Charles II (29 Mei1630 – 6 Februari1685) merupakan raja bagiEngland,Scotland, danIreland.
Ayah Charles II iaituKing Charles Itelah dibunuh diWhitehall pada 30 Januari 1649, semasa kemuncakPerang Saudara England.Parlimen England tidak menabalkan Charles II sebagai raja pada waktu ini. Sebaliknya, mereka meluluskan undang-undang menjadikan pertabalan ini tidak sah. England terjebak di dalam tempoh yang dikenali sejarah sebagaiTempoh Peralihan England atauKomanwel England dan menjadikan negara ini sebagai sebuah republikde facto dengan diketuai olehOliver Cromwell. Scotland, bagaimanapun sebagai sebuah kerajaan yang berasingan melaluiParlimen Scotland telah mengistiharkan Charles II sebagaiRaja Scotland pada 5 Februari 1649 diEdinburgh. Beliau telah ditabalkan sebagai Raja Scotland diScone pada 1 Januari 1651. Berikutan kekalahan beliau kepada Cromwell di dalamPertempuran Worcester pada 3 September 1651, Charles telah melarikan diri ke tanah besar Eropah dan menghabiskan sembilan tahun berikutnya dalam buangan di Perancis,Wilayah-wilayah Bersatu danBelanda Sepanyol.
| Persondata |
|---|
| Nama | Charles II dari England dan Scotland |
| Nama alternatif | Charles Stuart |
| Pemerihalan ringkas | Raja England, Ireland dan Scotland |
| Tarikh kelahiran | 29 Mei 1630 |
| Tempat kelahiran | Istana St. James, London |
| Tarikh kematian | 6 Februari 1685 |
| Tempat kematian | Istana Whitehall, London |