Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Chomel Fana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chomel Fana
چوميل فانا
Kelahiran
Noorhanis Farhana binti Shaharuddin

(1986-08-22)22 Ogos 1986 (umur 38)
Nama lainChomell Fioz, Chomel Farhana, Chomell Roses
PekerjaanPelakon,penyanyi,pengacara
Tahun aktif2007–kini
Kerjaya muzik
GenrePop,R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanKRU Music (2011–2013)

Noorhanis Farhana binti Shaharuddin (lahir pada 22 Ogos 1986) atau lebih popular sebagaiChomel Fana (Jawi:چوميل فانا) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara televisyenMalaysia. Dari kerjaya lakonannya, beliau terkenal menerusi sitkomChomel arahanAziz M. Osman.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Chomel dilahirkan pada 22 Ogos 1986 diKuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik.[1] Beliau juga pernah aktif dalam bidang sukan apabila pernah menjadi pemain bola sepak wanita Malaysia B, bekas ahli SilatSelangor dan Olahragawati negeriSelangor.[2]

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Chomel banyak melibatkan diri di sebalik tabir dan hanya berlakon sebagai pelakon undangan dan tambahan sahaja dalam beberapa buah drama dan telefilem, namun Chomel mula ditawarkan memegang watak utama melalui drama bersiri Chomel yang dicungkil oleh pengarah terkenal iaituAziz M Osman yang bersiaran diTV3 pada tahun 2009.

Selepas itu, beliau mula mencuba bakat nyanyian beliau di bawah pengurusan KRU Music dengan mengeluarkan single berjudulBFF pada tahun 2011.BFF yang merupakan singkatan akronim kepadaBest Friend Forever (Kawan Rapat Selama-lamanya) ini menceritakan pengajaran mengenai sahabat sejati; di mana sahaja, merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun yang berlaku, tidak kiralah susah atau senang. Lagu ini juga mengingatkan Chomel kepada tiga orang sahabatnya yang telah beliau perkawan selama lapan tahun.[3]

Namun pada 2013, Chomel memberitahu beliau telah secara rasminya keluar daripada KRU Music Group kerana kontraknya selama dua tahun telah tamat dan menguruskan kerjayanya secara sendiri.[4][5][6]

Pada tahun 2017, Chomel juga berlakon dalam dramaSuamiku Paling Sweet memegang watak pembantu sebagai Syukriah, kawan kepada Qisha Iriz lakonanMawar Rashid. Drama ini ditayangkan diTV3 dalam slot Akasia pada 13 Februari 2017. Selain itu, beliau juga membintangi drama komediJojie Gigil dan dramaBahagia Kasihmu yang bersiaran di TV3.

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Chomel Fana memendekkan rambutnya dan berpenampilan seperti gadis tomboi.

Filemografi

[sunting |sunting sumber]

Filem

[sunting |sunting sumber]
TahunTajukWatakCatatan
2010Siti Suka Ramli SaripFilem pendek
2012Azura
Cinta Kura-KuraVokalis Gedik GurlsPenampilan khas
2013Dorong

Drama

[sunting |sunting sumber]
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007–2008PuteriTV3Pelakon undangan; episod 2
Bong (Musim 5)TV9Pelakon undangan; episod 1
Vice VersaTV3Pelakon tambahan
2009ComelComel
TeknofobiaAstro RiaEpisod "GPS"
Roda-Roda Kuala LumpurMinah rempitTV2
2010Hotel ManiaNiniTV3
KaisarahPelakon undangan
2011Stanza CintaAuni
Beret HijauAmirahTV1
Cita & CintaIndahTV9
2012Friday I'm In LoveImelda
2013Balqis[7]BalqisTV2
Menjinak OmbakSofeaTV3
2015Gerak Khas (Musim 15)RitaTV2Episod: "Otai"
Hello, Mr. Perfect!AmaniTV3Pelakon undangan
2016Gerak Khas (Musim 16)Sam / SamsiahTV2Episod: "Tomboy"
2017Sumpah IbuAyuTV9
Suamiku Paling SweetSyukriah / SyukTV3
Bahagia KasihmuEliyana / Elly
Jojie GigilOnie
2019IktibarEpisod: "Korban Cinta"
2021Selamat Datang CintaYasminSalam HD
2022 - 2023Chinta ArjunaNanaTV3
2024Boleh Saya Bantu?Production ManagerEpisod 10
Lara KasihSyidah

Telefilem

[sunting |sunting sumber]
TahunTajukWatakSaluran TV
2009Laila SariAstro Ria
Diva - Diva PencenAstro Warna
2012Cinta BolaYuniTV3
2014Talkin di Birai KatilTV1
2015Mak MudaDamieTV3
2017Isteriku, CikgukuRita
2022Ke Hujung NyawaTV AlHijrah

Televisyen

[sunting |sunting sumber]
TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
Siapa LigatPesertaTVi
2010TV RTMPengacara
RemajaRTM
2011Carta Blockbuster (Musim 2)KRU TV

Diskografi

[sunting |sunting sumber]

Single

[sunting |sunting sumber]
TahunTajukMenampilkanAlbumCatatan
2011"BFF"

Anugerah

[sunting |sunting sumber]
  • Tempat Ketiga dalam pertandingan nyanyianPPW Idol (2007)

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Mohd Rohaizad (11 Julai 2013)."BIODATA CHOMEL FANA | PROFIL | GOSIP TERKINI".Mohdrohaizad.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 20 Julai 2017. Dicapai pada22 Mac 2017.
  2. ^Azhan (13 September 2016)."Biodata Chomel Fana".Azhan.co.Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada22 Mac 2017.
  3. ^Feride Hikmet Atak (5 Disember 2011)."Chomel Fana Pernah Abaikan Keluarga Dan Kawan".mStar.Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada22 Mac 2017.
  4. ^Feride Hikmet Atak (11 Julai 2013)."Chomel Fana Keluar Dari KRU Music".mStar.Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada22 Mac 2017.
  5. ^"Chomel Fana Nafi Keluar KRU Kerana Bergaduh".Malaysian Digest. 11 Julai 2013.Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada22 Mac 2017.
  6. ^Khairul Amri Hassan (17 Julai 2013)."Chomel Fana tiada isu dengan KRU Studios".Kosmo! Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-19. Dicapai pada20 Julai 2017.
  7. ^"Drama Islamik sempena Ramadan di RTM".Sinar Harian. 21 Mac 2013.Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada22 Mac 2017.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Chomel_Fana&oldid=6379275"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp