Cuaca (Jawi: چواچ) ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semuafenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalamatmosferaplanet serta kesannya kepada kehidupan dan aktiviti manusia[1] CuacaBumi banyak berlaku dalam lapisantroposfera yang paling rendah.[2][3] Ia disebabkan perbezaantekanan udara,suhu dankelembapan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
Fenomena cuaca diukur, dianggarkan atau diramal selama tempoh masa yang pendek, biasanya ramalan tujuh hari boleh meramalkan dengan tepat kira-kira 80 peratus dan ramalan lima hari boleh meramal cuaca dengan tepat kira-kira 90 peratus. Walau bagaimanapun, ramalan 10 hari—atau lebih lama—hanya tepat kira-kira separuh masa. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagaiiklim.[4] Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubung kait rapat.
Fenomena cuaca terhasil akibat daripada kelainan suhu seluruh dunia yang timbul sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepadatropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih tenaga dariMatahari berbanding bahagian utara dan selatan yang lebih dekat kepadakutub Bumi.
Lantaran kedua kelainan suhu pada Bumi ialah kelainan permukaan tempat (seperti airlautan,tanah berhutan, dan kepinganais) yang mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo) dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berlainan bagi suatu tenaga suria yang diterima.
Perbezaansuhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkantekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, lantas menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.
Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkansistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat disel Hadley dan bentuk lainperedaran atmosfera. Contoh kecilan pula adalah sepertibayu laut.
Kesan Coriolis merupakan punca penting bagi kejadian putaran besar asing yang dikenali sebagaisiklon.
Oleh itu, punca asas cuaca ialah suhu permukaan di samping punca ketinggian.
Oleh keranapaksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya),cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihatkesan sudut matahari pada iklim). Keadaan ini menghasilkanmusim. Sebarangliukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjangtahun dan barangkali mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihatkitaran Milankovitch.
Atmosfera Bumi ialah satu sistemhuru-hara yang mana pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar di kawasan lain. Keadaan ini menjadikannya sukar bagi menjangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih daripada beberapa hari lebih awal sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan batas ini melalui sains kajian cuaca,meteorologi.
Teori Huru-Hara menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah tidak terhingga yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Kelainan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmosfera. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposfera cukup untuk mendorong kepada keadaan berlainan sepenuhnya. Dengan itu, jangkaan cuaca dengan tepat adalah tidak mungkin.
Di Malaysia, khususnya setiap pada penghujung tahun,hujan lebat sentiasa berlaku lebih-lebih lagi di bahagian Pantai Timur dan akan mengakibatkan banjir besar.Jabatan Meteorologi Malaysia telah menetapkan paras amaran dengan warnakuning,jingga danmerah. Berikut ialah penerangan mengenai warna amaran itu:[6]
Peringkat amaran
Kriteria
Kesan yang boleh berlaku
Kuning
Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.
Jingga
Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.
atau
Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.
Sistem tekanan rendah / lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 km/j disertai hujan sederhana menjadi lebat.
atau
Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.
Angin kencang dengan kelajuan 50-60 km/j (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam.
Merah
Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.
atau
Arus banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.
Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.
atau
Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai
Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj(dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.