Colombo (Sinhala:කොළඹ,rumi: Koḷam̆ba,Tamil:கொழும்பு,rumi: Koḻumpu;Arab:كَلَنبُو,rumi: Kalanbu[1]) ibu kota pentadbiran dan kehakiman negara pulauSri Lanka[2] terletak di pesisiran baratnya. Ia mempunyai kependudukan sebanyak 5.6 juta orang[3][4][5][6] paling ramai di sana.
Terletak sebuah tasik Beira di tengah kota berkeluasan 65-hektar (160-ekar) malah dikelilingi banyak terusan.[7] Kota ini terletak di muara sungai Kelani.
Colombo beriklim monsun tropika (kelas Köppen:Am) menghampiritropika yang memanas sepanjang tahun. Suhu paling tinggi rata-rata 31 °C (87.8 °F) dari Mac hingga April,[8] selepas itu hujan lebat turun sepanjangmonsun April-Jun tetapi juga September-November. Musim sejuk pada hujung tahun bersuhu kering dengan purata 22 °C (71.6 °F). Curahan hujan tahunan disukat sekitar 2,500 milimeter (98 in) setahun.[9]
Data iklim untuk Colombo, Sri Lanka (biasa 1991–2020, lampauan 1961–2020)
Ia pernah menarik banyak orang Arab yang berdagang di sana malah menjadi pihak perantara antara kerajaan-kerajaanSingala dengan seluruh dunia.[13][14]Ibn Battutah pernah melawat kota ini pada abad ke-14.[1]
Empayar Portugis mula bertapak di sini selepas rombongan pimpinanDom Lourenço de Almeida berjaya membuat perjanjian berdagangkayu manis dengankerajaan Kotte selepas menghadap Raja Parakramabahu VIII (1484–1518) pada 1505 yang membolehkan mereka menubuhkan kubu di pantai sana.[15] Mereka mengusir banyak orang Arab Islam yang menduduki kawasan situ dan mempergunakan banyak hubungan dengan kerabat Raja Parakramabahu sehingga lama-lama berjaya mengambil alih sebahagian besar kerajaan baginda dengan bantuan ketenteraan dari jajahanGoa.[15][16]
Belanda menawan kota ini dengan sokongankerajaan Kandi selepas menandatangangi perjanjian monopoli dagang dengan Raja Rajasinha II dengan tahun 1638.[15]
^"Klimatafel von Colombo (Kolamba) / Sri Lanka (Ceylon)"(PDF).Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 16 April 2019. Dicapai padaNovember 19, 2016.