Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Chaebol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chaebol ([cé-bol];Korea:재벌,[tɕɛ̝.bʌl] (dengar)) adalahkonglomerat industri besar yang diuruskan dan dikawal oleh individu atau sesebuah keluarga diKorea Selatan. Chaebol sering terdiri dari sejumlah besar sekutu yang dikawal oleh seseorang pengerusi yang berpengaruh melebihi kuasa undang-undang.[1] Terdapat beberapa dozen kelompok korporat besar yang jatuh di bawah definisi ini.

Pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Chaebol sering dibandingkan dalam lingkungan yang sama dengankeiretsu(kesinambungan kepadazaibatsu pada zaman perang) di Jepun, namun dengan beberapa ciri ketara:

  • Chaebol banyaknya masih dikawal keluarga pengasas (jauh lebih ditumpukan kepada ahli keluarga berbanding di Jepun) manakala keiretsu ditadbir kelompok pengurus profesional.
  • Pemilikan chaebol lebih berpusat daripada keiretsu.
  • Chaebol lebih membentuk anak-anak syarikat dalam penghasilan komponen untuk dieksport manakala syarikat-syarikat Jepun lebih mengalihdayakan tugas tersebut kepada kontraktor-kontraktor luar.
  • Tidak semua chaebol punya institusi kewangan yang tersendiri - kebanyakan bergantung kepada pinjaman dan jaminan kewanganpemerintah Korea Selatan pada tahun-tahun awal, maka lebih bersekutu atau berhubungan rapat dengan pemerintah. Bahkan, chaebol diharamkan memiliki bank swasta agar ditambahkan risiko serta sokongan pemerintah ke atas bank-bank sedia ada dalam bidang pengurusan kewangan tertentu. Keiretsu pula mempunyai bank yang bekerjasama rapat memberikan akses kepada kredit tanpa had, namun banyak syarikat-syarikat ini telah mempelbagaikan amalan hutang mereka termasuklah penjualan bon saham awam.

Model chaebol sangat bergantung kepada suatu sistem pemilikan interlocking yang sangat rumit. Pemilik sebuah syarikat chaebol dengan bantuan ahli keluarganya sendiri, badan amal serta pengurus kanan anak syarikat perlu mentadbir sebanyak tiga hingga empat syarikat awam sahaja, di mana syarikat-syarikat ini sendiri saling mengawal anak syarikat masing-masing.[2]

Budaya kerja

[sunting |sunting sumber]

Budaya pengurusan dalam syarikat-syarikat sebegini bercirikan "kebapaan" atau paternalistik akibat pengaruh kuat unsurneo-Konfucius dalam budaya orang Korea. Pengerusi dianggap sebagai "bapa angkat" kepada para pekerja bawahannya. Pangkat dan merit dalam berkhidmat kepada sesebuah syarikat diberikan berdasarkan tempoh berkhidmat kepada sesebuah konglomerat itu.

Pekerja sanggup menghabiskan masa yang lama sehingga ke ke hujung minggu dan cuti sekalipun demi memuaskan hati para pentadbir mereka.[3] Malah, kesetiaan kepada syarikat sangat tinggi diterapkan dalam kalangan kakitangan syarikat sehingga penglibatan dalam acara-acara kemasyarakatan dan kemasukan digiatkan secara kuat.

Senarai chaebol mengikutmonopoli

[sunting |sunting sumber]
Chaebol by each GroupsNilai dalamwonNilai dalameuroJumlah asetIndustri
Samsung Group221 trilion180 billion317.5Elektronik, insurans, kad, pembinaan bangunan & perkapalan
LG Corporation115 trilion94 bilion69.5Elektronik, teknologi paparan, kimia, telekomunikasi & perdagangan
Hyundai Kia Automotive Group107 trilion87.5 bilion128.7Permotoran, penghasilan besi & Penyimpanan
SK Group105 trilion85.85 bilion85.9Janaan tenaga, telekomunikasi, perdagangan, pembinaan &semikonduktor
GS Group49.8 trilion40.7 bilion39.0Janaan tenaga, komersil & pembinaan
Lotte Corporation41.4 trilion33.85 bilion54.9Pembinaan, makanan, janaan tenaga, komersil
Hyundai Heavy Industries Gp31.3 trilion25.6 bilion42.8Industri berat (includingHyundai Mipo Dockyard)
Hanwha27.24 trilion22.27 billion75.7Bahan letupan, panel suria, aeroangkasa, kimia, insurans
Hanjin26.1 trilion21.34 bilion29.1Korean Air, Jin Air, perkapalan, industri berat
Kumho Asiana Group23.4 trilion19.13 billion43.9Asiana Air, Air Busan, construction,petrokimia, penghasilan tayar
Doosan21.4 trilion17.5 bilion32.7Industri berat, tenaga atom[4]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Jung, Dong-Hyeon (August 2004)."Korean Chaebol in Transition".China Report.40 (3): 299–303.doi:10.1177/000944550404000306. Dicapai pada13 Februari 2013.
  2. ^Kim, Dong-Woon (April 2003). "Interlocking Ownership in the Korean Chaebol".Corporate governance: an International Review.
  3. ^Tudor, Daniel (2012).Korea: The Impossible Country. UK: Tuttle.
  4. ^"연 결 손 익 계 산 서" (dalam bahasa Korean). Dicapai pada21 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

my web

Ikon tunas

Rencana berkaitansyarikat danperbadanan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Chaebol&oldid=5899824"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp