Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Cho Chang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Harry Potter
Cho Chang
Cho Chang, dilakonkan olehKatie Leung.
Cho Chang
Warna rambutHitam
Warna mataPerang Tua
RumahRavenclaw
SekolahHogwarts
Dilakonkan olehKatie Leung
Kemunculan pertamaHarry Potter and the Goblet of Fire (filem)
Harry Potter dengan Banduan Azkaban (buku)

Cho Chang (lahir1979) ialah salah satu watak ciptaanJ. K. Rowling bagi siri novel remaja,Harry Potter. Dia ialah pelajar dari rumahRavenclaw dan setahun lebih tua daripada Harry. Dia digambarkan sebagai orang yang rendah dan cantik dengan rambut hitam yang panjang. Dia amat popular dan sering diikuti oleh sekumpulan kawan-kawan. Cho bermain di posisi Seeker untuk pasukanQuidditch Ravenclaw dan pasukan Quidditch kegemarannya adalahTutshill Tornadoes. Namanya menunjukkan bahawa dia berketurunanAsia dan berkemungkinan daripada bangsaCina,Korea,Thai atauVietnam. Dia terkenal sebagai orang pertama yang disukai, dicium, dan diputuskan hubungan oleh Harry. Dia digambarkan"sangat cantik" dengan rambut hitam panjang, dan biasa ditemani dengan sekelompok murid-murid Ravenclaw lainnya.

Peranan dalam siri

[sunting |sunting sumber]

DalamHarry Potter and the Goblet of Fire, Harry berusaha untuk mengajak Cho menghadiri Majlis Tari-menari bersamanya, tetapi Cho meminta maaf kepadanya kerana dia telah diajak olehCedric Diggory. Cho juga sangat baik kepada Harry. Pada buku keempat, dia mempunyai hubungan dengan Cedric hinggalah Cedric dibunuh olehPeter Pettigrew ketika tugasan ketiga dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio.

Cho juga merupakan salah seorang oelajar yang percaya pernyataan Harry tentang kembalinyaLord Voldemort dalam Order of the Phoenix. Ketika diminta untuk menyertaiTentera Dumbledore, Cho mengaku bahawa orang tuanya berharap dia tidak mengambil bahagian dalam gerakan menentangKementerian Sihir, tetapi dia tetap bergabung kerana ia ingin melawan Voldemort. Cho berciuman dengan Harry dibawah pohonmistletoe setelah sesi terakhir TD sebelum cuti krismas.

Ketika HariValentine, Harry bertemu janji dengan Cho di Kedai Puan Puddifoot, tetapi pertemuan itu gagal kerana Cho cemburu dengan hubungan Harry dan Hermione dan disebabkan kurangnya pengetahuan Harry tentang perempuan. Hubungan mereka agak renggang setelah pertemuan itu dan berakhir setelah rakannya dipercayai memberitahukan tentang TD padaDolores Umbridge.

Walaupun begitu, dalam siri terakhirHarry Potter, Cho memperlihatkan kesetiaannya kepada TD. Dia bergabung dengan para anggota TD di Bilik Keperluan dan turut serta dalam peperangan di Hogwarts melawan Voldemort. Pada saat bertemu dengan Harry, dia masih ramah dan mahu memberikan maklumat tentang mahkota Ravenclaw (salah satu dariHorcrux Voldemort) dan menawarkan kepada Harry untuk menemaninya memasuki rumah Ravenclaw untuk mencari petunjuk, tetapi Ginny, yang cemburu, segera mencadangkan agarLuna Lovegood menemani Harry.

Di dalam filemHarry Potter and the Goblet of Fire danHarry Potter and the Order of the Phoenix, watak Cho Chang dilakonkan olehKatie Leung.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Watak Harry Potter
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cho_Chang&oldid=4594641"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp