Sabtah[3] (Arab:سَبْتَة,rumi: Sabtah) atauCeuta (Sebutan Sepanyol:[ˈθeuta]) adalah sebuahkota eksklaf autonomi diSepanyol seluas 18.5-kilometer-persegi (7.1 bt2). Ia terletak di pantai utara di benuaAfrika, berkongsi sempadan denganMaghribi. Ia dipisahkan denganSemenanjung Iberia olehSelat Gibraltar. Ceuta juga bersempadan denganLaut Mediterranean danLautan Atlantik. Ceuta, selain daripadaMelilla sebuah lagi ekslaf milik Sepanyol, merupakan sebuah wilayah dihuni oleh bangsa Sepanyol di tanah besar Afrika. Ceuta merupakan sebahagian wilayah di bawah pentadbiranCádiz sehingga 14 Mac 1995 apabila status autonominya diluluskan.
Ceuta, seperti Melilla merupakan sebuah pelabuhan bebas sebelum Sepanyol menganggotaiKesatuan Eropah.[perlu rujukan] Setakat tahun 2011, jumlah penduduknya adalah seramai 82,376.[2] dan terdiri daripadaKristian,Muslim (bertutur bahasaArab danBerber). Terdapat juga sejumlah kecil penduduk minoritiYahudi danIndia yang beragamaHindu. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa rasmi. Majoriti penduduknya adalah orang Sepanyol yang menentang idea untuk bergabung dan diperintah oleh Maghribi.[4]
Pemandangan Ceuta didominasi oleh Bukit-bukauMonte Hacho, di mana terdapatnya suatu bukit yang dikuasai oleh pasukan Sepanyol. Monte Hacho merupakan salah satu calonlegenda GreekTiang Hercules Selatan, calon lainnya adalahJebel Musa. Pada zaman moden ini, Ceuta terkenal dengan alam kosmopolitannya yang dipengaruhi dengan binaan unik Eropah — semuanya dapat mendokong sektor pelancongan.