"Kanak-kanak Di Laluan Luar Kotej Jerami, West Horsley, Surrey" (akhir 1800-an) oleh Helen Allingham
Cottagecore ialah estetika internet yang dipopularkan oleh remaja dan belia yang merai idea kehidupan luar bandar. Cottagecore ini berdasarkan kehidupan kampung jati orng Inggeris dan Eropah di luar bandar,[1] ia dibangunkan sepanjang 2010-an[2][3] dan pertama kali dinamakancottagecore di laman sosialTumblr pada 2018.[4] Estetika ini menumpukan pada pakaian luar bandar yang tradisional, reka bentuk dalaman dan kraf sepertimelukis,membakar kek dan penghasilantembikar, dan berkaitan dengan pergerakan estetik yang serupa seperti grandmacore (nenek-nenek), farmcore (peladang), goblincore (jembalang) dan fairycore (dongeng).[5]
Sesetengah sumber menerangkan cottagecore sebagaisubbudayaMilenium[6] danGenerasi Z .[7][8][1][6][9] Kemerosotan ekonomi dan cabaran lain yang dihadapi oleh golongan muda ini mungkin menjadi pendorong dalam trend ini, bersama-sama dengan penekanan generasi ini terhadapkelestarian, dan trend terkini untukbekerja dari rumah (dimulakan semasa pandemik).
Prinsip cottagecore boleh membantu memenuhi keinginan pengikutnya untuk "aspirasi berbentuk nostalgia" serta melarikan diri daripada pelbagai bentuk tekanan dantrauma .[5]The New York Times menyifatkan ia sebagai reaksi terhadap budaya hiruk pikuk dan kemunculan penjenamaan peribadi .[5]The Guardian menanggap "pergerakan visual dan gaya hidup direka untuk memupuk kemurnian di luar."[10] Cottagecore menekankan kesederhanaan dan kedamaian kehidupan di luar bandar sebagai kediaman yang asing daripada bahaya dunia moden.[11] Ia menjadi sangat popular di media sosial semasapandemik COVID-19 .[6][10][12]
^abTiffany, Kaitlyn (February 5, 2021)."Cottagecore Was Just the Beginning".The Atlantic. Diarkibkan daripadayang asal pada April 27, 2021. Dicapai padaMay 8, 2021.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza