Cyril Ramaphosa (lahirMatamela Cyril Ramaphosa pada 17 November 1952 diJohannesburg,Afrika Selatan) adalah Presiden Afrika Selatan kelima dan terkini sejak peralihan demokrasi negara tersebut pada tahun 1994. Beliau menggantikan Jacob Zuma selepas peletakan jawatannya,[1] berikutan undi Dewan Negara pada 15 Februari 2018.[2]
Beliau sebelum ini pernah menjadi aktivis anti-apartheid, pemimpin kesatuan perdagangan dan ahli perniagaan; dan beliau berkhidmat sebagaiNaib Presiden Afrika Selatan dari 2014 sehingga pelantikannya sebagai Presiden pada 2018.[3] Beliau telah dipilih mengetuai Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Persidangan Negara parti tersebut di Nasrec, selatan Johannesburg pada bulan Disember 2017. Beliau juga mengetuai Suruhanjaya Perancangan Negara (National Planning Commission)[4] yang bertanggungjawab atas perancangan strategik masa depan negara tersebut, dengan tujuan menyatukan rakyat Afrika Selatan "ke arah satu set objektif dan keutamaan yang sama untuk mendorong pembangunan dalam suatu jangka yang panjang".[5]
Beliau dianggap sebagai seorang perunding[6] dan pakar strategi[7] yang mahir sehingga dilantik sebagai Ketua Perunding parti ANC semasa peralihan demokrasi Afrika Selatan.[8] Ramaphosa turut menubuhkan Kesatuan Pelombong Negara (National Union of Mineworkers, NUM) iaitu kesatuan terbesar dan paling kuat di negara itu.[9] Beliau memainkan peranan penting bersama Roelf Meyer dariParti Kebangsaan merunding mengakhiri pemerintahan apartheid dengan aman seterusnya mengemudi Afrika Selatan ke arah pilihan raya demokratik sepenuhnya yang pertama pada bulan April tahun 1994.[10] Beliau menjadi pilihan Nelson Mandela sebagai pengganti untuk jawatan presiden itu.[11] Ramaphosa terkenal sebagai seorang ahli perniagaan dan dianggarkan bernilai bersih sebanyak lebih R6.4 juta (550 juta dolar A.S) setakat 2018,[12] dengan 31 hartanah[13] dan pemilikan terdahulu di syarikat-syarikat sepertiMcDonald cawangan Afrika Selatan, pengerusi lembaga MTN dan ahli lembaga Lonmin.
Dalam peranannya sebagai seorang ahli perniagaan, beliau merupakan ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Syarikat Coca-Cola serta Majlis Penasihat Afrika Unilever. Beliau juga timbalan pengerusiMajlis Perniagaan Komanwel yang pertama.
Ramaphosa dilantik bersama bekas presiden Finland,Martti Ahtisaari, sebagai pemeriksa tempat pembuangan senjata Tentera Republikan Ireland di Ireland Utara ketika berlakunyakonflik politik di tempat tersebut. Beliau juga merupakan jeneral konsul terhormat ke Iceland di Johannesburg, Afrika Selatan.
|
---|
Zaman Apartheid (1961–1994) Staatpresident atauState President | | |
---|
Zaman Pasca-Apartheid (sejak 1994) | |
---|
*Penjawat pangkuan |