![]() | |||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Collie Tanah Tinggi Collie gunung hairy mou'ed collie | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Beardie | ||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Collie berjanggut[a] ialah satubakaanjinggembala yang pernah digunakan terutamanya oleh gembalaScotland,[1] tetapi kini kebanyakannya merupakan teman keluarga popular.
Collie berjanggut mempunyai purata berat 18–27 kilogram (40–60 lb). Jantannya setinggi sekitar 53–56 cm (21–22 in) pada paras kelasa sementara betinanya pula setinggi sekitar 51–53 cm (20–21 in).[2]
Legenda asal usulcollie berjanggut ialah bahawa leluhur bagianjing gembala tanah pamah Poland ditinggalkan di pesisir Scotland dan anjing ini kemudian dibiakbakakan dengan anjing gembala asli.[3] Varian dalam cerita ini ialah bahawa Kazimierz Grabski, seorang saudagar Poland, dilaporkan menukarkan penghantaran bijirin untuk biri-biri di Scotland pada tahun 1514 dan membawa enam ekoranjing gembala tanah pamah Poland untuk memindahkan haiwan berkenaan. Seorang gembala Scotland begitu kagum dengan kebolehan penggembalaan anjing itu sehingga dia menukarkan beberapa ekor biri-biri dengan beberapa ekor anjing.[4] Anjing gembala Poland itu dibiakbakakan secara bersilang dengan anjing Scotland tempatan untuk menghasilkancollie berjanggut.[5]
Rujukan bertulis pertama kepadacollie berjanggut hadir pada tahun 1891,[6] apabila D.J. Thomson Gray menerangkannya dalam buku beliauThe Dogs of Scotland ("Anjing di Scotland") seperti yang berikut:
Terjemahan: Koyok besar, kasar, dan kelihatan berjumbai, dengan lapis bulu yang seperti alas kaki pintu, dengan tektsur bulu keras dan berserat, dan telinga yang tergantung dekat-dekat dengan kepala.
Pada umumnya ada persetujuan bahawa Puan G. Olive Willison mengasaskancollie berjanggut moden pada tahun 1944 dengan betina perangnya, Jeannie of Bothkennar.[7] Jeannie kononnya sepatutnya merupakan seekoranjing gembala Shetland, tetapi Puan Willison menerima seekorcollie berjanggut secara tidak sengaja. Beliau begitu tertarik dengan anjing itu sehingga beliau ingin memulakan pembiakbakaan. Maka, beliau mula mencari seekor anjing jantan untuk Jeannie. Semasa berjalan di sepanjang pantai, Puan Willison bertemu dengan seorang lelaki yang berhijrah dari Scotland; beliau menjadi pemilik anjing kelabu milik lelaki itu, David, yang menjadi Bailie of Bothkennar.[6]
Bailie dan Jeannie of Bothkennar merupakan pengasas baka pertunjukan moden;[5] hanya terdapat beberapa susur galur yang boleh didaftarkan, sebahagian besarnya dipulihara oleh ketabahan En. Nicolas Broadbridge (Sallen) dan Pn. Betty Foster (Bredon). Ini adalah berdasarkan Turnbull's Blue—seekorcollie berjanggut daripada ternakan pekerja tulen, yang didaftarkan dalam ISDS semasa ISDS masih mendaftarkancollie selaincollie sempadan. Ia membapai tiga perindukcollie berjanggut yang dapat didaftarkan.[perlu rujukan]
Sementara susur galur baka boleh daftar dapat dijejak kepada sebilangan terhad susur galur, masih terdapat banyakcollie berjanggut tidak boleh daftar di Scotland, sesetengah daripadanya masih bekerja sebagai anjing gembala.[6]
Baka ini menjadi popular pada separuh akhir abad ke-20—sebahagiannya didorong oleh Potterdale Classic at Moonhill, seekorcollie sempadan yang memenangi Best in Show dalamCrufts pada tahun 1989. Bearded Collie Club meraikanJubli Emasnya pada tahun 2005.[perlu rujukan]
Collie berjanggut berada di kedudukan 117 daripada 175 baka dari segi kepopularan di Amerika Syarikat, menurut ranking baka tahunanAmerican Kennel Club.[8] Collieberjanggut paling baik diperoleh daripada pembiak baka bereputasi baik atau penyelamat anjing.[9][10] Terdapat persatuan penyelamatancollie berjanggut, seperti Bearded Collie Rescue[11] dan "Rescue Me".
Collie berjanggut sangat sesuai sebagai anjing peliharaan untuk mereka yang bersedia untuk memenuhi paras tenaga tingginya - ia sangat bersemangat dan mempunyai sifat riang. Ia juga memerlukan penjagaan bulu kerap; pemberusan mingguan adalah wajib untuk memastikan bahawa bulu panjang merekanya tidak kusut. Sesetengah pemilikcollie berjanggut memilih untuk membela anjing peliharaan mereka dalam gaya potongan bulu "potongan anak anjing", yang mengurangkan keperluan untuk pemberusan.Collie berjanggut ialah baka bertenaga yang pada asalnya diniatkan untuk kerja diTanah Tinggi Scotland dalam penggembalaan biri-biri; ia juga cemerlang dalamtreibball,[12]ketangkasan anjing, danujian kepatuhan.[perlu rujukan]
Collie berjanggut digunakan untuk menggembala kedua-duabiri-biri danlembu. Ia pada asasnya merupakananjing pekerja—dibiakbakakan untuk menjadi tahan lasak dan boleh dipercayai, mampu bertahan dalam keadaan paling teruk dan biri-biri paling sukar.Collie berjanggut pekerja telah berkurangan dalam beberapa dekad terakhir dan berisiko pupus;[perlu rujukan]
Naluri dan kebolehkendalian penggembalaan dapat ditaksir dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan.Collie berjanggut yang menunjukkkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[13]
Saiz purata perinduk ialah tujuh ekor anak anjing.[perlu rujukan]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untukbaka silang.[14]
Punca utama bagi kematian dalam kalangancollie berjanggut dalam tinjauan The Kennel Club tahun 2004 merupakan usia lanjut (26%), kanser (19%), penyakit serebrovaskular (9%), dankegagalan ginjal kronik (8%).[15]
Kecenderungan lanjut bakacollie berjanggut yang sedia ada termasuk: Keadaan kulit, sepertipemfigus foliaseus danpenyakit kulit hitam,displasia folikel, keadaan otot rangka sepertikehelan siku kongenital, dan keadaan mata, sepertidistrofi kornea,katarak, danatrofi retina progresif menyeluruh (GPRA).[16]
Hipoadrenokortisisme (juga dikenali sebagai penyakit Addison) ialah penyakit terwaris padacollie berjanggut, walaupun mekanisme pewarisan tidak diketahui.[17] Penyakit ini berlaku apabila korteks adrenal mengeluarkan hormonglukokortikoid dan/ataumineralokortikoid tidak cukup. Penyakit ini menjejaskan hampir-hampir 2–3.4%collie berjanggut di Amerika Syarikat/Kanada[18] dan menyebabkan kematian bagi sekurang-kurangnya 1%collie berjanggut di United Kingdom.[19] Ini merupakan peratusan jauh lebih tinggi berbanding dengan peratusan untuk populasi anjing umum (0.1%) dan hipoadrenokortisisme menyebabkan angka kematian tidak berperkadaran dalam kalangan anjing muda.[18]
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanCollie berjanggut |
|pmc=
value (bantuan).PMID 38302530Check|pmid=
value (bantuan).S2CID 267382263Check|s2cid=
value (bantuan).