Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Copa América

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Copa América
Badan penganjuranCONMEBOL
Ditubuhkan1916; 109 tahun yang lalu (1916) (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan)
1975; 50 tahun yang lalu (1975) (Copa América)
KawasanAmerika Selatan
Jumlah pasukan16 (2024)
Layak kePiala Juara CONMEBOL–UEFA
Perlawanan berkaitanPiala Eropah UEFA
Juara semasa Argentina (Gelaran Ke-15)
Pasukan paling berjaya Argentina
 Uruguay
(Masing-masing 15 Gelaran)
Laman sesawangcopaamerica.com
Copa América 2024

Piala Amerika atauCopa América merupakan kejohanan utamabolasepak yang diikuti oleh negara-negaraCONMEBOL iaituBrazil,Argentina,Uruguay,Paraguay,Chile,Peru,Ecuador,Bolivia,Colombia danVenezuela. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali.

Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. DisebabkanCONMEBOL hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Mexico (negara naunganCONCACAF) adalah pasukan jemputan pertama yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini pada tahun 1993 dan telah menyertai kejohanan ini untuk setiap edisi (sehingga sekarang), dengan satu lagi pasukan tambahan yang diambil dari konfederasi yang sama, kecuali untuk 1999,Jepun, (negara dari konfederasiAFC) telah mengisi jadual 12 pasukan.Argentina merupakan negara pertama yang menganjur kejohanan ini (pada tahun 1916) dan juga penganjur terbanyak iaitu 9 kali.

Sejak edisi pertama, hanya 8 pasukan sahaja yang pernah menjuarainya, manakalaEcuador danVenezuela tidak pernah menjadi juara. PasukanUruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali manakala juara bertahan,Chile, menjuarainya sebanyak 2 kali.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan rasmi diAmerika Selatan telah diadakan diArgentina pada tahun 1867 oleh beberapa orang pekerja buruh Britain. Pada awal abad ke-20, sukan bola sepak di Amerika Selatan menjadi sangat popular dan kejohanan pertama yang diadakan khusus untuk pasukan kebangsaan di Amerika Selatan diadakan pada tahun1910, pada ketika itu Argentina mengadakan kejohanan ini bagi memperingati peristiwaRevolusi Mei. Dalam kejohanan ini, pasukanChile danUruguay, namun begitu kejohanan ini tidak diiktiraf rasmi oleh CONMEBOL.

Pada tahun1916, Argentina sekali lagi mengadakan kejohanan ini bagi menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan mereka. Kejohanan kali ini disertai oleh pasukanChile,Uruguay danBrazil. Kejohanan pada tahun 1916 ini merupakan edisi pertama Copa América, di mana pasukan Uruguay merupakan johan pertama setelah seri dengan pasukan Argentina.

PasukanUruguay yang memenangi 2 kejohanan, yang pertama diBuenos Aires pada tahun1916 dan yang kedua pada tahun1917, diMontevideo.

Pada tahun berikutnya, kejohanan ini diadakan di Uruguay, di mana pasukan Uruguay menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 untuk kejuaraaan kedua mereka. Pada tahun 1918, kejohanan ini tidak diadakan berikutanwabak flu yang merebak pada ketika itu. Namun begitu, pada tahun1919, kejohanan ini diadakan kembali, bertempat diBrazil, pasukan Brazil berjaya menjadi johan untuk pertama kali dengan menewaskan pasukan Uruguay.

Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun1921 selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun1929 menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. PasukanBolivia danPeru masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun1926 dan1927.


Format dan peraturan

[sunting |sunting sumber]

Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagaiKejohanan Bola Sepak Amerika Selatan dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan.

Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih olehCONMEBOL. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkanKedudukan Dunia FIFA. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan[1].

Setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing akan melawan menggunakan format pusingan robin (bahasa Inggeris:Round-robin), di mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan menentang pasukan lain. Juara dan naib juara setiap kumpulan serta 2 buah pasukan di tangga ketiga terbaik akan mara ke peringkat kalah mati. Sistem mata digunakan untuk menentukan kedudukan pasukan di dalam kumpulan. Bermula tahun1995, pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri akan mendapat 1 mata manakala tiada mata bagi pasukan yang kalah, tidak seperti kejohanan pada tahun sebelum 1995, pasukan yang menang mendapat 2 mata.

Kedudukan setiap pasukan di dalam kumpulan akan ditentukan dengan menggunakan kriteria seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan
  2. Perbezaan gol (Gol dijaringkan - gol bolos)
  3. Jumlah gol yang dijaringkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan

Jika terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai kriteria yang sama seperti yang dinyatakan di atas, kedudukan mereka akan ditentukan seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan yang terlibat.
  2. Perbezaan gol dalam perlawanan di antara pasukan-pasukan yang terlibat.
  3. Jumlah jaringan gol terbanyak dalam perlawanan peringkat kumpulan.
  4. Undian secara rawak oleh Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan CONMEBOL

Lapan pasukan yang layak akan memasuki peringkat kalah mati di mana setiap pasukan akan menentang pasukan lain sebanyak sekali. Pemenang setiap perlawanan akan ditentukan menerusi jaringan gol, dan sepakan penalti akan diadakan jika perlawanan masih berkedudukan seri setelah tamat masa tambahan 120 minit. Peringkat kalah mati akan bermula dengan perlawanan suku akhir kemudiannya separuh akhir, perlawanan penentuan tempat ketiga (di antara pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir), dan akhir sekali perlawanan akhir. Pasukan yang menang di perlawanan akhir akan menjuarai kejohanan ini.

Keputusan

[sunting |sunting sumber]

Era Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan

[sunting |sunting sumber]
TahunTuan RumahKedudukan Akhir
JuaraNaib JuaraTempat KetigaTempat Keempat
1916
 ArgentinaBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
1917 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
1919BrazilBendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
1920ChileBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
1921 ArgentinaBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Paraguay
Paraguay
1922BrazilBendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
1923 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Brazil
Brazil
1924 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Chile
Chile
1925
 ArgentinaBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
N/A
1926ChileBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
Bendera Paraguay
Paraguay
1927 PeruBendera Argentina
Argentina
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Peru
Peru
Bendera Bolivia
Bolivia
1929 ArgentinaBendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Peru
Peru
1935 PeruBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Peru
Peru
Bendera Chile
Chile
1937 ArgentinaBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Paraguay
Paraguay
1939 PeruBendera Peru
Peru
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Chile
Chile
1941ChileBendera Argentina
Argentina
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
Bendera Peru
Peru
1942 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
1945ChileBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
Bendera Uruguay
Uruguay
1946 ArgentinaBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
1947 EcuadorBendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
1949BrazilBendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Peru
Peru
Bendera Bolivia
Bolivia
1953 PeruBendera Paraguay
Paraguay
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
1955ChileBendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
Bendera Peru
Peru
Bendera Uruguay
Uruguay
1956 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Chile
Chile
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
1957 PeruBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Peru
Peru
1959 ArgentinaBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Peru
Peru
1959 EcuadorBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Ecuador
Ecuador
1963 BoliviaBendera Bolivia
Bolivia
Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
1967 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Chile
Chile
Bendera Paraguay
Paraguay

Era Copa América

[sunting |sunting sumber]
TahunTuan RumahPerlawanan AkhirPenentuan Tempat Ketiga
JuaraJaringanNaib JuaraTempat KetigaJaringanTempat Keempat
1975Tiada tuan rumahBendera Peru
Peru
0 – 1 / 2 – 0
(Timbal balik)
1 – 0
Bendera Colombia
Colombia
 Brazil
 Uruguay
N/A
1979Tiada tuan rumahBendera Paraguay
Paraguay
3 – 0 / 0 – 1
(Timbal balik)
0 – 0
(Masa tambahan)
Bendera Chile
Chile
 Brazil
 Peru
N/A
1983Tiada tuan rumahBendera Uruguay
Uruguay
2 – 0 /1 – 1Bendera Brazil
Brazil
 Paraguay
 Peru
N/A
1987 ArgentinaBendera Uruguay
Uruguay
1 – 0Bendera Chile
Chile
Bendera Colombia
Colombia
2 – 1Bendera Argentina
Argentina
1989 BrazilBendera Brazil
Brazil
Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Paraguay
Paraguay
1991 ChileBendera Argentina
Argentina
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Chile
Chile
Bendera Colombia
Colombia
1993 EcuadorBendera Argentina
Argentina
2 – 1Bendera Mexico
Mexico
Bendera Colombia
Colombia
1 – 0Bendera Ecuador
Ecuador
1995 UruguayBendera Uruguay
Uruguay
1 – 1
(5–3)
(Penalti)
Bendera Brazil
Brazil
Bendera Colombia
Colombia
4 – 1Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
1997 BoliviaBendera Brazil
Brazil
3 – 1Bendera Bolivia
Bolivia
Bendera Mexico
Mexico
1 – 0Bendera Peru
Peru
1999 ParaguayBendera Brazil
Brazil
3 – 0Bendera Uruguay
Uruguay
Bendera Mexico
Mexico
2 – 1Bendera Chile
Chile
2001 ColombiaBendera Colombia
Colombia
1 – 0Bendera Mexico
Mexico
Bendera Honduras
Honduras
2 – 2
(5–4)
(Penalti)
Bendera Uruguay
Uruguay
2004 PeruBendera Brazil
Brazil
2 – 2
(4–2)
(Penalti)
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Uruguay
Uruguay
2 – 1Bendera Colombia
Colombia
2007 VenezuelaBendera Brazil
Brazil
3 – 0Bendera Argentina
Argentina
Bendera Mexico
Mexico
3 – 1Bendera Uruguay
Uruguay
2011 ArgentinaBendera Uruguay
Uruguay
3 – 0Bendera Paraguay
Paraguay
Bendera Peru
Peru
4 – 1Bendera Venezuela
Venezuela
2015 Chile[2]:Bendera Chile
Chile
0 – 0
(4–1)
(Penalti)
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Peru
Peru
2 – 0Bendera Paraguay
Paraguay
2016 Amerika SyarikatBendera Chile
Chile
0 – 0
(4–2)
(Penalti)
Bendera Argentina
Argentina
Bendera Colombia
Colombia
1 – 0Bendera Amerika Syarikat
Amerika Syarikat
2019 Brazil[2]Bendera Brazil
Brazil
3 – 1Bendera Peru
Peru
Bendera Argentina
Argentina
2 – 1Bendera Chile
Chile
2021 BrazilBendera Argentina
Argentina
1–0Bendera Brazil
Brazil
Bendera Colombia
Colombia
3–2Bendera Peru
Peru
2024 Amerika Syarikat
  • Petunjuk
    • Pasukan jemputan dalam perkataan condong

Pasukan negara yang berjaya

[sunting |sunting sumber]
PasukanJuaraNaib JuaraTempat KetigaTempat Keempat
 Argentina15 (1921*, 1925*, 1927, 1929*, 1937*, 1941, 1945, 1946*, 1947, 1955, 1957, 1959 (Argentina)*, 1991, 1993, 2021)14 (1916*, 1917, 1920, 1923, 1924, 1926, 1935, 1942, 1959 (Ecuador), 1967, 2004, 2007, 2015, 2016)5 (1919, 1956, 1963, 1989, 2019)2 (1922, 1987*)
 Uruguay15 (1916, 1917*, 1920, 1923*, 1924*, 1926, 1935, 1942*, 1956*, 1959 (Ecuador) , 1967*, 1983, 1987, 1995*, 2011)6 (1919, 1927, 1939, 1941, 1989, 1999)9 (1921, 1922, 1929, 1937, 1947, 1953, 1957, 1975, 2004)5 (1945, 1946, 1955, 2001, 2007)
 Brazil9 (1919*, 1922*, 1949*, 1989*, 1997, 1999, 2004, 2007, 2019)12 (1921, 1925, 1937, 1945, 1946, 1953, 1957, 1959 (Argentina), 1983, 1991, 1995, 2021)7 (1916, 1917, 1920, 1942, 1959 (Ecuador), 1975, 1979)3 (1923, 1956, 1963)
 Paraguay2 (1953, 1979)6 (1922, 1929, 1947, 1949, 1963, 2011)7 (1923, 1924, 1925, 1939, 1946, 1959 (Argentina), 1983)7 (1921, 1926, 1937, 1942, 1967, 1989, 2015)
 Chile2 (2015*, 2016)4 (1955*, 1956, 1979, 1987)5 (1926*, 1941*, 1945*, 1967, 1991*)11 (1916, 1917, 1919, 1920*, 1924, 1935, 1939, 1947, 1953, 1999, 2019)
 Peru2 (1939*, 1975)1 (2019)8 (1927*, 1935*, 1949, 1955, 1979, 1983, 2011, 2015)6 (1929, 1941, 1957*, 1959 (Argentina), 1997, 2021)
 Colombia1 (2001*)1 (1975)5 (1987, 1993, 1995, 2016, 2021)2 (1991, 2004)
 Bolivia1 (1963*)1 (1997*)2 (1927, 1949)
 Mexico^2 (1993, 2001)3 (1997, 1999, 2007)
 Honduras^1 (2001)
 Ecuador2 (1959 (Ecuador)*, 1993*)
 Amerika Syarikat^2 (1995, 2016)
 Venezuela1 (2011)
*=tuan rumah
^=undangan
  • Terdapat hanya 2 edisi di mana sama ada Brazil mahupun Uruguay telah selesai dalam empat teratas (1993, 2015).
  • Terdapat hanya 3 edisi di mana sama ada Argentina atau Brazil telah selesai dalam empat teratas (1939, 2001, 2011).
  • Terdapat hanya 3 edisi di mana sama ada Argentina mahupun Uruguay selesai dalam empat teratas (1949, 1979, 1997).
  • Tidak pernah ada satu edisi pun dimana ketiga-tiga negara Uruguay, Argentina, dan Brazil berjaya ke empat teratas.
  • Semua kejohanan Copa América diadakan di Brazil dan Uruguay telah dimenangi oleh negara tuan rumah, manakala Argentina telah memenangi 6 Kejohanan Amerika Selatan sebagai tuan rumah dan Uruguay telah memenangi 3 daripada 15 Copa América mereka di Argentina (1916, 1987, 2011).[penjelasan diperlukan]

Penampilan

[sunting |sunting sumber]
PenampilanNegara
44 Uruguay
42 Argentina
40 Chile
38 Paraguay
37 Brazil
32 Peru
29 Ecuador
28 Bolivia
23 Colombia
19 Venezuela
10 Mexico
5 Costa Rica
4 Amerika Syarikat
2 Jepun
2 Jamaica
1 Honduras
1 Panama
1 Haiti
1 Qatar

Statistik

[sunting |sunting sumber]

Dari Edisi pertama (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916) hingga termasukCopa América 2019.

KedPasukanJuaraEdisiMtBPMSKJGGBPGPur/GP
1 Argentina14424192001264133472181+2912.09
2 Uruguay15443742051123855410221+1891.82
3 Brazil9373591891073844429203+2261.89
4 Paraguay237235177644370264303–391.32
5 Chile240234188673388291316–251.24
6 Peru233213159583962228251–231.34
7 Colombia123168122482450138188–501.38
8 Bolivia12886119202673107298–1910.72
9 Ecuador02973126162684134327–1930.57
10 Mexico01070481913166662+41.46
11 Venezuela01941798174549177–1280.51
12 Costa Rica0518175391731–141.06
13 Amerika Syarikat04171852111829–110.94
14 Honduras0110631275+21.67
15 Panama0133102410–61.00
16 Jepun0236033615–90.50
17 Qatar011301225–30.33
18 Jamaica020600609–90.00
19 Haiti0103003112–110.00

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcStewart Coggin."Copa America Format". About.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-02-18. Dicapai pada02 Februari 2014.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  2. ^abLuis Mira."Chile set to host 2015 Copa America". Goal.com. Dicapai pada02 Februari 2014.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Copa América.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]


Bola sepak antarabangsa
Asia
Afrika
Amerika Utara,
Amerika Tengah
dan Caribbean
Amerika Selatan
Oceania
Eropah
Bukan FIFA
Permainan
Era Kejohanan Bola Sepak
Amerika Selatan
Era Copa América
Pentas Akhir
Kelayakan
1(Tiada tuan rumah)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Copa_América&oldid=6228801"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp