Cyprus[e] atau nama rasminyaRepublik Cyprus (Yunani:Κυπριακή Δημοκρατία,rumi: Kypriakí Dimokratía, Turki:Kıbrıs Cumhuriyeti) adalah sebuahnegara pulau di timurLaut Mediterranean; ia terletak 113 kilometer selatanSemenanjung Anatolia diTurki dan jauh dari pesisiran timurSyria. Pulau ini pulau ketiga terbesar dan paling banyak penduduk di rantau laut ini.[12][13] Kota terbesar ia adalahNicosia yang juga ibu kota negara tersebut.
Nama "Cyprus" diambil daripada perkataan "kuprum" atautembaga dalam bahasa Yunani yang telah dilatinkan (sebutanbahasa Latin: [ky.prus]) memandangkan galian banyak dijumpai di Cyprus. Nama bahasa TurkinyaKıbrıs pernah dieja dalam persuratan zaman kerajaanUthmaniyah sebagaiقبرس atauقبريس; ejaan kedua ini misalnya dijadikan tajuk suatu terbitan akhbar setempat didirikan masyarakat Turki pulau tersebut dari tahun 1893 sehingga 1898.[14]
Cyprus, ketika masih merupakan jajahan United Kingdom akan diberikan kepadaYunani. Tetapiminoriti Turki menolak. Akhirnya kompromi dipersetujui dan pada tahun 1959 ditubuhkan negara Cyprus merdeka. Tetapi kedua-dua belah pihak tidak puas dan akhirnya pada tahun 1974 sebuah kumpulan yang pulau inidisatukan dengan Yunani mengadakanrampasan kuasa yang dibalas dengan pencerobohanTurki yang dilakukan atas tindak balaspembahagian pulau tersebut atautaksim. Semenjak itu Turki menduduki wilayah utara lalu mewujudkan republik yang hanya diiktirafnya sendiri iaituRepublik Cyprus Utara.
Anggota Kesatuan Eropah
Pada tarikh 1 Mei 2004, Cyprus menjadi ahliKesatuan Eropah. Tetapi yang dibenarkan ikut hanya wilayah selatan saja, kecuali kalau kawasan utara juga ingin bersatu. Akhirnya penduduk wilayah utara menekan kerajaan mereka supaya bersatu dengan wilayah selatan. Pada 24 April 2004 wilayah utara (yang dipimpin Raouf Denktash) mengatakan "ya" kepada persatuan. Daerah selatan (yang dipimpin Tassos Papadopoulos) mengatakan "tidak" kepada persatuan. Jadi akhirnya hanya bahagian selatan saja yang menjadi ahli Kesatuan Eropah.
Ekonomi Cyprus bergantung pada hasil eksport produk pertanian (jeruk, kentang, anggur, tembakau) dan penghasilan pelancongan. Sektor perikanan hampir tiada maksudnya; perairan di sekeliling pulau kurang ikan. Selain itu sektor perlombongan masih menguntungkan (tembaga, besi, marmar, dan gipsum). Perkataan tembaga dalam banyak bahasa Eropah merupakan derivasi dari perkataan Cyprus dalam bahasa Yunani kupros, misalkan kata copper (bahasa Inggeris) atau koper (bahasa Belanda).
^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.