Chicago (sebutan: Syi-ka-go,IPA: /ʃɪˈkɑ.ɡoʊ/) adalah bandar raya terbesar di negeriIllinois, terbesar dalamMidwest, dan, dengan jumlah penduduk melebihi tiga juta orang, ia adalah bandar raya ketiga paling padat diAmerika Syarikat.Kawasan metropolitan Chicago (lebih dikenali sebagaiChicagoland) mempunyai jumlah penduduk melebihi 9.5 juta orang dalam Illinois,Wisconsin danIndiana, membuatkannya juga kawasan metropolitan yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat.[1] Chicago terletak di sepanjang barat daya pesisirTasik Michigan dan adalah sebuah pusat utamapengangkutan, industri,politik,budaya, kewangan,ubat-ubatan dan InstitutPengajian Tinggi. Antara nama gelaran Chicago termasuklah "Bandaraya Berangin," "Bandar Chi," "Bandar Yang Kedua," dan "Bandar Raya Bahu Besar" (daripada sajakCarl Sandburg bertajukChicago).
Sepanjang pertengahan kurun ke-18, kawasan Chicago telah didiami terutamanya oleh puakPotawatomi, yang mengambil tempat orangMiami danSauk dan Rubah. Peneroka bukan penduduk asal pertama di Chicago,Jean Baptiste Pointe du Sable dariHaiti, tiba dalam tahun 1770-an, berkahwin dengan seorang wanita puak Potawatomi, dan mengasaskan pusat dagangan pertama kawasan berkenaan. Pada tahun 1803, Tentera Amerika Syarikat membinaKota Dearborn, yang dimusnahkan pada tahun 1812 dalamPembunuhan beramai-ramai Kota Dearborn. PuakOttawa,Ojibwa, dan Potawatomi kemudian menyerahkan tanah itu kepada Amerika Syarikat dalamPerjanjian St. Louis tahun 1816. Semasa12 Ogos1833, Bandar Chicago dirancang dengan jumlah penduduk seramai 350 orang, dan dalam masa tujuh tahun ia berkembang dengan jumlah penduduk melebihi 4,000 orang. Bandar Raya Chicago diperbadankan pada4 Mac1837.
Charles Madigan., penyunting (1 September, 2004).Global Chicago. University of Illinois Press.ISBN 0-252-02941-0.Check date values in:|year= (bantuan)
Miller, Donald L. (1996).City of the Century: The Epic of Chicago and the Making of America. Simon & Schuster.ISBN 0-684-80194-9.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2005-07-22, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)