Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Inggeris itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|en|Cuauhtémoc}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
Nama baginda diberikan daripada gabungan perkataanBahasa Nahuatl iaitucuāuhtli "helang" dantēmoc "turunan" yakni, "turunnya sang helang" (el águila se posó).
Dengan mangkatnyaCuitláhuac, Cuauhtémoc ditabalkan sebagai pembesar baharuTenochtitlan (menurut pengamatan catatan serta kajian masa) pada bulan terakhir tahun "2 Tecpatl"takwim Aztek atau sekitar bulan Februari 1521takwim Sepanyol.[1][2]
Selepas 90 hari berada di Tenochtitlan, Cuauhtémoc dan kerabat baginda menyeberangiTasik Texcoco dalam percubaan menyelamatkan diri mereka daripada kemaraanconquistador dicatat pada 13 Ogos 1521, namun pasukanHernán Cortés berjaya mengepung mereka. Baginda dan semua pengikut bangsawannya menyerah kalah; baginda mempelawa Cortés membunuhnya segera, seperti yang dikehendaki dalam adat baginda.[3]:395–396,401–404 Namun, Cortés sendiri enggan melakukan demikian beralasan mengikuti adat Sepanyolnya sendiri yang (menurutnya) memelihara maruah musuh.[4]
Pada tahun 1524 atau 1525, Hernan Cortés membuat persediaan untuk berangkat keLas Hibueras dalam suatu perjalanan memburuCristóbal de Olid, salah satu kapten bawahannya yang dipertanggungjawabkan membuka kawasan sana namun didapati memberontak dalam suatu subahat denganDiego Velázquez de Cuéllar, gabenorCuba dan musuh ketat Cortés untuk mendapatkan kuasa sendiri. Pada ketika ini juga Cortés mengambil kesempatan peluang perjalanan ini untuk mengawasi Cuauhtémoc mengelaknya membuat percubaan mengusir semasa ketiadaannya;[5] beliau mengundang banyak isi istana Aztek termasuk menteri, tabib dan khadam sebagai pengiring rombongannya.
Cortés dan Bernal Díaz del Castillo dicatat dalam semua sumber yang ada menyaksikan penghukuman mati Cuauhtemoc, namun tiada butiran waktu atau lokasi tempat yang dapat ditemui mampu menggambarkan lanjut.[6]
Ichcateopan y los restos de Cuauhtémoc oleh Eduardo Matos Moctezuma di majalahArqueología Mexicana - rencana bahasa Sepanyol mengenai penemuan makam dipercayai persemadian Cuauhtémoc