dan penapisan automatik.
Baru-baru ini, DVB telah menerima satu profil metadata yang ditakrifkan oleh ForumTV-Anytime (DVB-TVA, ETSI TS 102323). Ini merupakan satu teknologi berasaskan XML Schema dan profil DVBnya dibina khusus untukPerakam Digital Peribadi yang ditingkatkan. DVB juga memulakan satu kegiatan membangunkan satu penyelesaian untukIPTV (DVB-IPI, ETSI TR 102033, ETSI TS 102034, ETSI TS 102814) yang turut merangkumi takrif metadata untuk panduan kandungan jalur lebar (DVB-BCG).
Platform Rumah Multimedia DVB (DVB-MHP) mentakrifkan platform berteraskanJava untuk pembangunan aplikasi sistem video pengguna. Selain menyediakan peniskalaan untuk kebanyakan konsep DVB dan MPEG-2, platform ini menyediakan antara muka untuk ciri-ciri lain seperti kawalan kad rangkaian, muat turun aplikasi, dan grafik berlapis.
DVB telah menyelaraskan sebilangan saluran kembali yang berfungsi bersama DVB(-S/T/C) untuk menghasilkan komunikasidwiarah. RCS ialah singkatan bagiReturn Channel Satellite (Satelit Saluran Kembali), dan menentukan saluran kembali dalam jalur-jalur frekuensiC,Ku danKa dengan lewbar jalur kembali sehingga 2 Mb/s. DVB-RCT ialah singkatan untukReturn Channel Terrestrial (Terestrial Saluran Kembali) yang ditentukan ETSI EN 301958.
DVB-S dan DVB-C diratifikasi pada tahun 1994. DVB-T diratifikasi pada awal tahun 1997. Penyiaran DVB-T komersial pertama dilakukan olehKumpulan TV Digital (Digital TV Group, DTG)United Kingdom pada akhir tahun 1998. Pada tahun 2003Berlin,Jerman menjadi kawasan pertama yang menghentikan penyiaran isyarat TV analog sepenuhnya. Kebanyakan negara Eropah menetapkan sasaran diliputi televisyen digital sepenuhnya menjelang tahun2010, sekaligus menutup segala perkhidmatanPAL/SECAM pada masa itu.
DoEropah,Australia,Afrika Selatan danIndia, DVB digunakan di seluruh kawasan yang diliputi atau sekurang-kurangnya diputuskan sedemikian; begitu juga untuk TV kabel dan satelit di kebanyakan negaraAsia,Afrika danAmerika Selatan. Kebanyakan negara ini belum memilih format untuk penyiaran televisyen digital (DTTV) dan sebilangan kecilnya (Kanada, Mexico danKorea Selatan) memilihATSC daripada DVB-T.
DiMalaysia, penyedia program satelitASTRO memancar dalam format DVB-S sejak dibuka pada tahun 1996. Siaran percubaan siaran DVB-T percuma bermula pada akhir tahun 2006 dengan siaran serentakRTM1 danRTM2 serta saluran baruRTMi. Pada April 2007, RTM mengumumkan bahawa hasil ujian ini memberangsangkan dan menjangka DVB-T diperkenalkan ke orang awam pada tahun 2008 selepas menetapkan hargaset-top box penerima DVB-T . Syarikat telekomunikasi baruU Mobile dijangka melancarkan perkhidmatanDVB-Hnya pada awal tahun 2008 selepas menjalani percubaan. Tarikh penutupan analog diumumkan jatuh pada hujung bulan September 2019.