Charlie's Angels ialah sebuah siri drama televisyen Amerika Syarikat yang disiarkan diABC dari 22 September 1976 hingga 24 Jun 1981, diterbitkan sebanyak 5 musim dan 110 episod. Siri ini dicipta olehIvan Goff danBen Roberts dan diterbitkan olehAaron Spelling. Ia mengikuti pengembaraan jenayah tiga wanita yang bekerja di sebuah agensi detektif swasta diLos Angeles, California, dan lakonanKate Jackson,Farrah Fawcett (sebagai Farrah Fawcett-Majors), danJaclyn Smith dalam peranan utamaJohn Forsythe menyumbagkan suara untuk bos mereka, Charlie Townsend, yang tidak kelihatan.[1] Terdapat perubahan pada barisan pelakon: selepas pengunduran Fawcett dan Jackson, dengan penambahanCheryl Ladd,Shelley Hack, danTanya Roberts.[2]