Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Chad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Chad
ريڤوبليك چد
République du Tchad (Perancis)
جمهورية تشاد (Arab)
Jumhūriyyat Tshād
Bendera Chad
Jata Chad
BenderaJata
Cogan kata
  • "Unité, Travail, Progrès" (Perancis)
  • "Perpaduan, Pekerjaan, Kemajuan"
  • "الاتحاد، العمل، التقدم" (Arab)
Lagu kebangsaan
Lokasi Chad
Ibu negara
dan bandar terbesar
N'Djamena
12°06′U16°02′T / 12.100°U 16.033°T /12.100; 16.033
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2009[1])
  • 26.6% Sara
  • 12.9%Arab
  • 8.5% Kanembu/Buduma
  • 7.2% Masalit
  • 6.9% Gorane
  • 4.7% Masa/Musgum
  • 3.7% Bidio
  • 3.7% Boulala
  • 3% Marba
  • 2.6% Dadjo
  • 2.5% Moundang
  • 2.4% Gabri
  • 2.4% Zaghawa
  • 2.1% Fula
  • 2% Tupuri
  • 1.6% Tama
  • 1.4% Karo
  • 1.3% Banguirmi
  • 1% Mesmedjé
  • 2.6% Lain-lain
  • 0.7% Asing
KerajaanRepublik berpresiden parti dominan unitari
• Pengerusi Majlis Peralihan Kuasa Ketenteraan
Mahamat Déby Itno
• Perdana Menteri
Succès Masra
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan
• daripadaPerancis
11 Ogos 1960
Keluasan
• Jumlah
1,284,000 km2 (496,000 bt2)[2] (ke-20)
• Perairan (%)
1.9
Penduduk
• Perkiraan 2015
13,670,084[3]
• Bancian Penduduk 2009
11,039,873[4]
8.6/km2 (22.3/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$30 bilion[5] (ke-123)
$2,428[5] (ke-168)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$11 billion[5] (ke-130)
$890[5] (ke-151)
Gini (2011)43.3[6]
sederhana
HDI (2018) 0.401[7]
rendah · ke-187
Mata wangFranc CFA Afrika Tengah
(XAF)
Zon waktuUTC+1 (WAT)
Arah memandukanan
Kod panggilan+235
Kod ISO 3166TD
DPT internet.td

Republik Chad (Arab:تشاد,rumi: Tašād;Perancis:Tchad) ialah sebuahnegara dikelilingi daratan diAfrika Utara. Chad bersempadan denganLibya di utara,Sudan di timur,Republik Afrika Tengah di selatan,Cameroon danNigeria di tenggara sertaNiger di barat. Disebabkan oleh jaraknya daripada dan kebanyakan kawasannya beriklimgurun, negara berkenaan dirujuk sebagai 'jantung mati Afrika.' Di utara, ia mengandungi Banjaran Tibesti, pergunungan paling besar digurun Sahara. Chad merupakan sebahagian daripada bekas Persekutuan Afrika Perancis Khatulistiwa.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Chad

Chad memiliki kekayaan arkeologi yang ketara dalam kawasan Afrika.[8] Tengkorak-tengkorak manusia dan lukisan-lukisan gua dari masa kuno telah ditemukan di sana, dengan tengkorak tertua berumur mencecah 7 juta tahun, kini dinamakanSahelanthropus tchadensis.

Secara bertahap kerajaan-kerajaan setempat yang lemah berkembang; kemudian semuanya disusuli olehEmpayar Kanem-Bornu yang lebih besar dan berkuasa. Selain itu, dua buah kerajaan utama juga terbentuk,Kerajaan Baguirmi danOuaddai. Kemudian, kedatangan orang-orang asing datang memberi banyak pengaruh di Chad. Pada awal zaman pertengahan, Chad menjadi jalur persilangan para pedagang Muslim dan suku-suku asli. Pada 1890, pihak Perancis mula menjajah Chad, dan menjelang 1900, setelahPertempuran Kousséri, Chad menjadi sebahagian jajahan Perancis.

DalamPerang Dunia Kedua, Chad ialah koloni pertama Prancis yang bergabung dengan Perancis Bebas dan pihak Sekutu di bawah pimpinan gabenorFélix Éboué. Selepas perang, Chad mula menyaksikan pertubuhan parti-parti politik baharu; dua parti utama ialahParti Progresif Chad (PPT) olehGabriel Lisette danKesatuan Demokratik Chad (UDT). Pada 11 Ogos 1960, Chad menjadi negara merdeka, denganFrançois Tombalbaye, ketua baharu PPT sebagaiPresiden pertama.

Sejarah pascakemerdekaan Chad ditandai dengan ketakstabilan dan kekerasan dari ketegangan antara bahagian utara yang sebahagian besar dihuni Arab Muslim dan bahagian selatan yang lazimnya dihuni orang Kristian dan animisme. Dua tahun selepas merdeka, Tombalbaye mengharamkan semua parti politik kecuali PPT lalu membentuknegara satu parti.

Pada 1965, ketidakpuasan kaum Muslim dengan Tombalbaye selaku orang Kristian dari kawasan selatan mengakibatkan mereka membentukBarisan Pembebasan Kebangsaan Chad dan terjadi perang gerila. Pada 1975, Presiden Tombalbaye dibunuh dalamsebuah rampasan kuasa yang dipimpin oleh Noël Milarew Odingar, yang segera digantikan oleh orang selatan lainnya, jeneralFélix Malloum.[9]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Chad

Chad ialah sebuah negara pedalaman di tengah-tengahAfrika Utara yang berkeluasan sebanyak 1,284,000 kilometer persegi. Chad memiliki sempadan sepanjang 5,968 kilometer dengan Cameroon, Republik Afrika Tengah, Libya, Niger, Nigeria, dan Sudan. Chad memiliki empat zon iklim: dataran kering yang luas di tengah, gurun di utara, pergunungan yang kering di barat laut, dan dataran rendah tropika di selatan. Hanya 3% tanah Chad yang subur untuk tujuan pertanian dan tiada kawasan yang memiliki penanaman tetap. Bencana alam di Chad termasuk angin kering yang panas, kering, dan berdebu yang terjadi di utara, dan kemarau berkala. Tasik Chad yang terletak di Chad dan Cameroon pernah menjadi danau kedua terbesar di Afrika namun telah banyak susut sejak kebelakangan ini dan kini mengecil menjadi kurang 10% keluasan asal.

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Chad

Struktur pemerintahan Chad dikepalai olehPresiden selaku ketua negara serta kerajaan yang memiliki kuasa ketara dalam urusan politik. Beliau berhak untuk melantikPerdana Menteri serta ahli-ahli kabinet, serta memiliki pengaruh besar dalam pelantikan jawatan-jawatan utama negara lain seperti para peguam dan jeneral. Presiden dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun, dan sejak pemindaan perlembagaan negara pada 2005, tiada had masa seseorang boleh menjadi Presiden. Badan perundangan negara ialahPerhimpunan Kebangsaan yang terdiri daripada 155 kerusi yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang dilantik setiap empat tahun.

Masalah korupsi dan rasuah di Chad adalah sangat ketara di semua tahap pemerintahan, dan pernah disenaraikan sebagai negara paling korup di dunia dalam carta antarabangsa sepertiIndeks Persepsi Rasuah.[10]

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Sekatat kini, Chad dibahagikan kepada 23 buahkawasan tadbiran, dan dibahagikan lagi menjadi 61 buah departmen.[11]

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Chad

Indeks Pembangunan Manusia PBB menetapkan Chad sebagai negara ketujuh termiskin di dunia dengan 80% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan. KDNK (pariti kuasa beli) per kapita dianggarkan sebanyak AS$1,651 pada tahun 2009.[5] Chad adalah sebahagian dari Bank Negara-Negara Afrika Tengah, Kesatuan Kastam dan Ekonomi Afrika Tengah (UDEAC) dan Organisasi Harmonisasi Undang-Undang Perniagaan Afrika (OHADA).[12]

Ekonomi pertanian Chad didorong oleh pembangunan ladang minyak dan jalur paip sejak 2000. Lebih dari 80% penduduk Chad menjalankanpertanian sara diri dan penternakan sebagai mata pencarian. Kapas, haiwan penternakan dan getah arab kini tetap menyediakan sebagian besar eksport Chad, namun Chad mulai mengeksport minyak pada 2003 dari tiga buah ladang minyak dekat Doba.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Chad

Anggaran jumlah penduduk Chad oleh pihak kerajaan pada 2015 ialah antara 13,630,252 dengan 13,679,203 orang, dengan angka median sebanyak 13,670,084 orang. Berdasarkan angka ini, 3,212,470 orang ialah penetap bandar dan selebihnya penduduk luar bandar.[3] Secara anggaran, 47.3% penduduk negara berumur kurang 15 tahun. Nilai kadar kelahiran dan kadar kematian penduduk Chad masing-masing ialah 42.35 dan 16.69 per 1,000 orang.[13] Golongan masyarakat Chad memiliki keturunan etnik daripada kawasan Afrika Utara, Tengah, Barat dan Timur.[14]

Bahasa-bahasa rasmi Chad ialahbahasa Arab danbahasa Perancis, dengan dialek Chad ialahlingua franca dan dituturi oleh anggaran 40 ke 60 peratus penduduk.[15] 51.8% - 57.7% penduduk negara adalah beragama Islam manakala 39% - 44.1%pula beragama Kristian.[16]

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]

Sebagai negara dengan pelbagai kaum, Chad memiliki warisan budaya yang kaya. Kerajaan Chad aktif mempromosikan budaya dan warisan Chad melalui institusi sepertiMuzium Nasional Chad danPusat Kebudayaan Chad.[17] Enam hari cuti am diraikan sepanjang tahun seperti perayaanPaskah dan hari-hari raya Islam.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2019-12-28. Dicapai pada2020-02-18.
  2. ^"Le TCHAD en bref" (dalam bahasa Perancis). INSEED. 22 July 2013. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 December 2015. Dicapai pada18 December 2015.
  3. ^abProjections demographiques 2009–2050 Tome 1: Niveau national(PDF) (Laporan) (dalam bahasa Perancis). INSEED. Julai 2014. m/s. 7. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 22 December 2015. Dicapai pada18 Disember 2015.
  4. ^DEUXIEME RECENSEMENT GENERAL DE LA POPULATION ET DE L'HABITAT (RGPH2, 2009): RESULTATS GLOBAUX DEFINITIFS(PDF) (Laporan) (dalam bahasa Perancis). INSEED. Mac 2012. m/s. 7. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada18 Disember 2015.
  5. ^abcde"Chad". Tabung Kewangan Antarabangsa.
  6. ^"Gini Index". World Bank. Dicapai pada16 April 2017.
  7. ^"Human Development Report 2019"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).UNDP. 10 December 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2017-03-22. Dicapai pada10 December 2019.
  8. ^Collier, John L., penyunting (1990),"Historical Setting",Chad : A Country Study, Library of Congress Country Studies (ed. 2nd), Washington, D.C.: Library of Congress, m/s. 13,ISBN 0-16-024770-5, dicapai pada2011-02-08
  9. ^"Death of a Dictator"Diarkibkan 2012-03-25 diWayback Machine,Time, (28 April 1975). Accessed on 3 September 2007.
  10. ^"Worst Corruption Offenders Named".BBC News. 18 October 2005.
  11. ^"Deuxieme Recensement General de la Population et de l'Habititat (RGPH2, 2009)" [Second General Census of Population and Housing] (dalam bahasa Perancis). Republique du Tchad - Institut national de la statistique, des études économiques et démographiques (INSEED). September 2009. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 1 September 2012. Dicapai pada3 September 2012.
  12. ^"OHADA.com: The business law portal in Africa". Dicapai pada22 March 2009.
  13. ^"Life expectancy at birth, total (years)". Oktober 2016.Bank Dunia
  14. ^Haber, Marc; Mezzavilla, Massimo; Bergström, Anders; Prado-Martinez, Javier; Hallast, Pille; Saif-Ali, Riyadh; Al-Habori, Molham; Dedoussis, George; Zeggini, Eleftheria; Blue-Smith, Jason; Wells, R. Spencer; Xue, Yali; Zalloua, Pierre A.; Tyler-Smith, Chris (1 December 2016)."Chad Genetic Diversity Reveals an African History Marked by Multiple Holocene Eurasian Migrations".The American Journal of Human Genetics (dalam bahasa Inggeris).99 (6): 1316–1324.doi:10.1016/j.ajhg.2016.10.012.ISSN 0002-9297.PMC 5142112.PMID 27889059.
  15. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2020-07-06. Dicapai pada2021-02-18.
  16. ^https://dhsprogram.com/pubs/pdf/FR90/FR90.pdf
  17. ^"Chad".Encyclopædia Britannica. (2000)

Pauan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangChad diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiChad.


Kerajaan

[sunting |sunting sumber]

Berita

[sunting |sunting sumber]

Latar belakang

[sunting |sunting sumber]

Direktori

[sunting |sunting sumber]

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]


Daftar negara |Afrika |Afrika Barat
Benin |Burkina Faso |Cape Verde |Chad |Gambia |Ghana |Guinea |Guinea-Bissau |Ivory Coast |Liberia |Mali |Mauritania |Niger |Nigeria |Saint Helena |Senegal |Sierra Leone |Togo
Afrika Utara

Algeria ·Mesir1 ·Libya ·Mauritania ·Maghribi ·Sudan ·Tunisia ·Sahara Barat2

Afrika Barat

Benin ·Burkina Faso ·Cape Verde ·Gambia ·Ghana ·Guinea ·Guinea-Bissau ·Ivory Coast ·Liberia ·Mali ·Mauritania ·Niger ·Nigeria ·Senegal ·Sierra Leone ·Togo

Afrika Tengah

Angola ·Burundi ·Cameroon ·Chad ·Guinea Khatulistiwa ·Gabon ·Republik Afrika Tengah ·Republik Demokratik Congo ·Republik Congo ·Rwanda ·Sao Tome dan Principe

Afrika Timur

Burundi ·Comoros ·Djibouti ·Eritrea ·Habsyah ·Kenya ·Madagascar ·Malawi ·Mauritius ·Mozambique ·Rwanda ·Seychelles ·Somalia ·Sudan Selatan ·Tanzania ·Uganda ·Zambia ·Zimbabwe

Selatan Afrika

Botswana ·Lesotho ·Namibia ·Republik Afrika Selatan ·Swaziland

Wilayah tanggungan dan negara tidak diiktirafWilayah tanggungan diAfrika :

Wilayah Lautan Hindi British,St. Helena3(United Kingdom) ·Kepulauan Canary,Ceuta,Melilla(Sepanyol) ·Madeira(Portugal) ·Mayotte,Réunion(Perancis) ·Socotra (Yemen)
Negara yang tidak diiktiraf :Puntland ·Somaliland ·Republik Demokratik Arab Sahrawi

1Sebahagiannya di benuaAsia. 2 Status tidak dapat ditentukan. 3 Termasuk jajahan taklukPulau Ascension danTristan da Cunha.
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Chad&oldid=6410430"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp