* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Clarence Clyde Seedorf (Sebutan Belanda: [ˈklɛrənsˈseːdɔrf] (dengar); lahir 1 April 1976) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini merupakan seorang pengurus bagi kelabShenzhen yang beraksi diLiga China. Seedorf dianggap salah satupemain tengah terbaik di kalangan generasinya dan pada tahun 2004, beliau dipilihPelé dalam senaraiFIFA 100. Beliau telah meraih kejuaraan domestik dan antarabangsa bersama kelab-kelab yang diwakilinya di Belanda, Sepanyol, Itali dan Brazil.[1] Beliau juga merupakan salah satu pemain cemerlang dalam sejarahLiga Juara-Juara. Seedorf turut hanya pemain pertama mampu meraih Liga Juara-Juara semasa bermain untuk tiga kelab berlainan iaitu ketika diAjax pada1995, diReal Madrid pada tahun1998 dan dua kali sewaktu bersamaMilan pada tahun2003 dan2007.[2][3]
Di peringkat antarabangsa, beliau mewakilipasukan kebangsaan Belanda ke tiga edisiKejohanan Eropah dan satu edisiPiala Dunia. Sejak beliau bersara dari pasukan kebangsaan pada 2008, beliau telah beraksi dalam 87 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan sebelas gol.
Seedorf dilahirkan diParamaribo,Suriname[4] dan berpindah keAlmere,Flevoland, Belanda sewaktu berumur dua tahun. Beliau dibesarkan dalam keluarga bola sepak. Kedua-dua adiknya, Jürgen danChedric Seedorf serta bapanya merupakan bekas pemain bola sepak. Clarence memulakan kariernya seawal umur enam tahun di kelab amatur VV AS '80 dan Real Almere sebelum ditemui dan direkrut ke kelab gergasi Belanda,Ajax oleh Urgent Scoutingteam, seorang ejen yang ditetapkan olehJohan Cruyff, dan bertanggungjawab melatih pemain-pemain muda antaranyaFrank danRonald de Boer,Edgar Davids,Robert Witschge danPatrick Kluivert. Mengikut jejak langkah abang mereka, di bawah bimbingan bapa dan bakat ejen mereka, adik-beradik Seedorf, serta sepupunyaStefano kemudiannya menyertai Ajax.
Sebagai produkAkademi Belia Ajax, Seedorf memulakan kariernya diAjax di posisi pemain tengah kanan pada awal 1990an. Beliau membuat debut pada 29 November 1992 ketika menentangGroningen pada umur 16 tahun 242 hari seterusnya membuatkan Seedorf sebagai pemain termuda melakukan debut di Ajax. Beliau akhirnya menjadi pilihan pertama di posisinya di bawah pengurusLouis van Gaal. Pada musim1993–94 iaitu musim kedua Seedorf di Ajax, beliau membantu kelabnya meraih "trebel", dengan menjulang gelaranEredivisie,Piala KNVB danPiala Super Belanda pada tahun yang sama. Pada musim berikutnya, Seedorf sekali lagi menyaksikan Ajax meraih Piala Super dan Eredivisie kedua berturut-turut selain membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhirLiga Juara-Juara sebelum menang menewaskanMilan. Beliau bermain dari sepak mula sebelum dikeluarkan pada minit ke-53 untuk digantikan oleh penyerangNwankwo Kanu.[5]Patrick Kluivert menjaringkan gol lewat Ajax dan membenarkan Ajax membenam gergasi Itali itu 1-0.[6] Di Ajax, beliau membentuk trio yang dikenali "De kabel", terdiri daripadaEdgar Davids, Patrick Kluivert dan dirinya sendiri. Kemudian, ditambah lagiWinston Bogarde danMichael Reiziger, trio ini berubah menjadi "kwintet"; yang dibentuk selepas aksi kejohananUEFA Euro 1996.[7]
Selepas Seedorf memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama Ajax selepas kejayaan Eropah danperaturan Bosman, Seedorf menandatangani kontrak satu tahun bersama kelab Itali,Sampdoria.[8] Walaupun tidak memperoleh sebarang kejayaan pada musim pertama di kelab barunya, Seedorf tampil dalam 32 perlawanan dan menjaringkan tiga gol untuk membantu pasukannya melonjak ke tangga kelapanSerie A. Seedorf kemudian melakukan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol,Real Madrid pada penghujung musim.[9]
Seedorf berpindah keReal Madrid pada 1996 dan beliau kekal diLos Blancos selama empat musim. Pada musim pertamanya, beliau membantu Real meraih gelaran juara La Liga. Pada musim seterusnya, beliau antara pemain penting buat pasukannya dalam kejayaanLiga Juara-Juara apabila Real membenamJuventus pada perlawanan akhir[10] sekali gus meraih trofi Liga Juara-Juara kedua dalam kariernya.
Semasa bermain di Real Madrid, Seedorf menjaringkan gol yang tidak akan dilupakan apabila merembat dari jarak yang teramat jauh sewaktu menentangAtlético Madrid pada tahun 1997.[11] Pada penghujung musim 1998–99, Madrid dan Juventus mahu menukar Seedorf kepadaZinedine Zidane tetapi rundingan tidak tercapai sehingga pemain Perancis itu menunggu dua tahun lagi sebelum menyertai Real Madrid.
Bermula musim panas 1999, keutamaan Seedorf di Real Madrid semakin kurang menonjol ketika pengurusGuus Hiddink mengambil alih. Kesudahannya, beliau berpindah semula ke Itali semasa musim 1999–2000, kali ini keInter Milan dengan perpindahan yang menelan kos 40 bilionlira Itali (kira-kira 23 jutaeuro).
Pada 24 Disember 1999, Seedorf berpindah keInternazionale dengan perpindahan kira-kira 23 juta euro selepas beliau kekal di Real Madrid selama tiga tahun. Walaupun membantu pasukannya mara ke perlawanan akhirCoppa Italia yang berkesudahan 2-1 secara agregat tewas kepadaLazio sementara Seedorf menjaringkan gol tunggal Inter, beliau tidak berjaya meraih sebarang pencapaian buat kelab. Tetapi, penyokong-penyokong Inter memperingati aksi Seedorf sewaktu menentangJuventus pada 9 Mac 2002 yang berkesudahan seri 2-2. Seedorf menjaringkan dua gol buat Inter dan kedua-duanya dari jarak jauh.[12]
Selepas dua tahun di Inter, Seedorf berpindah ke musuh tradisi Internazionale,Milan pada tahun 2002 sebagai pertukaran denganFrancesco Coco. Seedorf meraih kejuaraanCoppa Italia bersama Milan pada 2003, trofi piala domestik pertama mereka sejak 26 tahun. Pada tahun yang sama, Seedorf meraih pingatLiga Juara-Juara ketiga baginya lalu beliau menjadi pemain pertama memenangi Liga Juara-Juara bersama tiga kelab berbeza.[13] Pada perlawanan akhir menyaksikan Milan menewaskan lawan dari tanah air, Juventus menerusi penentuan penalti meskipun Seedorf gagal menyempurnakan tendangannya. Padamusim berikutnya, Seedorf membantu Milan menyumbang gelaran "Scudetto".
Seedorf menjadi peranan utama Milan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhirLiga Juara-Juara sekali lagi pada 2005. Beliau menjaringkan satu gol pada kempen Liga Juara-Juara mereka pada perlawanan pembukaan menentangShakhtar Donetsk pada 14 September 2004 dan seterusnya tampil dalam 13 perlawanan.[14] Pada perlawanan akhir yang berlangsung diIstanbul menentangLiverpool, Milan mendahului dengan selesa 3-0 sebelum akhirnya tewas pada penentuan penalti selepas terikat seri 3-3. Seedorf tidak mengambil tendangan penalti tersebut.[15] Milan turut dinobatkan naib juara dalamSerie A tujuh mata di belakang juara Juventus walaupun Juventus dilucutkan gelaran juara dan Milan turut dipotong mata oleh kerana skandal pengaturan perlawanan.[16]
Seedorf mengambil tendangan sudut untuk Milan pada 2010.
Skandal "calciopoli" telah melemahkan pasukan Milan tetapi mereka dibenarkan beraksi di pentas Eropah pada musim seterusnya lalu membolehkan pemain-pemain ternama Milan membuat keputusan untuk kekal. Posisi Seedorf di pemain tengah semakin pudar apabilaKaká menjadi tonggak utama Milan yang membantu pasukan ini sekali lagi melangkah ke perlawanan akhirLiga Juara-Juara dan sekali lagi bertemu lawan sama, Liverpool. Pada kali ini, mereka akhirnya melunaskan dendam mereka dengan membenam Liverpool 2-1 diAthens selain Seedorf berhasil mengutip pingat Liga Juara-Juara keempatnya. Pada tahun yang sama, Seedorf sebahagian daripada skuad Milan yang meraih kejayaan dalamPiala Kelab Dunia. Seedorf menjadi pemain Eropah pertama meraih trofi itu bersama tiga kelab berbeza (Ajax pada 1995 dan Real Madrid pada 1998). Beliau dianugerahkan Bola Perak pada kejohanan itu.[17] Pada penghujung musim 2006-07, Seedorf diundi sebagai pemain tengah terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara. Beliau tampil dalam perlawanan ke-100nya dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada 4 Disember menentangCeltic.
Bersama Milan, Seedorf membentuk satu perikatan antaraGennaro Gattuso danAndrea Pirlo yang bermula sejak musim 2002–03. Gabungan trio ini sentiasa digunakan dalam kesebelasan utama sehinggalah musim 2011–12. Pirlo meninggalkanRossoneri pada musim panas 2011 walaupun prestasi mereka sedikit merosot. Di bawah pengendaliCarlo Ancelotti, peranan mereka ialah ingin membantu pemain tengah menyerang sama adaRivaldo,Rui Costa, Kaká atauRonaldinho.
Seedorf menjadi pemain asing yang banyak beraksi untuk Milan pada perlawanan menentang kelab lama beliau,Sampdoria selain beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan itu. Dengan 395 penampilan, beliau memintas rekodNils Liedholm untuk pencapaian bersejarah ini. Pada perlawanan menentang Sampdoria, beliau merupakan pemain asing kesembilan Milan paling banyak menjaringkan gol dengan menghasilkan 58 gol.
Seedorf pada perlawanan antara Milan dan Siena ketika musim 2011-12.
Pada 29 Mac 2010, Seedorf menjadi sasaran penyokongLazio untuk melaungkan nyanyian perkauman pada perlawanan yang berkesudahan 1-1. Perlawanan itu menyebabkan kelab Rom itu didenda 15 ribueuro olehPersekutuan Bola Sepak Itali (FIGC). Selain itu, ia turut menyatukan pemain-pemain Itali menentang perkauman supaya tidak memuncak di Serie A.
Seedorf meraih kejuaraanScudettonya bersama Milan pada musim2010-11 dan beliau turut sekali lagi menjadi tonggak utama pasukan. Beliau menjaringkan empat gol dalam 36 kemunculan buat musim 2010–11. Seedorf menambah pingat lain dalam galeri trofinya pada aksiPiala Super Itali menentang musuh tradisi, Internazionale yang berkesudahan Milan menumbangkan Inter 2-1. Beliau menjaringkan gol kemenangan Milan pada perlawanan kemenangan pertama mereka dalam kempen Serie A2011-12 mmenentangCesena pada 24 September.[18]
Seedorf berada di kedudukan ketujuh dalam 20 pemain terbaik Liga Juara-Juara olehChampions, majalah rasmi UEFA.[19] Pada 14 Mei, beliau mendedahkan beliau akan beraksi pada perlawanan terakhirnya untuk Milan pada perlawanan menentang Novara pada hari yang sama. Beliau mengesahkan beliau akan meneruskan bermain tetapi bersama kelab lain. Pada 21 Jun, Seedorf berkata dalam satu sidang untuk mengumumkan pemergiannya dari Milan, "Saya pergi selepas sepuluh tahun yang indah...Saya meninggalkan sebuah keluarga". Seedorf meninggalkanRossoneri selama sedekad dan meraih dua trofi Liga Juara-Juara, dua gelaranScudetto dan satu trofi Coppa Italia.[20][21]
Pada 30 Jun 2012, Seedorf menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Brazil,Botafogo. Pemain veteran melakukan debut untuk kelab pada 22 Julai menentangGrêmio. Pada 5 Ogos, Seedorf menjaringkan gol pertamanya buat Botafogo melalui satu percubaan sepakan percuma terus ketika menentangAtlético Goianiense. Pada 5 September, Seedorf menjaringkan dua gol dan satu hantaran semasa menentangCruzeiro yang berkesudahan Botafogo menang 3-1.[22] Pada 3 Februari 2013, buat pertama kali dalam kariernya, Seedorf menjaringkan hatrik menentangMacaé.
Pada 6 Jun, Seedorf menjaringkan gol ke-100nya dalam liga domestik sepanjang kariernya. Pada 14 Januari 2014, Seedorf akhirnya mengumumkan persaraannya. Beliau mengumumkan akan menamatkan kariernya sebagai seorang pemain dan mula mengambil alih kekosongan jawatan pengurus di Milan berikutan pemecatanMassimiliano Allegri.
Disebabkan oleh undang-undang negara Suriname yang tidak membenarkan dua kerakyatan, pemain-pemain yang mengambil kerakyatan Belanda tidak dibenarkan untuk mewakilibekas jajahan Belanda. Kesudahannya, Seedorf mewakilipasukan kebangsaan Belanda ketika menjadi pemain Ajax. Beliau menerima panggilan pertama pada 14 Disember 1994 pada usia 18 tahun untuk perlawanan menentangLuxembourg.[23] Seedorf menjaringkan gol pada perlawanan debutnya menentang Luxembourg yang berkesudahan Belanda menang 5-0 pada aksikelayakan Euro 1996.
Seedorf sebahagian daripada skuad Belanda yang layak keEuro 1996. Beliau diingati pada perlawanan suku akhir menentangPerancis apabila gagal menyudahkan penalti pada penentuan penalti selepas perlawanan berkesudahan terikat seri tanpa jaringan. Beliau juga tampil diEuro 2000 dan2004 sertaPiala Dunia 1998 yang menyaksikan pasukan Belanda mara ke separuh akhir sebelum tersingkir.
Pada 12 November 2006, Seedorf dipanggil buat pertama kali sejak Jun 2004 untuk menggantikanWesley Sneijder yang mengalami kecederaan. Beliau mula bermain dan beraksi 90 minit penuh pada perlawanan terikat seri 1-1 bertemuEngland. Pada perlawanan kelayakan Euro 2008, Seedorf hanya bermain selama sepuluh minit menentangRomania (0–0 at home) andSlovenia. Jurulatih pasukan kebangsaan,Marco Van Basten lebih memilih pemain-pemain muda sepertiRafael van der Vaart, Wesley Sneijder danRobin van Persie. Pada 13 Mei 2008, Seedorf mengumumkan beliau tidak akan mengambil bahagian dalamEuro 2008 kerana beliau masih berkonflik dengan Van Basten.
Seedorf dilantik sebagai ketua jurulatihMilan pada 16 Januari 2014. Pada 19 Januari, beliau menyaksikan kemenangan pertama buat pasukannya di bawah kendaliannya pada perlawanan menentangHellas Verona.[24] Seedorf dipecat Milan pada 9 Jun 2014 selepas hanya empat bulan memegang jawatan.Filippo Inzaghi dinamakan sebagai penggantinya.