Nama asal Charlemagne dalambahasa Frank Lama tidak pernah dicatat, tetapi nama terawalnya yang diketahui dalambahasa Latin ialah "Carolus" atau "Karol's". Putera kepada RajaPippin si Katik danBertrada dari Laon, Charlemagne mewarisi bapanya dan memerintah bersama-sama dengan adiknya,Carloman sehingga kemangkatan adik itu pada tahun771.
Charlemagne meneruskan dasar bapanya terhadapkepausan dan menjadi pelindungnya, menghapuskan kuasa kaumLombard diItali, dan bertempur dengan kaumSaracen yang mengancam kerajaannya dariSepanyol. Adalah dalam salah satu kempen ini diRoncesvalles (778) bahawa Charlemagne mengalami kekalahan yang paling teruk dalam hidupnya. Baginda juga berkempen terhadap orang-orang di timurnya, khususnya kaumSaxon dan selepas sebuah perang yang berlarutan, berjaya menaklukkan mereka. Melalui menjadikan mereka beragamaKristian, Charlemagne menyepadukan mereka ke dalam kerajaannya dan dengan itu, membuka jalan untukDinasti Otto yang kemudian.
Charlemagne yang memulakan pemerintahannya pada tahun768 mendapati diri sebagai dipertuan terhadap sebuah kerajaan yang amat besar sehingga dapat berhasrat menghidupkan semula gelaran Maharaja Latin. Baginda menaklukkan Itali Utara dan menguasai Rom.[2]
Pada tahun687,Pippin si Tengah, datuk bandar istana Austrasia, menamatkan persengketaan antara raja-raja dengan datuk bandar mereka melalui kemenangannya diTertry, dan menjadigabenor tunggal untuk hampir seluruh kerajaan Frank. Pippin pada dirinya merupakan cucu kepada dua orang tokoh yang paling mustahak di Kerajaan Austrasia, iaitu SantoArnulf dari Metz danPippin dari Landen. Pippin si Tengah akhirnya diwarisi oleh anak lelakinya yang dilahirkan di luar nikah, Charles, yang kemudian dikenali sebagaiCharles Martel (si Penukul). Selepas tahun737, Charles memerintah kaum Frank tanpa seorang raja tetapi tidak hendak menggelar diri sebagai "raja". Charles diwarisi oleh anak-anaknya,Carloman danPippin si Katik, bapa Charlemagne. Untuk mengelakkan perpecahan di pinggir kerajaan, kedua-dua adik-beradik memahkotaiChilderic III yang merupakan raja Merovingian yang terakhir.
Selepas Carloman meletakkan jawatannya, Pippin menggulingkan Childeric III dengan kebenaranPaus Zachary. Pada tahun751, Pippin dipilih dan dilumaskan sebagai raja kaum Frank. Kemudian pada tahun754,Paus Stephen II sekali lagi melumaskan Pippin, bersama-sama anak-anaknya yang muda yang kini merupakan pewaris-pewaris kepada sebuah kerajaan agung yang merangkumi kebanyakan kawasan Eropah tengah dan barat. Dengan itu,dinasti Merovingian digantikan oleh dinastiCarolingian, dinasti yang dinamai sempena nama bapa Pippin, Charles Martel.
Di bawah dinasti baru, kerajaan Frank diperluas untuk merangkumi kebanyakan Eropah Barat. Bahagian kerajaan tersebut merupakan negara-negaraPerancis danJerman kini,[3] dengan perkembangan-perkembanganagama,politik, danseni Francia (Perancis) yang berkedudukan di tengah mentakrifkan kesemua bidang tersebut di seluruh Eropah Barat.
Charlemagne dianggap secara tradisi sebagai dilahirkan pada2 April742. Bagaimanapun, banyak faktor telah menyebabkan tarikh tersebut ditimbangkan semula. Pertamanya, tahun 742 dihitung berdasarkan umurnya ketika baginda mangkat, bukannya berdasarkan sumber-sumber utama. Selain itu, lagi satu tarikh lahir yang berbeza juga telah diberikan olehAnnales Petarienses, iaitu1 April747. Pada tahun itu,1 April merupakanHari Easter. Kelahiran seorang maharaja pada Hari Easter adalah satu kebetulan yang pasti menimbulkan ulasan, tetapi tidak terdapat sebarang ulasan yang didokumenkan pada tahun 747 dan oleh itu, sesetengah pengulas telah mengesyaki bahawa hari jadi pada Hari Easter tersebut hanya merupakan sebuah fiksyen suci yang direka-reka sebagai suatu cara untuk memberikan penghormatan kepada Maharaja. Pengulas-pengulas yang lain yang mempertimbangkan rekod-rekod utama telah mencadangkan bahawa tarikh kelahirannya adalah satu tahun lebih kemudian, iaiatu pada tahun748.
Pada masa ini, tarikh lahir Charlemagne masih tidak dapat dipastikan. Tekaan-tekaan yang terbaik tentang tarikh dan tempat lahir termasuk1 April 747, selepas15 April 747, atau1 April748 diHerstal (tempat asal bapanya), sebuah kota yang terletak berhampiran denganLiège diBelgium, kawasan yang kedua-dua keluarga Merovingian dan Carolingian berasal. Charlemagne keJupille untuk mendiami divila bapanya ketika berumur sekitar tujuh tahun dan ini telah menyebabkan Jupille disenaraikan sebagai salah satu tempat lahirnya yang mungkin oleh hampir semua buku teks sejarah. Kota-kota lain yang dicadangkan termasukPrüm,Düren, danAachen.
Disebabkan banyakbahasa yang dituturkan di dalam empayarnya, nama Charlemagne telah dikekalkan dalam berbagai-bagai bentuk oleh banyak bahasa. Bahasa Charlemagne pada dirinya tidak wujud lagi, tetapi telah berkembang menjadi sebilanganbahasa Frank. Perkataan "Charles" diterbitkan daripadakata dasarGermanik yang membawa pengertian "lelaki" atau "lelaki bebas".[4] Ia adalah berkait dengan "churl", sepatah perkataanInggeris. Dalam banyakbahasa Slavik, perkataan "raja" pada dirinya diterbitkan daripada nama Slavik Charles.
Isteri keduanya ialahGerperga, seringnya silap dipanggil sebagai Desiderata atau Desideria, puteriDesiderius (rajakaum Lombard), yang dikahwini pada tahun768, dengan perkahwinan tersebut dibatalkan pada tahun771.
Isteri ketiganya ialahHildegard (757/758 -783/784) yang dikahwini pada tahun771 dan yang meninggal dunia pada tahun784. Melaluinya, sembilan orang anak dilahirkan:
^Oman, Charles.The Dark Ages 476–919. Rivingtons: London, 1914. Menganggap cicit-cicit Charlemagne sebagai raja pertama Perancis dan Jerman yang ketika itu merupakan seluruh Empayar Carolingian, selain daripada Itali.
Scholz, Bernhard Walter (1970).Carolingian Chronicles: Royal Frankish Annals and Nithard's Histories. Ann Arbor: Percetakan Universiti Michigan.ISBN 0-472-08790-8.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) Terdiri daripadaAnnales regni Francorum danThe History of the Sons of Louis the Pious.
Barbero, Alessandro (2004).Charlemagne: Father of a Continent. trans. Allan Cameron. Berkeley: University of California Press.ISBN 0-520-23943-1.
Becher, Matthias (2003).Charlemagne. trans. David S. Bachrach. New Haven: Yale University Press.ISBN 0-300-09796-4.
Ganshof, F. L. (1971).The Carolingians and the Frankish Monarchy: Studies in Carolingian History. trans. Janet Sondheimer. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press.ISBN 0-8014-0635-8.
Langston, Aileen Lewers (1974).Pedigrees of Some of the Emperor Charlemagne's Descendants. Baltimore: Genealogical Pub. Co.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Pirenne, Henri (1939).Mohammed and Charlemagne. trans. Bernard Miall. New York: Norton.
Sypeck, Jeff (2006).Becoming Charlemagne: Europe, Baghdad, and The Empires of A.D. 800. New York: Ecco/HarperCollins.ISBN 0-06-079706-1.
Wilson, Derek (2005).Charlemagne: The Great Adventure. London: Hutchinson.ISBN 0-09-179461-7.