Chordata (bahasaMelayu:kordat[3][sumber lebih baik diperlukan]) ialahfilum haiwan merangkumi kelompokVertebrata yangbertulang belakang dengan beberapainvertebrata (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Nama filum ini dijejakkan kepada perkataanbahasa Yunaniχορδήkhorde yang bermaksud "tali" dipakai kepada struktur keras pada belakang haiwan-haiwan dalam filum (chorda dorsalis),[4][5] haiwan-haiwan dalam filum juga mempunyai tunjang saraf yang berongga dan liang-liang difarinks.[6] Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum:Urochordata,Cephalochordata, danVertebrata.[7] Sesetengah saintis menganggapHemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukanVertebrata. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagiHagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.
Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.
Skema berikut dari edisi ketigaVertebrate Palaeontology.[8] Sungguhpun ia berstruktur bagi menunjukkan kaitan evolusi (sama seperticladistics), ia turut mengekalkan peringkat tradisi yang digunakan dalam taksonomi Linnaean.
Garis menunjukkan kemungkinan kaitan revolusi, termasuk taxa pupus, yang diwakili dengan pisau belati (dagger), †. Sesetengahnya adalah invertebrata. Kordata merupakan phylum.
Kedudukan (hubungan) bagi clades Lancelet, Tunicate, dan Craniata adalah seperti dilaporkan[9] dalam journal saintifikNature.
Asal kordata pada masa ini tidak diketahui. Kordata yang jelas dapat dikenal pasti adalah ikan mudah (reduced fish)- atau spesimen sepertilancelet dariKambria. Kebanyakan spekulasi mengenai asal mereka jatuh kedalam salah satu kategori berikut:
Haiwan seperti cacing yang tinggal dalam mendakan yang bertukar memiliki badan lebih leper dan/atau sirip bagi berenang.
Makan mengguna penapis tiub (sessile) yang berubah menjadi haiwan bebas berenang dengan menggunakan ridip. (Tunicates, dianggap sebagai kordata, adalah makan mengguna penapis tiub sessile yang memiliki larva seperti berudu.)
Larva berenang atau terapung sejenis haiwan yang akhirnya mengekalkan ciri berenang sehingga dewasa.
Notochord menjadi kaku dalam kebanyakan kordata mungkin telah berubah bagi mebantu keberkesanan pengucupan otot berselang bagi berenang (dalam pergerakan bentuk S). dalam kata lain, bagi melenturkan tubuh, otot memerlukan struktur kaku bagi manariknya, dan notochord (sekurang-kurangnya sebelum tulang belakang) adalah struktur asas bagi memberikan pengukuhan ini. Ketiadaan bahagian badan kaku mungkin menyebabkan haiwan menjadi pendek semasa pengucupan otot dan bukannya peregrakan lentur yang diperlukan bagi berenang.